Thursday, February 26, 2009

WARKAH CINTA UNTUKMU

Senyum dalam debaran V Senyum yang mendebarkan.


Setelah membaca beberapa blog semalam tentang kenangan indah sewaktu zaman percintaan. Khususnya nostalgia menulis surat atau warkah. Aku hanya tersenyum. Dan seharian semalam aku tersenyum. Bagaikan orang sedang bercinta.


Hingga menimbulkan kesangsian dihati isteri tercinta. Rupanya, kalau sang suami tersenyum memanjang dan berpakaian segak, hati isteri akan berkata - kata.


Dan kebetulan pula, semalam, aku bertemu dengan beberapa orang teman untuk berbincang tentang pelbagai program kemasyarakatan. Sambil sembang santai antara sahabat lelaki dan perempuan itu. Tiba - tiba, dalam keseriusan itu, lancar sahaja aku bertanya mereka "kamu pernah menulis surat cinta tak?"


Apa lagi, suasana yang sebelumnya begitu serius, tiba - tiba bertukar ceria. Manakan tidak, soalan aku memang lari dari topik asal perbincangan.


Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Semuanya tersenyum simpul. Mereka menjawab secara jujur. YA. Semuanya pernah menulis SURAT atau WARKAH CINTA.


Seorang demi seorang menceritakan tentang pengalaman masing - masing menulis warkah cinta. EH. Bukankah ini perbuatan NORMAL ?


Pelbagai gaya, pelbagai rentak, pelbagai teknik, pelbagai corak, dan pelbagai ragam sewaktu menulis WARKAH CINTA.


Yang paling menggelikan hati. Ada seorang sahabat menceritakan tentang WARKAH CINTA yang beliau kirimkan telah dimasukkan sedikit 'bedak sejuk' yang dihancurkan. Kerana terlalu miskin dan tidak mampu membeli bedak CUTICURA.


Dan ada seorang sahabat perempuan yang 'mendedahkan isi kandungan' WARKAH CINTA beliau, dimana katanya, sewaktu ulangtahun perkahwinan beliau yang ke 21. Suaminya menceritakan bahawa, dalam WARKAH CINTA yang diterimanya dari 'girlfriend' @ isterinya itu, terdapat sebanyak 21 ayat yang diulang - ulang, dimana ayat itu berbunyi "TERPULANG KEPADA ABANG."


Malam tadi, aku menggeledah almari pakaian. Lalu mengeluarkan semua surat atau WARKAH CINTA. Isteri aku kehairanan. Lalu aku membuka semula WARKAH CINTA yang diutuskan kepada kekasih @ isteri aku. WARKAH CINTA yang berusia hampir 20 tahun.


Aku baca satu persatu. Lalu menatap wajah isteri tercinta. Merah padam wajahnya, bila WARKAH CINTA nya aku baca.


Lantas aku bertanya "mana yang lebih mendebarkan ... sewaktu membaca WARKAH CINTA atau sewaktu kali pertama disentuh?" Isteri aku tidak menjawab, cuma sekadar mencubit manja bahuku.


Dan kesempatan untuk entri pada kali ini. Aku dengan sengaja mahu blogawan yang aku sayangi menceritakan pengalaman mereka berhubung dengan WARKAH CINTA. Tetapi, ini bukan TAG.



1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
5 - Ada disertakan gambar ?
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?


ANDA boleh sahaja menjawab diruangan komen disini dengan memaklumkan bahawa ANDA telah melaksanakan misi ini. Ataupun ANDA menjawab di BLOG PERIBADI ANDA.


TERIMA KASIH SETULUS IKHLAS DARI ABANG LONG.

# Semoga TARIKH CINTA ANDA berkekalan.

PROMOSI: SILA DAPATKAN NOVEL DIBAWAH. Hadiahkan kepada yang TERSAYANG.


Blogawan akan bertambah dari semasa ke semasa:

Blogawan yang telah memberikan jawapan, akan ditandakan dengan ucapan TERIMA KASIH.

