Tabligh atau Terbalik ?
Sudah lama aku perhatikan tentang Jamaah Tabligh dan pengikut - pengikut Tabligh. Satu ketika dahulu, aku pernah mengikut perkumpulan ini, sewaktu di awal tahun 80'an. Di waktu itu terasa begitu indah hubungan ukhuwah sesama saudara seagama.
Kami menjalankan kerja - kerja dakwah. Itulah yang sering dilafazkan oleh anggota jemaah ini. Namun, seiring dengan perubahan zaman. Akhirnya aku dapati bahawa, jemaah tabligh ini juga tidak menepati seruan dakwah yang sebenar.
Jika ada pengunjung blog ini yang menjadi anggota jemaah tabligh. Aku berharap, agar apa yang aku perkatakan disini diambil perhatian dan silalah memberikan komen. Aku tidak bermaksud untuk berdebat. Tetapi cukuplah sekadar menasihati.
Telah berlaku beberapa kali, jemaah tabligh datang kerumah aku, dan mengajak aku ke masjid untuk menunaikan solat. Bukan hendak membanggakan diri. Tetapi, sudah menjadi kewajipan dan aku sedar tuntutan untuk menunaikan solat di masjid. Seandainya aku tidak di ajak oleh jemaah ini pun, InsyaAllah, aku akan pergi ke masjid. Namun, pada ketika itu, aku tidak mahu berhujah. Aku lantas mengikut mereka, dengan berjalan beramai - ramai.
Sewaktu tiba di hadapan sebuah restoran. Waktu itu pukul 7.15 petang, dan beberapa ketika lagi akan masuk waktu Maghrib. Aku melihat begitu ramai orang di dalamnya. Aku pasti kesemua pelanggan terdiri dari orang Melayu yang beragama Islam.
Lantas apa yang aku rancangkan, kini telah berada dihadapan mata. Aku berhenti berjalan. Dan aku menegur jemaah tabligh yang seramai 6 orang itu. Lalu aku berkata "Saudara sekalian sering menyatakan bahawa jemaah tabligh berusaha untuk menyampaikan seruan dakwah, amar makruf, sekarang saya mahu saudara sekalian untuk masuk ke dalam restoran itu dan mengajak pelanggan didalamnya untuk segera mengikut kita untuk turut sama berjemaah solat Maghrib di masjid."
Hendak tahu apa yang berlaku ?
Kesemua ahli jemaah itu berpandangan antara satu sama lain. Tidak ada seorang pun yang berani menyahut cabaran aku !
Lalu, seorang dari ahli jemaah itu menasihati aku untuk meneruskan perjalanan ke masjid, kerana katanya, ada 'puak - puak dalam Islam' yang memang sukar untuk didakwahkan ! Jadi, lebih baik kita mengambil sikap 'berlembut' dengan mereka dan mendoakan supaya terbuka pintu keinsafan.
Dengan tegas aku berkata "Maknanya, sekarang sudah jelas, saudara sekalian tidak menunaikan prinsip dakwah yang sebenar .... dimanakah AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?"
Aku terus menyambung "Saudara sekalian, hanya mempelawa orang yang sudah biasa ke masjid, tetapi saudara takut dan pengecut untuk mempelawa orang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid ... selama ini ... begitu ramai orang yang bersembang di tepi jalan ... bila masuk waktu solat ... tidak kelihatan jemaah saudara menegur orang terbabit."
Dan aku terus berjalan seorang diri, meninggalkan jemaah tabligh yang seakan - akan terkelu lidah dengan sikap aku yang tegas.
Bersambung ...
12 comments:
ada banyak sebab dia org berlaku seperti itu...
tapi sekurang2nya mereka telah menyeru ke arah kebaikan..
ketahui bukan semua tugasan berat itu mampu dipikul setiap daie'..
bagi saya tindakan mereka itu dan jawapan mereka itu tidak ada masalah...
cuma barangkali perancangan mereka perlu diperkemaskan lagi....
maza: hanya tahu berceloteh, buat! hmm belum tahu lagie.. hehehhehe
abg long..
sy respek la kat abg long...bgus2 sy suka ngan cara abg long..berani krn benar!
Tabliq yang menyeru kaum lelaki Islam berjemaah ke masjid memang patut digalakan demi kebaikan.
Ada beberapa kali, mereka datang ke rumah akak bertanyakan samada orang lelaki ada di rumah. Akak katakan tak ada tapi mereka tidak percaya. Memang 2 anak lelaki akak tiada di rumah pada masa itu. Ditanyakan suami pula. Akak beritahu sudah lama tak ada. Pun dikatakan akak berbohong kerana tidak bekerjasama menggalakkan kaum lelaki berjemaah di masjid. Dan dikatakan akak bakal menjadi penghuni api neraka.
Siapa tak meradang bila diperkatakan begitu. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui di mana tempat kita berada.
