Tuesday, May 05, 2009

PICIT LOCENG !

Picit loceng.


Aku sedang duduk bersantai dihadapan rumah saudara aku di Subang. Tiba - tiba lalu sebuah bas mini. Dan bas mini itu berhenti betul - betul dihadapan rumah saudara aku. Turunlah seorang pakcik tua dengan bertongkat.


Lantas aku bertanya kepada saudara aku yang sedang bersantai bersama aku. "Eh, Izan, bas mini lalu sini kah?" dan Izan mengagguk sambil menghirup kopi panas.


Sejurus kemudian, anak - anak aku yang teruja melihat bas mini itu. Terus datang menceritakan tentang bas mini itu. Maklumlah, aku rasa selama ini, anak - anak aku tidak pernah menaiki bas mini. Mereka hanya tahu menaiki kereta, bas ekspress dan keretapi.


Lalu anak - anak aku memujuk aku untuk merasa pengalaman menaiki bas. Tapi sememangnya aku malas. Anak - anak aku terus memujuk, tiba - tiba saudara aku memberikan persetujuan untuk membawa anak - anak aku 'meronda' dengan menaiki bas mini. Apalagi, riuh rendah suasana riang ria kerana ada orang hendak belanja naik bas mini.


Tidak sampai beberapa minit sahaja. Semuanya sudah bersiap sedia untuk menaiki bas mini. Dan lebih kurang 10 minit menunggu, akhirnya tibalah bas mini itu dihadapan rumah. Aku dengar riuh rendah dalam bas mini itu. Maklumlah, semuanya ada seramai 11 orang kanak - kanak didalamnya.


Aku menjerit kepada saudara aku "jaga mereka baik - baik, jangan ada yang lari keluar dari bas!"


Aku hanya tersenyum memandang bas mini yang berlalu pergi. Biarlah anak - anak mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka. Aku sudah puas dan sudah 'serik' menaiki bas mini.

28 comments:

masni qisrine said...

hihi..dulu2 sy naik bas seranas
masa tmbgnya masih lg RM0.80
seranas yg ganas, 2-3 kali hampir2 nk tergolek dlm bas

ez said...

abg long..
bas mini ni kira antik kan..
kat kl ni da xde bas mini..yg ada rapid..hehehe

yginsaf.com said...

me pernah naik bas mini.. chow kit! chow kit!

HappyIrfa said...

SALAM ABG LONG..
ABG LONG TGGL KOMEN KAT BLOG SAYA TANYA PSL E-MAIL..NI EMAIL SAYA MAWARNI79@YAHOO.COM..SAYA MMG MINAT SGT BACA NOVEL

psl bas mini.anak2 saya pun sgt teruja tgk bas.maklumlah kehulu ke hilir naik keta jer

achik said...

saya pun dah puas naik bas mini.. x sah kalau bas mini x padat cam ikan sardin.. tp seb baik la masa tu x ramai bangla & indon..

chekdenoor said...

bas mini....aha....zaman chekdee study kat utm semarak ...selalu naik bas mini nombor 15..... dan biasa juga hanya dapat naik bas dan berdiri betul-betul kat tangga bas sj.....tapi...masa tu...ok...tak takut pulak......heheheheh..... asalkan sampai

atty's said...

tu ler ingat lagi zaman kecik..
naik busmini ke gombak 50 sen je..

Neeza Shahril said...

Memula naik bas mini, neeza tanya "eh! tak payah bayar tambang dulu ke?" hahaha!! sangat lah ignorant nya neeza waktu itu..

ZARA ALUWI said...

Bus mini... selagi tak padat masih lagi disumbat, sampai dah tak boleh nak lalu, selagi itu tak jalan. Bayangkanlah, kalau dah terkepit depan belakang lelaki. Kalau yg bau wangi tu boleh ampun jugak. Tapi kalau... boleh pengsan.

Bas mini ada nostalgia tersendiri.

Abang Long said...

masni_qisrine - Abang long bayar 50 sen sahaja. 5 dari 10 orang yang naik mesti pening.

------

ez - zaman sudah berubah ..hehehe

------

yginsaf - Pengalaman berharga tu !

------

HappyIrfa - Bawalah anak - anak naik sekali.

------

achik - Kalau ada mat indon atau mat bangla ... hish ...ahahahaha

------

chekdenoor - Itulah pengalaman paling berharga !!!

------

atty's - 50 sen tambang bas ... hehehehehe ... kenangan tu !