Kujie. - Ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya... HEBAT ! TERIMA KASH
Nurazzah8
Silversarina
Maklang
Nekcun - Berkongsi pilu bila terlepas momen yang indah. TERIMA KASIH
CHEKdenoor - Pengalaman menakjubkan, disayangi dari usia muda. Best ! TERIMA KASIH
Zino - Menerima surat misteri. Dari gadis yang menyayangi dari jauh. TERIMA KASIH
NadineZuharra - WARKAH CINTA beredar dizaman 'cinta monyet', wow ! TERIMA KASIH
Kak Lady
Kak Ungku

Cik Milah
Mak Su
- "Hmmmmmm". Jawapan kepada WARKAH CINTA. Si teruna tertunggu - tunggu. TERIMA KASIH
Neeza Shahril
Cikgu Zue
Echah Syed - cinta adalah impian...namun kenyataan tak seindah harapan. TERIMA KASIH
Tie - Akhirnya, terdedah kisah lama ! Sebuah WARKAH yang NOSTALGIA ! TERIMA KASIH.
Zalisa - Telah dijawab diruangan komen. TERIMA KASIH
Sally
Opah De - Jawapan sudah diberikan, bagai nak pecah perut dibuatnya ! TERIMA KASIH.
Ramlah Rashid - Kisah lucu sewaktu menjadi rebutan dua jejaka. Begitu kompleks ! TERIMA KASIH
AyKay - Jawapan dalam ruangan komen. TERIMA KASIH
Jentayutiara
- Diterima sewaktu di kolej. Salah alamat. Pengalaman berharga. TERIMA KASIH.
ILA - Kerap menerima warkah layang. Memang seram ! TERIMA KASIH
Izman - Kisahnya SANTAI habis ! belum pernah dipaparkan dimana - mana akhbar ! TERIMA KASIH.
Mersik
Farah Aminuddin - 'Jawapannya ada didalam ruangan komen blog ini.' TERIMA KASIH
Atty's - HIBA, kisah cinta yang memilukan. Tapi kuat semangat ! Tahniah. TERIMA KASIH
Goboklama
Irman Rahs - Tiada pengalaman. Jawapan paling jujur ! TERIMA KASIH
Nik Zulina - Bercinta selepas berkahwin. Tiada pengalaman menerima WARKAH CINTA. TERIMA KASIH
Chekgu BaniHassim
en_me
atreyu - Saudara Semaya Se Perak. TERIMA KASIH
Ummu Asiah
Eyman Hykal

Norzailina Nordin- WARKAH CINTA beliau memang menggetarkan. Hebat ! TERIMA KASIH.
Lily Haslina
Laila Kamilia - Jawapan yang jujur dan mendebarkan. TAHNIAH ! TERIMA KASIH.
Iris Ixora - Seorang 'mamatok' yang menceritakan kisahnya membaca WARKAH CINTA dibawah lampu pelita. Menarik ! TERIMA KASIH
Liza Zahira
Hezzy Azra
- Jawapan yang 'selamba habis' ! TERIMA KASIH
Lily Suriani
Lynn Dayana

Tuesday, February 24, 2009

LA TAHZAN ~ BERSABARLAH !

Ustaz mengajar anak murid monolog.



Ustaz: "Berapa banyak NIKMAT yang telah Allah berikan kepada kamu selama ini ?"
Murid: "terlalu banyak."

Ustaz: "Sudah berapa lama Allah berikan kamu kesihatan, dan baru sekarang kamu merasa sakit?"
Murid: "sudah 40 tahun aku sihat, dan baru satu tahun aku sakit."

Ustaz: "Sepanjang hidup kamu, berapa kali kamu jatuh?"
Murid: "Rasanya tidak sampai 10 kali".

Ustaz: "Selama 20 tahun kamu memandu dalam keadaan senang, berapa kali kereta kamu rosak?"
Murid: "Rasanya tidak sampai 5 kali".

Ustaz: "Selama 40 tahun kamu menikmati makan dan minum, berapa lama kamu tidak mampu menikmatinya sekarang"?
Murid: "Baru setahun".

Ustaz: "Selama 20 tahun kamu bekerja, berapa lama kamu menghadapkan wajahmu kearah kiblat".
Murid: "Selalu juga saya terlepas".


Ustaz: "Andainya saya berikan RM5,000,000,000. Dan kamu kena serahkan sebiji mata kamu, adakah kamu sanggup menyerahkannya?"
Murid: "Maaf, saya tidak sanggup."


