Thursday, April 30, 2009

Corat - coret Pesta Buku (4)


"Kami pun penat beratur !"


Sewaktu pesta buku tempohari. Ada satu kejadian yang agak mengaibkan telah berlaku dihadapan mata aku sendiri.


# Foto disebelah ialah pertunjukan oleh kanak - kanak sewaktu PBAKL 2009.


Dimana, sewaktu aku berbaris untuk membayar di salah sebuah kaunter pembayaran. Lalu seorang wanita mengandung sambil memegang buku - buku yang hendak dibeli. Pada mulanya, si wanita ini seperti tidak keruan, maklumlah semua kaunter penuh sesak dengan orang ramai yang beratur panjang.


Tiba - tiba, salah seorang kerani kaunter menggamit tangan ke arah wanita ini. Mungkin keranai kaunter itu memahami perasaan wanita itu untuk membayar dan beratur panjang dan dalam keadaan kepayahan.


Tiba - tiba seorang gadis dengan bersahaja telah berkata "Hoi ... kami pun letih juga beratur!"


Si wanita itu agak tergamam, lalu berhenti dari bergerak. Mungkin disebabkan perasaan bersalah. Namun, Alhamdulillah, sikap spontan orang ramai yang turut beratur telah berkata "Tak apa, biarkan dia .... awak pergi bayar dulu."


Usai membayar, si wanita itu dengan senyuman dibibir mengucapkan terima kasih.


Aku perhatikan, ramai yang memerhatikan gelagat si gadis yang mengucapkan kata - kata kurang sopan itu. Namun, tidak lama kemudian, mungkin terasa malu yang amat sangat dengan perbuatannya itu. Si gadis itu terus sahaja keluar dari barisan dan berlalu pergi dari situ.


Bagi aku, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Kita perlu memahami perasaan dan tanggungjawab dalam masyarakat. Berilah keutamaan kepada anak kecil, wanita mengandung, OKU dan mereka yang terdesak dan sakit.

20 comments:

silversarina said...

Ramai gadis sekarang yang kurang ajar dan biadap , entahlah akhir zaman barangkali.

m.q said...

dia dtg angin kus kus kot
hihihihi

Unknown said...

saya terpaksa berdiri dalam komuter semasa mengandung sambil diperhatikan oleh ramai yg tidak mengandung. peristiwa seperti entri ini mmg menyedihkan :(

Anonymous said...

Hmm...Tie tak fikir budak tu malu, mungkin terlalu marah kot!(mokcik ni fikir jahat je...)

Kerana itu kita kena didik anak2 tu supaya belajar bertimbang rasa... dari dalam rumah lagi.. Jadi, esok2 senanglah dia bawa diri.

sally said...

agaknya dia malu kot sebab tu dia lari..kesian kat dia.

sekarang kat sekolah dah tak de matapelajaran Tatarakyat atau pun sivik..jadi kesedaran tu tiada pada gadis tersebut..kesian kan?

ILA said...

MUngkin 'gadis' tu perlu lagi belajar dalam mengawal 'kesabaran' & tatacara 'bicaranya'..

entah mgapa..dah 8 tahun tak peknen.terasa takut pula...
risau jika peknen nanti myusahkan orang lain pula:(

cikceriacorner said...

kuang ajau sungguh gadis itu..tiada nilai2 murni langsung...

aNIe said...

Salam abang long...

Akak tak berkesempatan untuk ke pesta buku...biar pun rancangan telah dibuat berminggu sebelum tu...

Lesen untuk keluar pada hari itu cuma dibenarkan untuk ke Marche bersama makcik2 bloggers..

Bila tengok kegembiraan peminat2 novel di gerai alaf21 dengan aisya sofea...aina emir...dan ramai lagi...akak terkilan sangat...

Eh!! camaner dengan novel2 yang akak mintak abang long tolong carikan tu...dpt tak...kalau dah ada email akak...nanti akak bagi details camaner nak pos dan bagitau harga sekali tau...

zara aluwi said...

Lebih ramai remaja-remaja pada masa kini biadap, kurang ajar dan kurang asam terhadap orang-orang dewasa. Contohnya seperti gadis itu, langsung tiada perasaan bersalah dan bertimbang rasa. Malah tidak sensitif dengan peradaban di sekelilingnya.

Agaknya dia memiliki mata cemeh hingga tidak dapat membezakan perempuan sarat mengandung.

Sayang sekali remaja "ill educated and ill mannered", tidak dapat disiplinkan pada masa itu.

Neeza Shahril said...

tak senonoh punya pompuan..
tak sedor diri la tu..
esok2 kalau jadi kat dia baru padan muka..