Akak beritahu kalau ingin mengajak suami akak berjemaah sama, pergilah jumpa dia di perkuburan Sg Kantan. Kemudian akak menutup pintu. Biarlah mereka kata akak biadab.
Berdakwah kenalah ada caranya.
salam abang long ittewww..
yang hardcore tak diseru.. itu adalah cabaran yang paling power tok diaorang.. yang ikan2 bilis macam abglong takyah la nak menunjuk2 pulak.. huhu.. saya sokong la dengan cara abglong tu..
ZARA ALUWI- yup..nak berdakwah kener sgt2 berhikmah..'Berhikmah' tu bukan mudah nak dibuat..
Contohnya macam nak suruh seseorang tu buat kerja itu tanpa tahu orang itu disuruh! ha...macamana tu?? Bos yang baik kepada staf2 nya boleh bergurau bersenda dengan stafnya dan menyuruh buat kerja indirectly dan pada masa yang sama bagi ugutan secara seloka... for surely your staff takkan terasa bebanan tekanan.. same goes dengan nak menyeru orang lain ke arah kebaikan..
I rasa paling bagus sekali is masa waktu2 semayang masuk yg dikeluarkan kat tv disertakan iklan2 mengingatkan kepentingan sembahyang.. nak tgk contohnya?? kat sini.. http://dliena.blogspot.com/search/label/sembahyang
Nekcun tak berani nak komen kerana tak pernah jumpa orang Tabligh... tapi apa-apa pun, pada pendapat nekcun, kalau nak berdakwah, buatlah dengan betul dan bertertib supaya ada impaknya... Jangan hanya berani kepada orang2 yang memang sudah dapat 'Hidayah' dan takut pula pada 'simunafikun' yang hard-core... Kalau begitu caranya, sampai bila pun objective berdakwah tidak akan mencapai sasarannya...
salam abg long...
saya juga musykil tentang tabligh nie..sbb mereka meninggalkan keluarga sendiri utk berdakwah, mengajak org lain bersama2 berjemaah tapi siapa yg menjaga keluarga mereka sendiri...anak dan isteri sendiri pun tak dibawa berjemaah sekali.. saya rasa yg itu perlu difikir2kan dahulu.
Kenapa perlu dibangkitkan isu seperti ini. Sekurang-kurangnya, kumpulan tersebut ada melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Agama.
Kita tak patut memperkecilkan usaha mereka menegakkan syiar Islam. Itu cara mereka. Tangunggjawab tersebut bukan sahaja terletak dibahu mereka. Kita pun sama jugak. Persoalannya, apa yg kita dah sumbangkan utk Islam?
Secara logiknya, adalah sukar utk org2 yg duduk dikedai itu menerima kaedah dakwah spt yg disarankan oleh Abg Long. Buktinya, mereka tak rasa apa2 pun ketika Azan sedang dilaungkan. Nak berdakwah pun perlulah kena dgn caranya. Kalau Abg Long rasa ianya berkesan, kenapa tak Abg Long aje yg ajak mereka?
Masing2 ada cara masing2 dlm menunaikan tanggungjawab kpd Allah S.W.T. Selagi ianya tidak melanggar akhidah, perkara mcm ini tak perlulah diperbesar-besarkan.
abang long bekas ahli tabligh ye?
arwah abah dulu pon tabligh juga :) tp rasanya tak ekstrem mcm yg abg long jmpe.
Long,
kepada yg tak tahu apa ada dlm jemaah tu toksah lah lemparkan tokmahan yg pelbagai. saya xpnah jadi ahli tapi kenal beberapa ahlinya yg sanggup bersusah payah buat kerja2 yg tak sanggup kita buat demi ke arah mengimarahkan penghayatan islami.
pasal kenapa tak diajak yg memang mereka dah tahu tak kan ikut itu hanyalah cebisan perjuangan. mereka kan dah ajak Abg Long dan sesiapa yg difikir 'atas pagar' utk mengimarahkan masjid.
saya pernah lihat bagaimana mereka ke pendalaman utk menyampaikan dakwah, percayalah, dalam jiwa mereka2 yg ikut 'cara betul' jemaah ini patut diperbanyakkan, walaupun ada yg sedikit tak betul, tapi tak kan nak cemuh terus... saya respect tabligh 'yg mengikut SOP nya' kerana mereka mampu buat apa yg tak kita terbuat..ie ajak jiran ke masjid semasa kita ke masjid
tuan,...mereka hanya manusia....
sama saja seperti kita.....
tidak semua jamaah tabligh seperti yg kau tafsirkan.....ada yg mujahadah sungguh-sungguh,....ada jg yg tidak karenaa mereka salah niat,....
apabila dakwah ditinggalkan maka yg tersebar adalah kebatilan.
bnyak jd fitnah, kehidupan akan jd seperti pasar.....
orang2 dihargai karna uangnya bukan karna amal kebaikannya
hati manusia siapa yg tau,....
tidak bisa di sama ratakan.....
SEmoga Allah pilih kamu....
^_^
Post a Comment