Ustaz: "Andainya saya berikan kamu RM5,000,000,000. Dan kamu kena serahkan sebelah tanganmu, adakah kamu sanggup?"
Murid: "Maaf, saya tidak sanggup".


Ustaz: (sambil tertawa kecil) "Sudah 5 tahun, kamu menggunakan hp, baru beberapa hari ini kamu tidak lagi dapat menggunakan hp ... dan 10 tahun yang lalu, kamu langsung tidak ada hp."
Murid: (diam membisu)

Ustaz: "Ini bermakna, NIKMAT yang telah Allah berikan kepada kamu MAHA BANYAK. Tidak terhitung ! Namun, sebagai HAMBA ALLAH, kewajipan kita ialah untuk mentaati setiap perintah Allah. Jangan tinggalkan SOLAT, inilah soalan pertama yang akan ditanya diakhirat kelak, jangan lupakan AL QURAN, bacalah, fahamilah, hayatilah ... dan yang terpenting adalah MELAKSANAKAN SETIAP HUKUM NYA didalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan NEGARA !



Kelihatan para jemaah tidak mengangkat wajah ...



Ustaz: "Bersabarlah, banyakkan beristighfar, LA TAHZAN ... JANGAN BERSEDIH, terimalah ketentuanNYA, anggaplah ujian ini adalah untuk membersihkan diri kita, yang banyak melakukan dosa dan maksiat, ingatlah, TIDAK BERSOLAT juga adalah MAKSIAT!



# Diucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat seorang insan yang telah memberikan HADIAH sebuah buku - LA TAHZAN.

# Diucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat seorang insan yang telah memberikan HADIAH berupa beberapa buah jubah putih.


Sesungguhnya, PEMBERIAN IKHLAS itu hanya Allah sahaja yang akan memberikan ganjaran yang MAHA HEBAT.


