Saturday, May 02, 2009

Corat - coret Pesta Buku (5)


Beli sekali, Baca berkali - kali.


Sila pergi ke Pesta Buku. Dan kita akan mengetahui, hebatnya rakyat Malaysia. Dari luar bangunan PWTC sudah memberikan isyarat. Kenderaan bersesak - sesak. Lalulintas sememangnya terganggu. Begitu ramai manusia yang menuju ke PWTC.


Bila masuk sahaja kedalam bangunan PWTC. Tidak kira dari pintu mana sekalipun. Kita terpaksa menyertai 'lautan manusia.' Pergerakan manusia begitu perlahan. Tidak ada ruang yang kosong.


Seketika aku terfikir. Tidakkah kerajaan terfikir untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan dan keselesaan rakyat ?


Kenapa tidak dibina sebuah bangunan yang besar. Dimana segala macam projek ataupun pameran mahupun program besar seperti pesta buku ini dilakukan didalamnya. Biar rakyat merasa selesa untuk membeli dan melakukan pelbagai aktiviti.


Aku merasa kasihan dengan orang ramai yang terpaksa berhimpit - himpit dan bersesak - sesak sewaktu hendak membeli buku sewaktu pesta buku tempohari. Tidak ada langsung keselesaan kepada rakyat.


Orang ramai seperti tidak mahu melepaskan peluang yang datang sekali dalam setahun. Untuk mendapatkan buku, novel dan segala macam bahan bacaan yang dijual dengan harga diskaun yang begitu menarik.


Beberapa orang sahabat yang aku temui, dengan bangganya menyatakan bahawa mereka telah menghabiskan diantara RM50.00 hingga RM2,000. Semata - mata untuk membeli buku. Ini satu perkara yang baik.


Bila aku tanya "banyak betul memborong buku, bila hendak habis membaca?"


Dengan bersahaja sahabat aku menjawab "mungkin sampai tahun hadapan."


Kiraan mudahnya, kalau dia membaca satu buku sebulan, bermakna dia akan membaca 12 buku untuk setahun. Tetapi bagaimana kalau dia membeli 20 atau 30 atau 40 buah buku ?


Lalu aku terkenangkan sesuatu. Ya, ayahku pernah membelikan aku sebuah buku sewaktu aku masih kecil. Buku itu bertajuk - Tenggelamnya kapal Van der wijck, karangan HAMKA. Hingga kini, aku tidak tahu entah sudah berapa puluh kali aku membacanya. Hingga buku itu lusuh dan terkoyak lalu tertanggal dari kulitnya.


Sekarang, aku belum lagi mendapati sebuah buku atau hasil karya dari mana - mana novelis yang boleh menandingi HAMKA.


Sejujurnya, aku tidak pernah membaca sebuah novel lebih dari sekali, kecuali 2 buah novel. Iaitu - Tenggelamnya kapal Van der wijck dan Hikayat Merong Mahawangsa.


Tidakkah novelis yang ada pada hari ini merasa perlu melakukan sesuatu supaya hasil karya mereka sentiasa - EVERGREEN ?

13 comments:

Idalara said...

rasa ralat masih bersisa sbb tak dapat ke pesta buku..insyaallah next year..jika panjang umur..
saranan yg sangat baik dari abnag long..kak ida suka masuk kedai buku yang besar dan teratur..mudah mencari dan selesa bila nak mentelaah sekejap..
karya Prof Dr Hamka..tenggelamnya kapal Van Der Wijck..kak ida pun banyak kali baca buku tu..best sgt..sampai menangis2..pinjam kat library sekolah rasanya..

p/s bulan lepas gila sakan beli novel dan buku motivasi dr tuah sampai 4 buku..tu pun rasa mcm tak cukup..

zara aluwi said...

Pemilihan teks untuk subjek sastera sekolah telah dimertabatkan penulisan Dr. HAMKA.

Sastera KOMSAS ditukar dengan karya kontemporari dan karya ‘pop’, tiada lagi karya Sasterawan Negara (eg.karya A. Samad Said, Faizal Tehrani) yang disenaraikan untuk dijadikan teks KOMSAS.
Mungkin juga mereka rasa karya SN terlalu tertumpu kepada isu2 pra-sejarah,sarat dengan pemikiran, sebab tu mereka mahu menukarnya dengan novel2 yang lebih menarik(Jangan novel cinta sudahlah).

Untuk menulis buku yang sarat dengan pemikiran dan falsafah memang sukar. Kena perlu ada bakat dan mahir dalam bidang sastera, perlu kritis, perlu mahir dalam prasejarah dan perlu kreatif.

Kerana itulah lebih ramai yg berminat menulis karya popular sahaja. (Ini termasuklah saya yg baru-baru hendak berjinak dalam bidang penulisan ini.)

zara aluwi said...

Pemilihan teks untuk subjek sastera sekolah telah dimertabatkan penulisan Dr. HAMKA.

