Monday, May 18, 2009

Majlis Bersama LIZA ZAHIRA


Bersama Novelis Liza Zahira dan blogawan.


Dengan menunggang motor kapcai buruk. Aku menghala ke arah Shah Alam. Destinasi tujuan ialah ke SACC Mall, bersebelahan dengan Kompleks PKNS.


Aturcara majlis bermula pada jam 11.00 pagi. Alhamdulillah, aku sudah tiba pada pukul 10.39 pagi. Maklumlah, rasa teruja sangat hendak menghadiri majlis penyampaian hadiah dan bertemu dengan para blogawan.


Tetapi, aku bukanlah salah seorang pemenang.


Majlis berlangsung di sebuah restoran terkemuka di Shah Alam, iaitu Restoran Asiari.


Di majlis itu. Aku telah bertemu buat kali kedua dengan - Akimsensei. Mental mesti kuat. Itu adalah kata keramat dari beliau. Berkulit hitam manis dan berkaca mata.


Sudah lama bertegur sapa, akhirnya aku dapat juga bertemu dengan - IronLady (ops, MAAF), bukan IronLady tetapi KakLady. Bila aku lihat nama sebenar dan umur beliau. Memang benar seperti kata beberapa orang blogawan didalam blog masing - masing sebelum ini. KakLady atau aNIe kelihatan jauh lebih muda dari usianya yang sebenar. Seorang yang ceria. Dan aNIE juga membawa anak kecilnya sekali.


Puan Zarina, ini adalah antara penulis blog yang aku sayang. Bukan cinta, tapi sayang sebagai seorang sahabat. Beliau membawa bersama suami dan anak - anaknya. Aku rasa geram melihat anaknya yang paling kecil - Alisha. Aku geram dengan lasak dan keletahnya. Rasa hendak mendukung si kecil itu, tetapi keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan. Jadi aku hanya dapat memandang Alisha dengan perasaan sayang.


Terima kasih Ina, kerana membawa kek. Dan paling ISTIMEWA sebab, Ina memberikan coklat khas untuk aku. Buat pengetahuan Ina. Abang long memang HANTU COKLAT !!!!! Setakat ini, coklat paling sedap yang Abang long tahu ialah keluaran Patchi, keluaran negara Lebanon.


Komen jujur dari Abang long. Abang long yakin, Ina mampu dan boleh membuat kek dengan lebih sedap. Walaupun kek yang dibawa semalam kelihatan cair. Tetapi dari segi ramuan dan bahannya, rasa sudah sebati. Campuran kek dan coklat terasa kena. Wahai Ina. Abang long cadangkan supaya berguru dengan Chef Norzailina Nordin.


Aku juga bertemu dengan satu - satunya penulis blog yang bergelar Pokcik Mersik. Memang betul, dari apa yang aku tahu, tiada seorang pun penulis blog di dunia ini yang bertaraf Pokcik, melainkan Pocik Mersik.


Rasanya. Penulis blog perlu mengadakan pertemuan atau perjumpaan sekerap mungkin, supaya rasa sayang dan ukhuwah sesama saudara Islam terjalin mesra.


TERIMA KASIH. KHAS buat Novelis Liza Zahira, kerana sudi menjemput Abang long dan Kelab Peminat Novel ALAF 21. Dan TERIMA KASIH kepada semua, kerana sudi menghadiri majlis ini.

11 comments:

cikceriacorner said...

abg long..
tahniah..bestnya dpt berjumpa ngan liza zahira dan bloggers yg lain...dan restoren tu sgt cantik..

Abang Long said...

ez - memang rasa teruja sangat !

attyfir said...

salam abg long..
beshnya dpt jumpa liza zahira..

dan blogger lain..
kita kapan mau ketemuan..takecare ye abglong

Anonymous said...

bagus bagus abg long itteww.. yg jauh kita dekatkan.. yg dekat kita rapat rapatkan kannns..

aNIe said...

Wah! Abg Long...gambar akak bukan main bosar lagik...terima kasih kerana kata-kata pujian tu...hehehe

Gembira dpt berkenal dengan abang long yang peramah...terima kasih kerana memberi peluang akak menyertai kuiz tersebut...

Semoga akan berjumpa dilain kali dan dpt lagi menyambung cerita...
Pasal buku2 tu nanti akak email semula ye..

m.q said...

bila ni????

Nek Cun said...

Adinda... seronok ya dapat jumpa penulis lain dan bloggawan... teringin gak nak join, tapi orang tak jemput... so simpan jer dalam hati... hehehe..

silversarina said...

Meriahnya betul majlis tu, ramai jugak yang hadir, syabas buat semua pemenang .

Neeza Shahril said...

sedapnya coklat tu abang long...sayangnya dapat tengok kat blog aje.. heheh..

Liza said...

Salam Abang Long, saya dah upload gambar-gambar lain dalam majlis tu. Terima kasih atas coverage yang pantas. Saya pula baru mendapat kesempatan upload.

akimsensei said...

salam abglong.. wah, pantas + tuntas buat review ye.. ;O