Dengan setiap pemberian itu, amalan dan pahala akan terus berkekalan, bertambah dan berpanjangan. Hasilnya akan dituai di hari PEMBALASAN kelak !


~~~~~~~ AKAN TERBIT ~~~~~~~


Anak sulung aku sedang belajar di Pusat Tahfiz Al Quran Wal Imamah. Seksyen 19. Berhampiran dengan Stesen Komuter Shah Alam. Beliau mengucapkan JAZAKALLAU KHAIRAN KATHIRA kepada seorang insan yang telah menghadiahkan sehelai JUBAH buat kegunaan anakku disitu. ALHAMDULILLAH.


Friday, February 20, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (10)

Bukan iklan !


Teragak - agak ! Sudah lama difikirkan, sudah lama direnung. Apakah jika aku menulis disini maka aku juga dianggap sebagai seorang yang cenderung kepada kisah SEKS ?


Sedangkan itulah kehidupan yang normal, TETAPI perlu berlandaskan kepada syariat. Tiada kompromi !


InsyaAllah, untuk entri yang akan datang, aku akan meyiarkan pandangan seorang lelaki tentang seks itu sendiri. Tetapi bukan sebuah kupasan ilmiah. Sekadar hasil pemerhatian sepanjang umur aku. Tunggu.


Intronya sahaja sudah mendebarkan. Umpama kata nasihat dari orang tua. "Hamparkan kain putih diatas kamar peraduan dimalam pertama." Begitu indah kata - kata yang tersurat.


Ada dikalangan pengunjung ini, yang secara berterusan telah mengikuti kisah MEMORI INDAH di Taiping, dari episod pertama. Telah melontarkan sebuah persoalan. Memohon dikisahkan tentang kehidupan 'gelap' disebuah lorong yang agak terkenal.


Setelah air yang dijerang masak. Maka, entri ini memang berkaitan.


Dahulu (baca: dahulu). Sebuah lorong namanya Jalan Tupai. Dimana ada sebuah pawagam disitu. Dan disitulah, letaknya kawasan 'perdagangan manusia.' Andainya ada sesiapa yang melihat anda melalui kawasan itu, maka pasti anda akan ditanya "hai bang, pergi servis ka?"


Jalan Tupai terletak tidak jauh dari Taman Tasek Taiping dan memang dalam kawasan bandar. Namun, aku sedikit pun tidak gentar dengan perkara itu. Malahan, aku akan berbasikal dengan bersantai melalui laluan tersebut. Kerana, itulah jalan pintas ke arah beberapa kawasan penting di bandar.


Hanya diwaktu malam, barulah 'kupu - kupu' akan berterbangan mencari dahan untuk berpaut. Cuma, seperti sudah ada perjanjian tidak rasmi. Dimana, ada kawasan untuk pelacur dan ada kawasan untuk pondan. Itu dia ... perkataan aku sudah tidak berlapik lagi.


Secara berterus - terang. Aku lebih 'gentar' dengan golongan pondan @ bapok, berbanding dengan golongan pelacur. Kerana aku sudah ada pengalaman 'dikejar' oleh seorang pondan, kerana merenung si pondan itu. Kita semua sedia maklum, si pondan itu hakikatnya adalah seorang lelaki. Jadi, boleh bayangkan 'kekuatan' seorang lelaki. Namun, aku bernasib baik kerana si pondan itu memakai skirt pendek. Jadi, memang si dia tidak berkemampuan untuk 'berlari laju.'


Maaf, bukan tujuan aku untuk mencemarkan atau menjatuhkan maruah bandar Taiping. Aku hanya menceritakan hanya satu sudut sisi kehidupan manusia yang malang. Tidak keterlaluan dan sememangnya sudah menjadi lumrah, dimana sahaja bandar di Malaysia. Maka golongan ini tetap ada. Dan 'permintaan' terhadap kedua golongan ini tetap ada.


"Auwww ... auwww ...auwww" itulah simbolik kepada 'suara' golongan ini. Tiba - tiba sahaja difikiran aku terlintas mengingati tentang seorang insan yang bernama Mama Juwie, yang terkenal satu ketika dahulu.


Sebagai seorang muslim yang bersaudara. Eloklah kita mendo'akan yang terbaik buat mereka. Semoga Allah memberikan hidayah dan taufik buat golongan ini untuk kembali mentaati suruhanNYA.


Jadi, kepada pengunjung blog ini. Berhati - hati andainya pasangan anda 'hilang' diwaktu malam. Khususnya penggemar durian. Kerana disinilah kita boleh membeli durian dengan harga yang 'tidak masuk akal.' Memang terlalu murah. Sambil membelek durian, mungkin mata kita akan 'terlihat' 'golongan sasar' ini berada tidak jauh dari kita.