Idalara said...

budi bahasa lambang budaya kita..
apa salahnya jika di beri keutamaan pada wanita mengandung mcmtu..
dah terlalu kurang manusia yg amalkan sikap timbang rasa mcm kata zaliza..saya masih snggup beri tempat duduk saya kalau ada wanita mengandung berdiri sebelah saya..sbb hanya wanita yg mengetahui betapa sukarnya dlm keadaan begitu..

Abang Long said...

silversarina - Memang sudah akhir zaman.

------

masnie_qisrine - hahahaha ...

------

Wahai Puan Sifu - Susah saya nak beri komen, memang menyedihkan !

------

kayteeze - Boleh jadi si gadis itu marah sangat ...

------

sally - Memang kesian, tapi kalau mak bapak dia tahu ... lagi malu ...

------

ILA - Mengandung kan amalan mulia. Banyak pahala.

------

ez - Yang pasti, banyak mata yang memandang ...

------

aNIe - Nanti saya kirimkan emel. TERIMA KASIH.

------

ZARA ALUWI - Saya turut rasa malu dengan perbuatan gadis itu.

------

naaza shahril - Begitulah selalu yang berlaku, sejarah akan berulang.

------

Idalara - Inilah yang dinamakan SIKAP BERTIMBANGRASA.

farah, s. said...

eih? selamba je dia sound macam tu, alahaiii memang tak patut.. fikir dulu sebelum bertindak.

Rasha_rz said...

assalamualaikum.
terima kasih sudi singgah dan beramah mesra di booth Bprima tempoh hari. dalam kemelut masalah kesihatan dan peribadi, abang long kekal ceria & sentiasa memberi semangat.

Unknown said...

Salam Abang Long...
Memang betul, budak-budak muda sekarang, baik lelaki mahupun perempuan, kebanyakannya kurang ajar. Dia orang tak diajar macam kita diajar oleh guru atau ibu bapa kita dulu supaya menghormati orang-orang tua (sebab itulah banyak emak dan bapak yang mati dibunuh oleh anak-anak sendiri), menghormati dan melindungi kanak-kanak (sebab itulah ramai kanak-kanak didera, dibunuh dan dirogol oleh ibu bapa sendiri yang sepatutnya melindungi mereka), menghormati wanita yang mengandung (sebab itulah jadi macam gadis yang selamba jerit hoi tadi. Opah agak, kalau di atas bas/LRT, gadis tu tak akan bangun dan berikan tempat duduknya kepada wanita mengandung tadi. Malah, mungkin dia akan jeling kerana perut wanita itu dekat dengan mukanya)dan mereka yang kurang upaya (sebab opah pernah tengok sendiri sepasang teruna dara mendengus dan marah-marah kat seorang lelaki yang kudung kakinya terkial-kial membuka pintu sebuah kedai. Bukannya nak tolong orang tu, malah, macam nak tolak dia aje. Sabar aje aku). Bagi opah, padan muka gadis tu dimalukan dengan pandangan mata oleh mereka yang berada di situ. Nak kata bodoh, dia baca buku. Wallahualam...

attyfir said...

itu ler budak2 skrg..
kdg tak hormatkan org yg mengandung..porg tua atau oku..

kadang..diaorg sht..
tp diaorg lak potong queue..selamba..
harap jgn terjd kepada anak2 kita..subhanallah

joegrimjow said...

da lame xpergi
hummm

sue-ab said...

salam kenal...saya tak leh dengar citer2 canni...tetiba je boley jadi hangin...kalau saya ada kat depan pompuan yg bermulut longkang itu...saya akan paling blakang tengok je kat dia...kalau dia tanya asay..nape pandang2...saya jawap la...kesian la awak..mental2 pun boley beli buku...

Abang Long said...

Farah Amin - Memang tidak sewajarnya berlaku dalam masyarakat kita yang berbudi bahasa.

------

Rasha_rz - Kak, Saya hanya mahu memberikan sedikit sumbangan kepada negara.

------

Opah De - Mungkin dia sudah terlalu letih dan hilang sabar.

------

atty's - Didiklah anak - anak kita sebaik mungkin.

------

joegrimjow - Alahai, kesiannya ...

------

suhaila_ab - Ini baru dinamakan - Buku bertemu Ruas ! hahahahaha

anyss said...

Salam,
Hal sebegitu memang dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ni. Tak kesahlah bertongkat atau preknen...nyatanya kena lanyak je kat tempat awam.
Bila alaminya sendiri, baru kita tahu yang orang Malaysia ni bukanlah bersopan sangatpun. Malangnya, bila orang kritik kita tak sopan, marahnya tu macam nak terbalikkan KLCC...dunia! dunia!