Sastera KOMSAS ditukar dengan karya kontemporari dan karya ‘pop’, tiada lagi karya Sasterawan Negara (eg.karya A. Samad Said, Faizal Tehrani) yang disenaraikan untuk dijadikan teks KOMSAS.
Mungkin juga mereka rasa karya SN terlalu tertumpu kepada isu2 pra-sejarah,sarat dengan pemikiran, sebab tu mereka mahu menukarnya dengan novel2 yang lebih menarik(Jangan novel cinta sudahlah).

Untuk menulis buku yang sarat dengan pemikiran dan falsafah memang sukar. Kena perlu ada bakat dan mahir dalam bidang sastera, perlu kritis, perlu mahir dalam prasejarah dan perlu kreatif.

Kerana itulah lebih ramai yg berminat menulis karya popular sahaja. (Ini termasuklah saya yg baru-baru hendak berjinak dalam bidang penulisan ini.)

Anonymous said...

Sejak anak2 bersekolah ni, Tie lebih korbankan membeli buku2 untuk mereka. Buku2 sekarang mahal,budget kurang.

Rasa cemburu lak tengok orang boleh beli buku2 kegemaran mreka. Apa boleh buat, berkorban utk anak2... he he...

cikceriacorner said...

salam..
abg long..pesta buku aritu sy x pegi pon pwtc walopon dkat ngan opis n umah sy krn org ramai n bersesak2...sy setuju ngan pendpt abg long agar pesta buku akan dtg dibuat di tmpat yg lebih luas n besar..
sy da baca buku tenggelamnya kapal van der wijck..tp masa sy kecik2 dulu..pinjam buku kwn..memang best..

sally said...

saya suka Salina, Merpati Putih Terbang Lagi, Siti Nurbaya, Permata diPerlimbahan, Srengege, Ranjau Sepanjang Jalan, Ahad,Hikayat Raja Gondang, Hikayat 1001 malam, uhhh banyak lagi yg saya tak ingat tajuknya..

Saya pernah di kejar kakak keliling telaga kerana menghilangkan 'Sandera' buku sastera sekolahnya..

Buku adalah satu cara utk kita meneroka alam baru dan 'ghaib' bersamanya...

m.q said...

pesta buku mmg gempak
rasa sedih pulak sbb kemeriahan tu
dh berlalu...

noorlara said...

setuju tu, mana bleh gi pesta buku main lalu jek mesti belek, baca sikit-sikit dah puas hati baru le beli kurang-kurang dua tiga jam baru puas hati tapi kalau dah sesak nak masukpun malas.

Nek Cun said...

Adinda Long, sayang tak dapat jumpa adinda masa pesta buku tempoh hari... kalau tidak, tentu banyak yang boleh kita bincangkan kan?... Nekcun pun suka juga buku 'Tenggelamnya kapal Van Der Wick' tu... baca masa nekcun sekolah menengah dulu lagi... Teringin gak nak menghasilkan novel seperti itu, tetapi... entahlah... takut niat hanya tinggal niat sajer pulak nanti!... InsyaAllah, bila-bila ada kesempatan nanti kita jumpa lagi yek!...

nadinezuharra said...

mm,seronok kan pesta buku..nadine pun pergi juga dn apa yang dibeli tak banyak,majalah2 lama dan sebuah novel karya RAM.Selebihnya berbelanja utk adik2.

setuju juga dgn abg long, sediakan tapak yang lebih luas dan selesa..lengkap dengan segala kemudahan barulah kita dapat betul2 menghayati dan merasakan mesej yang ingin disampaikan dalam acara sebegini.Nak membeli pun rasa bebas dan senang,tak perlu berebut2..

ina said...

Molek gak cadangan abg long tu. ina dan kena banned dari g PWTC esp Book Fair.

ina rindu tul nak baca Van der wick n Hikayat Merong Mahawangsa. Abg Long tau mana nak cari buku2 tu.

kakLuna said...

sy pun dh kenal tulisan HAMKA sejak kecil...mmg x puas membaca sekali karya2 almarhum.

tp yg paling best mmg tenggelammnya kapal van der wick, selain di bawah lindongan kaabah dan merantau ka deli.

ummu said...

Abang Long, di mana nak cari Hikayat Merong Mahawang sa tu ya? saya cuma dengar cerita lisan ayah saya je. di sekolah dulu puas juga saya cari tapi tak jumpa.adalah di perpustaakaan tu,cikgu minta kemas buku-buku lama. macam-macam sastera lama samada dlm bi dan bm saya jumpa tapi dah terkoyak2.ada yang saya tak faham.ada juga baca tenggelamnya kapal der wick.masa tu darjah 4.tapi tak ingat kisahnya tentang apa.
masa kemas library sekolah tu dah jumpa dan baca Salina, Permata diPerlimbahan, Srengege, Ranjau Sepanjang Jalan,Hikayat 1001 malam.