Dan ada ketikanya kita mungkin tersilap. Antara 'menghidu' bau durian dan 'menghidu' bau ~ 'perfume' yang digunakan oleh dua golongan manusa ini.


Tetapi, seandainya kita 'tersilap' memilih durian yang busuk, maka kita tetap boleh jadikan 'tempoyak.' Terpulang kepada 'kebijaksanaan' si isteri, bagaimana untuk memberi makan suami mereka. Bak kata Nabil "lu fikirlah sendiri!"

Wednesday, February 18, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (9)

Kawan aku, kawan hang, kawan kita.


Memang menjadi lokasi tumpuan pelancong. ZOO TAIPING atau sekarang dikenali sebagai 'Night Safari'.


Aku tidak pasti berapa kali aku sudah masuk ke dalam Zoo Taiping. Asal sahaja ada saudara mara datang kerumah orang tua, aku akan membawa mereka untuk berkunjung ke zoo Taiping. Hingga ada yang perli "hang takdak sedara lain ka?"


Untuk entri pada kali ini, mohon dari setiap pengunjung, tolonglah jangan ketawakan aku.


Bukan apa, tetapi rasanya seronok bila melihat haiwan yang pelbagai dalam zoo. Dengan suasana zoo Taiping yang AMAN, DAMAI, TENANG, NYAMAN, SANTAI. Ada ketikanya terasa bagaikan menjejakkan kaki ke luar negara. Sungguh ! Kalau tidak percaya, jom kita pergi beramai - ramai, dan melihat 'kawan - kawan' kita yang bergayut di dahan pokok. 'Mereka' sentiasa riang ria. Dengan pemberian sebutir dua kacang, 'mereka' sudah tersenyum kepada kita.


Paling aku tidak dapat lupakan, bila satu ketika dahulu, aku memberikan air krim yang hampir habis, lalu 'kawan' aku itu terus menjilatnya, bila tersentuh sahaja dimulutnya, terus sahaja 'kawan' aku menjerit dan membuang ais krim, lalu terus meloncat naik ke atas pokok, aku rasa terkejut dan tergamam.


Bila aku tanya pada penjaga zoo, rupa - rupanya monyet memang tidak boleh terkena 'barang sejuk'. Jadi, berhati - hatilah bila kita 'berkawan' dengan 'kawan' kita itu.


Cuma, minta maaf banyak - banyak, dalam kesemua haiwan yang ada dalam zoo Taiping. Aku cuma tidak boleh melihat ular. Rasa geli dan seram. Jadi bila sampai ke tempat spesis itu, aku akan terus melencong ke arah lain.


Dan kawasan haiwan yang paling lama aku suka melepak ialah tempat kurungan sang BUAYA. Entah kenapa, sejak dari kecil, aku memang suka memerhati buaya. Dan satu ketika dahulu, aku adalah pengujung yang paling bertuah, kerana pernah naik dan duduk diatas buaya, dibawah pengawasan dan kendalian pegawai zoo yang bertugas.


Cuma sedikit nasihat dari aku. Kalau boleh, sebelum masuk kedalam kawasan zoo. Sila beli makanan ringan diluar, atau di Bandar Taiping. Selamat poket anda.


Bersambung ... nak naik, tapi tak boleh naik.

Monday, February 16, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (8)

Makan Sapu Tangan.


Dengan 3 buah basikal dan 2 buah motorsikal, kami berkonvoi ke Kuala Sepetang. Walaupun jarak dari rumah Pak Long ke Kuala Sepetang hanya dalam 2 km. Tetapi, disebabkan kami berkonvoi sambil berborak. Maka, hampir setengah jam baru kami sampai ke destinasi yang dirancang.


Inilah kali pertama aku sampai dengan berbasikal. Kali pertama aku datang ke Kuala Sepetang ialah hampir 20 tahun yang lalu, dengan rakan - rakan aku menaiki kereta. Tiba sahaja digerai Mak Teh, kami terus masuk kedalam warung itu. Alhamdulillah, orang tidak berapa ramai, mungkin disebabkan hari bekerja.


Kami gabungkan dua buah meja untuk mencukupkan 'korum' seramai 10 orang. Lalu, bermulalah episod memesan makanan yang digemari. Memang terhibur melihat gelagat saudara mara dan bapa saudara, apatah lagi yang ada semuanya lelaki.


Sewaktu memesan makanan itulah, ramai yang terkejut kerana aku langsung tidak memesan apa - apa, walaupun didesak, namun aku memberikan alasan paling munasabah untuk tidak menyentuh sebarang makanan. Aku katakan bahawa aku masih dalam keadaan berpantang. Aku hanya memesan segelas air kosong. Dengan senyuman dan ramah aku menyatakan jangan bimbang, aku ok.


