AURA.
Diantara tempat yang aku rasa cukup selesa, tenang dan santai ialah bila berada didalam perpustakaan. Eh, sudah lama tidak kedengaran orang ramai menggunakan perkataan KUTUB KHANAH. Aku pun tidak tahu, sejak bila aku mula menggunakan perkataan perpustakaan bagi menggantikan perkataan kutub khanah.
Bila berada didalam perpustakaan ataupun bilik yang dipenuhi buku ataupun kawasan yang lapang dan dikelilingi buku. Aku merasakan bahawa, aku seperti seorang yang mempunyai darjat yang tinggi dan berilmu.
Bukan hendak membanggakan diri. Tetapi itulah hakikatnya. Aku merasakan terdapat satu perasaan halus, dimana aku seolah - olah seorang yang mempunyai banyak ilmu. Dimana, dengan membaca buku, aku dapat mengasingkan diri dari dunia luar yang hiruk pikuk. Dapat membuat keputusan dan dapat membuat perancangan dengan lebih baik.
Dan terdapat satu perasaan puas, bangga, seronok, tenang dan pelbagai perasaan yang positif bila aku berada dikawasan yang dilimpahi dengan buku. Walaupun hakikatnya, tidak semua buku yang ada didalam perpustakaan telah dibaca.
Baru - baru ini. Aku telah berkesempatan untuk pergi ke Pejabat ALAF 21 Sendirian Berhad. Pengeluar dan penerbit novel bermutu. Dimana aku mempunyai beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Aku memandang pada rak buku. Sekali lagi aku dapat merasakan ketenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata - kata. Walaupun hampir kesemua bahan bacaan yang terdapat di kedai itu telah kubaca. Namun, bila melihat susunan buku, novel dan lain - lain bahan bacaan. Hati aku merasa tenang, lega dan santai sekali.
Aku tidak pasti, adakah ini yang dinamakan sebgai AURA ?
Dan seandainya AURA ini suatu yang positif didalam minda dan tubuh seorang manusia. Maka, bagi aku, memang wajar dan merupakan satu keperluan bagi setiap kita untuk mengadakan sebuah perpustakaan tidak kira kecil atau besar didalam rumah.
Fikir - fikirkanlah.
19 comments:
kalau pergi Shah Alam, tunggu urusan suami siap bila ditanya anak²..nak kemana..mesti disebut perpustakaan.
Pergi bercuti ke Melaka, Perpustakaan negeri juga salah satu tempat dikunjung biarpun hanya sejam dua.
Kita yang didik, kita akan lihat hasilnya
Long,
memang di Libarilah tempat kita dulu2 dating (saya la tu), sambil baca buku sambil jeling makwe (now dah jadi teman sebantal)...
tapi Long, berapa biji buku average Msian baca?... reality bites
Adinda Long... memang betul!... jiwa terasa tenang apabila berada di perpustakaan. Mungkin ilmu dan info yang ada di dalam buku2 itu turut mempengaruhi six-senses/minda kita... di rumah nekcun memang atok ada sediakan satu bilik khas untuk bilik bacaan atau pun perpustakaan mini untuk kami sekeluarga atau saudara mara dan sahabat handai yang berkunjung mahu menenangkan hati dengan bahan-bahan bacaan yang dari berbagai aspek....
Kujie - Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
------
AyKay - Hahaha ... itulah realiti kehidupan, InsyaAllah akan diceritakan dalam episod akan datang.
Nekcun - Kita MESTI jadi masyarakat BERILMU. Itu juga tuntutan dalam agama.
Almarhum Hamka pernah berkata, jika seseorang itu sudah mempunyai minat membaca yang tinggi, maka secara semula jadinya ia akan dimuntahkan dalam bentuk tulisan. Sayidina Ali pula berkata, ikatlah ilmu dengan menuliskannya. Maka jadikanlah budaya membaca dan budaya menulis sebagai aktiviti atau kegiatan yang mengikat makna sebagai buah akhir daripada kecintaan terhadap kedua-dua budaya.
ternyata buku punya aura tersendiri.sebab itu lah bila di rumah baru nanti saya dah sedia satu ruang santai keluarga.ada buku...mcm kat lab.berkotak jugak buku nak packing ni
saya setuju, masuk library atau kedai buku buat kita rasa seronok. kalau saya punyai banyak uang, confirm saya akan beli buku byk2 buat library kat rumah.
hmm.. teringat kat skolah lama yg dulu [tak tahu sekarang] menggunakan "khutub khanah" utk merujuk kepada perpustakaan..
Salam Abang Long,
Saya memang setuju sangat-sangat dengan ide perpustakaan mini di rumah, paling tidak pun ada ruang membaca untuk satu keluarga bersantai menghabiskan masa lapang.
Mungkin saya memang ulat buku. Kalau pergi kompleks membeli-belah tidak sah kalau tidak singgah di kedai buku. Kalau pergi ke KL, mesti saya singgah di MPH Mid Valley atau kalau kebetulan di KLCC mesti singgah di Kinakuniya, atau mana-mana Times dan Popular. Paling tidak saya akan singgah untuk beli satu buku di kedai buku KLIA.
Untuk anak-anak pula, saya sudah belikan mereka beberapa set ensiklopedia dan beberapa buku bacaan dan rujukan untuk mereka gunakan sehingga mereka dewasa.
Di rumah, saya sememangnya menyediakan ruang untuk membaca. InsyaAllah, kalau ada rezeki untuk buat rumah sendiri saya akan peruntukkan satu bilik untuk ruang bekerja sekaligus mini perpustakaan untuk keluarga.
Tidak tahu nak gambarkan macam mana, tetapi saya memang sukakan buku, buku dan buku! :-)
Betul tu, bila berada di alam buku memang kita akan berasa tenang , dulu masa belum galak berinternet akak memang setiap hari Rabu akan ke library daerah untuk lepas gian membaca , kini lebih dapatkan ilmu dari internet tapi buku tetap jugak dibeli dan dicari bila berkunjung ke kedai buku.
abang long, saya pun rasa sangat comfy if surrounded with books, bagai dunia ana yang empunya.
right abng long...itu namnya aura..
bukan ramai yg mcm a.long..kak ida sendiri kalau rasa2 kekurangan duit takkan masuk kedai buku..takut terbeli nanti..tapi kawsan kak ida tkde perpustakaan..anak2 pun suka membaca..insyaallah kak idapun nak ujudkan sebuah mini library..kalau dalam bas express rasa mcm tak pandai je jika tak pegang buku atau apa saja bahan bacaan..
salam abg long..aaa khutub khanah so classic...dulu amaze bila tau ia adalah seerti ngan perpustakaan..ehehe
Sangat rugi jika tidak di ambil pluang yg ada..
me dh lama x gi library ghitewww.. salammms abang long
abg long......chekdee paling suka dok kat kedai stationary.....heheheheh....... kalau g kinokuniya klcc..... anak-anak suka cari buku citer ...chekdee suka cari stationary yang terkini....heheheheh
abg long..sy pon lama x lepak library lelame..tp sy rase memang perlu adakan sudut bacaan kat umah kan..
satu benda yang takde di saudi ialah perpustakaan.. heran lah mereka ni.. negara kaya tapi takde library..
Post a Comment