Wednesday, May 20, 2009

MENYESAL DIDUNIA


Menangis dalam majlis ILMU.


Semalam, aku berkesempatan menghadiri sebuah majlis ilmu di sebuah pusat pengajian ilmu - ilmu asas dalam Islam. Mengikut kaedah syarak.


Dalam keuzuran dan rasa resah yang teramat sangat. Aku terpaksa menaiki tangga ke tingkat satu.


Begitu ramai umat Islam kini yang cintakan dan dahagakan ilmu yang sebenar mengikut ajaran Rasulullah hi sallallahu 'alaihiwassalam.


Syarahan yang disampaikan benar - benar menginsafkan. Terasa benar aku masih tidak cukup bekalan untuk dibawa ke alam akhirat.


Rasa gerun bila mengingati tentang pahala dan dosa.


Penceramah mengingatkan tentang kisah bagaimana seorang pelajar telah bertanya kepada seorang ulamak hebat iaitu Almarhum Ayatullah Muhammad Taqi Behjad. Dimana soalan itu berbunyi "tolong berikan aku amalan yang terbaik untuk aku amalkan didunia ini."


Dan soalan itu telah ditanya sebanyak 3 kali. Dengan wajah suci seorang ulamak besar. Ayatullah Muhammad Taqi Behjad menjawab dengan tegas - "JAGALAH SOLAT."


Hari ini, kedapatan begitu ramai umat Islam yang meremehkan urusan solat. Sedangkan Nabi Muhammad disaat - saat akhir sebelum menghembuskan nafasnya yang akhir juga menyebut dan menekankan tentang SOLAT.


Soalan pertama yang akan ditanya di alam akhirat kelak ialah SOLAT. Selepas itu barulah masuk bab - bab lain. Seandainya bab SOLAT kita tidak lepas, bagaimanakah agaknya kedudukan kita di alam akhirat.


Kelihatan begitu ramai yang tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Bila penceramah mengingatkan tentang amalan kita sekarang. Kita sering meminta dari Allah. "Ya Allah, masukkanlah aku kedalam golongan orang yang akan dimasukkan kedalam syurgaMU."


Tetapi persoalan paling utama ialah. Adakah amalan kita menjurus kearah itu ? Sedangkan amalan paling utama dan paling asas iaitu SOLAT kita sanggup remehkan.


Ada 24 jam, dalam satu hari satu malam. Persoalan paling baik untuk kita tanya pada diri kita ialah.


Berapa jamkah, atau berapa minitkah, atau berapa SAAT kah kita rapatkan dan kita letakkan dahi kita mencecah bumi untuk sujud kepada Allah ?


Diandaikan kita sujud sebanyak 17 kali. (Mengikut kiraan rakaat solat yang wajib). Dan setiap sujud kita ambil masa selama 1 minit. Bermakna dalam tempoh 24 jam, kita hanya sujud kepada Allah selama 17 MINIT SAHAJA.


Aku hanya mampu menahan sebak.

23 comments:

aNIe said...

Abg Long...sekarang ni...yang selalu ke majlis ilmu adalah mereka2 yang dah dipertengahan usia...jarang kita dpt lihat belia2 kita berduyun2 ke masjid atau di mana saja majlis ilmu...kalau ke tempat hiburan tak terkira ramainya...

Untuk menjaga solat...segalanya hendaklah dimulakan dari awal usia...sekiranya dari kecil solat diremehkan maka ianya akan terbawa2 hingga ke alam dewasa. Bila dah dewasa nak dilentur memanglah dah liat. Oleh itu ibu bapalah yang patut memainkan peranan penting di rumah...seperti yang kita tau...anak2 kalau dah berusia 10 tahun masih tak solat patut dirotan saja...rasa-rasanya...berapa kerat sahaja ibubapa yang merotan anak2 yang tak menunaikan solat...?

Panjang plak bebelnya...heheheh

Masy said...

huhuhu insaf jugek~

Anonymous said...

Sama2lah kita jaga solat kita, dan pastikan anak2 kita tahu betapa pentingnya solat.

ckLah @xiiinam said...

.....rasa hiba melihat manusia mengabaikan solat....
hiba...
apakah mereka tidak pernah merasai nikmat...
Lazatnya bersolat...

apakah mereka tidak pernah merasai
tenat...
munkar bersolat...