Bila makanan terhidang didepan mata, apa lagi yang mampu menyekat selera makan yang berkobar - kobar. Yang paling aku tidak dapat lupakan ialah, mereka makan tanpa seorang pun yang mengangkat kepala, tanda begitu 'khusyuk' menghadap segala jenis mee yang ada.


Dalam tempoh beberapa minit sahaja, semua orang telah menghabiskan makanan, dan sepupu aku yang memang dari spesis 'kuat makan' telah memesan makanan tambah. Dan dengan perasaan 'tidak malu,' telah memesan dua bungkus lagi untuk dibawa pulang.


Usai menjamu selera, kami berjalan - jalan disekitar jeti, memerhati panorama petang di Kuala Sepetang, sambil berbual santai dan bergurau senda.


Ah ... betapa malangnya, apabila didapati sebuah basikal yang dibawa telah pancit tayarnya. Kedai basikal memang jauh. Apa lagi yang boleh dibuat, melainkan terpaksa menggunakan khidmat 'orang kuat' untuk mengangkat basikal dan dibawa dengan motor.


Bersambung ... melihat 'kawan - kawan lama' di Night Safari.

Friday, February 13, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (7)

HEBAT tapi MURAM.


Usai membeli dipasar Changkat Jering. Aku dan ibuku terus menaiki kereta menuju ke rumah Pak Long yang tinggal di Matang.


Aku memandu santai, dalam gerimis petang. Sambil berbual pelbagai perkara dengan ibu. Bagi aku, biarlah aku memandu perlahan, lagipun permukaan jalan tidak berapa elok, terlalu banyak lubang kecil dan besar.


Hampir setengah jam, aku tiba disatu selekoh. Bertentangan dengan sebuah kawasan yang hanya mempunyai sebuah bangunan ala kolonial. Itulah kawasan yang lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.


Sebuah kawasan yang dahulunya terkenal, hebat, dan menjadi tumpuan, itulah kawasan pentadbiran Ngah Ibrahim, seorang pejuang Negeri Perak.


Entah kenapa, aku hanya pernah menjejakkan kaki sekali sahaja kedalam bangunan itu hampir 20 tahun yang lalu. Tidak tertarik langsung. Tiada yang boleh menarik perhatian orang awam. Aku pun tidak tahu, kenapa jadi begitu, sedangkan kota itu adalah kota warisan sejarah anak bangsa.


Sewajarnya pihak berkuasa tempatan memikirkan bagaimana caranya untuk mengembalikan semula 'kegemilangan' kota tersebut, supaya, sekurang - kurangnya menjadi kawasan tumpuan pelancong. Untuk lebih mengenali sosio budaya dan sejarah Negeri Perak.


Tiba dipersimpangan, aku membelok ke kiri, dan lebih kurang 500 meter, aku tiba dirumah Pak Long yang sudah lama tidak kujengah.


Waktu aku sampai, hujan sudah mula turun mencurah - curah. Sesudah bersalaman dengan Pak long dan Mak long serta sepupu aku yang lain dan bertanya khabar berita. Aku menyerahkan dua bungkus plastik berisi kuih muih.


Sambil bergurau aku berkata kepada sepupu aku "Alang, kalau makan kuih ni dengan kopi panas ... sedap."


Oh ya, sepupu aku dipanggil dengan nama gelaran 'alang' masih dara sunti yang ayu dan manis senyumannya. Maklumlah gadis kampung yang belum terusik !


Hanya berbaju T dan berkain batik.


Oh ... sebentar kemudian, sudah terhidu aroma kopi kampong buatan sendiri. Layan ...


Bersambung ... berbasikal dan bermotor ... berkonvoi ke Kuala Sepetang.

Wednesday, February 11, 2009

SEMBAH YANG MAHA BERKUASA

SEMBAH ALLAH.


Malaysia oh negara ku. Beberapa hari ini, suasana dinegara kita benar - benar hangat , dihangatkan oleh unsur - unsur politik yang tidak berkesudahan.


Ada orang cuba untuk menunjukkan kesetiaan kepada orang tertentu, ada pula yang menunjukkan kesetiaan kepada parti politik tertentu. Tanpa menghiraukan apa yang bakal terjadi atau telah berlaku. Tidak ada pihak yang mahu mengalah.


Apabila aku perhatikan. Ada dua tajuk yang berbeza iaitu - TAAT SETIA dan DERHAKA.