------

Neeza Shahril - Agaknya kalau kita naik sekarang macam mana ?

-----

ZARA ALUWI - Ya AMPUN ! hahahahaha

izman said...

tentu seronok mereka ye. anak2 saya pun jakun sangat tengok bas, nampak bas je mintak nak naik. seingat saya baru sekali je mereka naik bas, itupun ke singapore tahun lepas.

kuIna LadyInRed said...

nostalgia tu abg long..

mawarmerah2008 said...

Terkenang masa study dulu naik BMW @ bas mini wilayah ke mana-mana. Tambangnya masa tu 50 sen je!

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm..teringat dulu naik bas p skola,,,cri peluang x nk byaq tambang...

Farah Amin said...

comel je bas mini mcm tu. ahai terindu pulak zaman2 sekolah naik bas kale kuning.hihi

Idalara said...

teringat masa naik bas mini ni kat kl...huru hara bila bas laju atau brek mengejut..ada kejadian lucu yg tak dpt dilupa..jatuh dr tempat duduk yg depan sekali masa bas tu lalu kat selekoh...hehehe

Chekgu BaniHassim said...

biarkan dorg rase..
kalau tak rase tatau kan???

Nadine Zuharra said...

nasib baik pernah merase pengalaman naik bas mini. Emm,seronok jugak..hehe..
~tambang 80 sen bas no 20.. :D

SARNIA said...

Nostalgia tu abg long... dlm dunia ni mana ada BAS MINI, hanya di Msia aje, kan?

Kujie said...

Dulu2 naik bas mini warna pink kat Shah Alam

aku yang terpunya said...

Dalam lagi!Dalam lagi!masuk lagi la..boleh lagi tu..

antara kata2 yg sinonim..konduktor bas dok keliling bas kat luar bagi arahan. yg berani jwb,

dah abis dalam dah ni!mana boleh bergerak lagi dah!!

konduktor yg baran jwb,

letak 10 org lagi pun boleh tu. org lain pun nak naik jugak!!

itu la manusia dalam tin ..atau lebih kenal dgn tin sadin bergerak..

Mak Su said...

teringat plaks kat kenangan naik bas mini berhimpit2 lepas tu kena tahan ngan polis sebab lebih muatan :)

Abang Long said...

izman - Cubalah bawa famili naik bas untuk merasa pengalaman.

------

KulnaLadyInRed - Memang NOSTALGIA !

------

mawarmerah2008 - BMW ! hahahahaha.

------

anakpendangsekeluarga - Alahai, ada ka lagu tu ! hahahahaha

------

FarahAmin - Sekarang cuba naik bas itu. Rasailah pengalaman baru. Zaman sudah berubah.

------

Idalara - Macam - macam yang berlaku dan semuanya tinggal kenangan.

------

Chekgu BaniHassim - Ya, betul ! Biarkan mereka mendapat pengalaman.

------

Nadine Zuharra - Bas nombor 20 pergi mana ya ?

------

Sarnia - Bas mini cuma ada di Malaysia ? Ya ke ?

------

Kujie - Bas syarikat apa ya yang berwarna pink itu ?

------

Ina - Hampir separuh penduduk ibu kota pernah merasa pengalaman itu. Rasanya.

------

Maksu - Kena tahan dengan polis ? Itu perkara biasa ... esok jadi lagi ... hahahahaha

masni qisrine said...

hahahah...betol2
dulu mmg basmini shah alam kaler pink. masa tu sy selalu naik nk p kelas kt s17..maklumla tgu bas itm lmbt sgt

p/s: igt tak ada 1 bas mini tu, decor dalam dia amat2 la menarik siap ada bunga lagi, poster2 lawa, siap pasang lagu best..hihih..whadda memori

Kak Zue said...

masa zaman sekolah di PJ dan kerja di PJ, ulang alik dari Kg Baru KL, setiap hari naik bas mini sebelum ada intrakota dan skrg ni Rapid. Adehh kenangan mengusik jiwa tu!! ahahah tersungkur pun pernah dalam bas mini sebab laju sangat dan brek mengejut.

zino said...

teringat zaman bas mini berleluasa di KL.. kalau nak cepat naik bas mini.. sebab dia lebih laju dari teksi hehe

arsaili said...

salam..happy mother day to ur wife and ur mum...may ALLAH bless them

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty

noorlara said...

naik bas mini jadi mavcam ikan sadin, konduktor jerit"masuk, masuk, masuk" kita naik sesak nafas...namun bas mini dah berjasa kpd kita !