Tuhan...
Tetapkanlah aku dengan solatku..

Nek Cun said...

Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan dan bersolatlah kamu sebelum disolatkan... Adakah solat 4 takbir tanpa raka'at itu akan dapat menebus dosa kerana meremehkan solat wajid semasa hayat masih ada?... Marilah kita ingat mengingatkan!...

zara aluwi said...

Kita dituntut untuk saling ingat mengingati serta pesan berpesan sesama insan agar terpelihara aqidah dan tauhid. Insya-Allah.

Idalara said...

Salam...rasa terlalu banyak kekurangan diri ini bila muhasabah diri..mudah2an diri tak lalai dari menunaikan yang wajib itu..

cikceriacorner said...

abg long..
terima kasih krn mengingatkan sy jugak..
solat memang wajibkan..

..kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..(surah 13 ayat 28)

Nukilan ida said...

abglong- tima kasih kerana mengingatkan..saya selalu rasa nak pergi ke majlis2 begini tapi takberkesempatan..
harap diwar2kan kalu ada majlis2 begini yerr

Unknown said...

slm...sy dah buat rumusan dah pasal artikel hari ibu nie...jemput beri pandangan...ye...

Anonymous said...

hi abang long teww.. salamms dr me dikejauhannns

nadinezuharra said...

kalau kita selalu ke majlis ilmu,mmg betul,hati kita akan tenang dan kita tidak akan merasa kekosongan..

banyak ilmu dan pengalaman yang dapat kita kongsikan dalam majlis2 sebegini..

mm,thanks abg long..segala yang kita perolehi dlm majlis tu jika dikongsikan di blog,lebih banyak manfaatnya kan..? : )
semoga kita semua diberkati olehNya dalam kehidupan.InsyaAllah..

Irfa said...

SAYA JUGA HANYA MAMPU MEAHAN SEBAK.
TERASA SUNGGUH KERDIL DIRI INI.
MINTAK DOA MACAM2 TP SOLAT?
emmm bukan x buat tp selalu lewat.

izman said...

terasa kecik sgt diri ini, macam jauh je dari rahmat Allah, solat pun selalu lewat.

Mak Su said...

:(

saya selalu lalai nak segerakan solat, selalu lambat

illaieylla said...

bestnye entri ni
hrp dpt dipanjangkan kpd yg lain

rasa keciknya diri ini..........

chekgu Bani Hassim said...

susahnye nak jage solat...
iman kite bukan seteguh nabi atau seutuh malaikat...
kite manusia biasa.
iman naik dan turun...

ILA said...

Salam Abg Long,
Ila lebih susah hati kalau anak lupa bacaan doa qunut banding dia tak dapat hafal sifir.
Merekalah 'harta' kita yg akan kita tinggalkan di dunia.

silversarina said...

Nak solat tu tak susah, yang susahnya hati bersama masa solat ....takut saya dibuatnya , berapalah pahala solat saya selama ini :(

Anonymous said...

Abg Long,
terima kasih kerana saling mengingatkan...

Neeza Shahril said...

bila ditempat sendiri, jarang neeza pergi majlis ilmu..
disini, bila bercampur dengan pelbagai bangsa, subhanallah!! nampaknya mereka sungguh dahagakan ilmu terutamannya ilmu akhirat.. dari semuda-muda umur sehinggalah dekat 70 tahun!

Unknown said...

Alahaiii... tadi baca artikel pasal mimpi Rasulullah SAW. Tentang perbuatan-perbuatan kecil seperti wuduk, amal jariah, puasa dan sebagainya yang menyelamatkan kita semasa di alam sana. Amat menginsafkan. Moga, semasa meninggal dunia nanti, opah mati dalam iman. Amin.

pionopis said...

subhanaAllah...pahala itu telah ditabur ke sini..
manusia yang mencari redha ialah manusia yang kerdil dalam lautan kalamullah..terasa amat kerdil lantas merasa diri masih banyak kurangnya...justeru datanglah insaf diri.anda telah menjejak kaki ke taman syurga..bandingkan dengan kaki-kaki makhluknya yang lain..
anda seorang yang bertuah..insyaAllah