Aku mendiamkan diri. Memikirkan sendirian. Terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar.


Bagi aku, aku tidak akan menjadikan akhbar Utusan sebagai bahan rujukan. Yang penting sebagai seorang Muslim yang telah mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH, aku HANYA meletakkan AL QURAN sebagai panduan dan pedoman.


Usai solat, aku HANYA memohon ampun dari Allah Azza Wajalla. Bersungguh dalam MEMOHON PENGAMPUNAN dari Allah yang menjadikan manusia dan sekalian alam.


Aku BERISTIGHFAR dan perbanyakkan BERSELAWAT ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu 'alaihiwasallam.


"Ya Allah, Ya Rabb, aku bermohon kepadaMU, Ya Allah, aku pohon kepadaMU Ya Allah, jadikanlah aku termasuk kedalam golongan orang yang HANYA menurut perintahMU dan tidak berbelah bahagi KESETIAANku kepadaMU. Dan janganlah ENGKAU masukkan aku kedalam golongan orang yang kufur dan derhaka kepadaMU Ya Allah."


Wahai kaum muslimin. Aku bukanlah seorang yang alim dan bijak. Cuma sebagai seorang manusia yang telah mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Aku berasa perlu untuk saling ingat mengingati sesama saudara muslim.


Ingatlah. Kita diciptakan dari setitis AIR MANI yang HINA. Keluar dari rahim seorang ibu yang mulia dalam keadaan BERBOGEL tanpa seurat benang ditubuh. Dan kesudahannya, kita akan MATI dan tubuh kita hanya disaluti oleh KAIN PUTIH. Dimasukkan kedalam liang lahad dan dihimpit oleh tanah yang BUSUK. Kita akan BERSOAL JAWAB dengan Mungkar dan Nakir hingga hari KIAMAT.


Diwaktu itu, KUASA, PANGKAT dan GELARAN. Langsung tidak berguna.


Hanyalah AMALAN MULIA dan KETAATAN kepada ALLAH yang diambilkira.


Wahai saudaraku kaum muslimin sekalian. TAATlah, TAKUTlah, kepada Allah. Janganlah kamu bersikap ZALIM terhadap sesama manusia. Kerana Allah itu MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG dan MAHA EHSAN.


Tiada kecantikan bahasa yang dapat aku berikan. Hanyalah renungan bersama - Diruang kubur yang sempit, gelap gelita dan menakutkan. HANYA AL QURAN yang akan bersinar dan bercahaya.


Bacalah AL QURAN. Fahami isi kandungan AL QURAN. Beriman dengan AL QURAN. Laksanakan kehidupan menurut tuntutan AL QURAN. Jadikan AL QURAN sebagai sumber panduan dan perundangan dalam kehidupan.


Monday, February 09, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (6)

Changkat Jering.


Inilah tempatnya yang sekarang ini seluruh negara, bahkan didunia, masyarakat membicarakan tentang wakil rakyat melompat. Tetapi aku tidak mahu menyentuh tentang perkara lompatan itu. Apa yang hendak diceritakan adalah memori indah disitu.


Changkat Jering mempunyai pelbagai keistimewaan. Antaranya ialah, Changkat Jering merupakan pintu masuk utama untuk ke Taiping, jika melalui lebuhraya. Disitu juga terdapat sebuah rumah ala minangkabau milik Datuk Dr Jins Shamsuddin. Dan disitu jugalah terdapat sebuah pasar minggu yang terkenal dengan Pasar Minggu Changkat Jering.


Orang ramai yang ingin membeli makanan seperti pekasam, dodol, laksa utara, kuih muih khususnya kuih dangai yang begitu terkenal. Boleh sahaja membelinya dipasar Changkat Jering. Malahan, dipasar itu juga terdapat pelbagai barangan dapur seperti parang, pisau, cangkul dan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, dan boleh ditawar jika kita bijak menawar harga.


Kali ini, aku pergi ke pasar Changkat Jering dengan meminjam kereta adik aku. Takkan aku hendak pergi ke pasar itu dengan mengayuh basikal dan ibu aku membonceng dibelakang. Jaraknya sahaja sudah tidak masuk akal untuk berkayuh, iaitu hampir 8 km. Kalau aku membawa ibuku menaiki basikal, rasanya ada yang akan ketawa tanpa henti.


Tetapi jangan dihina. Kerana sewaktu aku bersekolah rendah, ibu aku yang bersusah payah dan dengan tulang empat kerat itulah mengayuh basikal menghantar aku ke sekolah.


Tetapi aku tidak tahu apa pandangan masyarakat, andainya aku menghantar anak aku kesekolah dengan menaiki basikal. Tapi, jika keadaan terdesak, rasanya itu bukan perkara yang ganjil. Aku sedang berkira - kira ke arah itu.


Sewaktu aku tiba di Pasar Changkat Jering, orang sudah pun ramai di pasar itu, dengan pelbagai tujuan. Alhamdulillah, pasar itu tidak menjadi masalah untuk parkir kereta, bukan setakat ruang parkirnya yang begitu banyak, malah kenderaan boleh diparkir dikawasan berhampiran. Dan tidak menjadi masalah lalulintas kerana kawasan jalan yang lebar.


Namun, sebaik melangkah kedalam pasar. Aku menjadi 'rambang mata.' Maklumlah pilihan untuk membeli barangan terbentang luas. Sudahlah barangannya banyak, harganya pula murah.


Tetapi, seperti kebiasaannya, aku akan serahkan tugas untuk membeli pekasam kepada ibuku. Kerana ibu memang pakar dalam urusan membeli pekasam yang terbaik. Begitu juga sewaktu membeli pelbagai kuih yang dijual. Ibuku memang sudah tahu, digerai mana yang dia akan beli.


Aku hanya 'serah duit' sahaja kepada pekedai. Dan tugas kedua adalah menjijjit bungkusan barang yang dibeli.


Alhamdulillah, kuih dangai yang menjadi impian aku telah dibeli, dan kuih itu masih panas. Sewaktu kecil, aku memanggil kuih dangai dengan nama - KUIH KERANDA. Bagi sesiapa yang pernah memakan kuih dangai pasti tahu, kenapa aku memanggil kuih itu - KUIH KERANDA.


Bagi anda yang belum pernah mencuba. Sila dapatkan kuih dangai dan dimakan diwaktu hujan turun waktu petang sambil menghirup kopi panas. Memang terasa nikmatnya.


Aku agak kehairanan bila ibu membeli kuih dalam kuantiti yang agak banyak, lalu aku bertanya "mak, awat beli kuih banyak sangat?" Lalu ibu aku menjawab "lepaih ni, ingat nak pi singgah ghumah pak long hang kat Matang sat, dah lama tak pi sana."


Aku hanya mengangguk. Ok, jom pi MATANG. Tempat pentadbiran dan kubu NGAH IBRAHIM ... JOM !

Friday, February 06, 2009

YOB BERPANTUN

YOB kejor YOB !
Kejor Yob, kejor !


Dalam tempoh 48 jam, begitu banyak sms yang aku terima, khususnya dari sanak saudara, teman dan sahabat. Samada yang menetap di Perak mahupun yang tinggal diluar Perak. Semuanya mengirimkan sms berbaur marah, geram, sakit hati dan ada juga yang masih sempat berpantun.


Maafkan aku YOB ! Aku memang tidak akan dapat membalas sms kalian. Kedudukan kewangan aku sudah meruncing. SETIAP SEN adalah NYAWA.


Seperkara lagi, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menasihati YOB. Kerana aku bukan ahli politik, bukan poliTIKUS, jauh dari menjadi seorang poliTIPU, ataupun poliTIBAI, apatah lagi menjadi seorang poliTAMAK.


Teman faham, ada orang sedang bergembira dinegeri kita YOB. Tetapi percayalah, BERJUTA - JUTA rakyat sedang menangis, sedih dan pilu memikirkan, apa akan terjadi beberapa bulan akan datang.


Dapat makankah ? Dapat kerjakah ? Dapat bantuankah ? Dapat berjalankah ? Dan pelbagai perkara yang menggerunkan sedang menerjah minda dan fikiran rakyat Malaysia dan penduduk bumi.


YOB. Bila teman 'menjelajah' dari satu blog ke satu blog. Teman dapati begitu banyak blogawan yang meletakkan entri tentang - KATAK. Memang teman tersenyum. Begitulah manusia, dalam keadaan terdesak dan mendesak, tiba - tiba sahaja pelbagai idea boleh terpancul keluar.


Jadi, teman fikir, untuk 'meredupkan' sedikit api kemarahan YOB. Apakata kita berpantun, YOB dan pengunjung blog ini cuma 'bertugas' menyambungkan sahaja pantun itu:


Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi tinggi,
(Sila sambung...)


Lompat si katak lompat,
Lompat atas tangga,
(Sila sambung...)


Lompat si katak lompat,
Lompat keatas darat,
(Sila sambung...)


Samada YOB dan pengunjung blog ini penyokong BN ataupun PR. Jangan malu dan segan. Tunjukkan bakat 'terpendam' anda dalam berpantun.

Thursday, February 05, 2009

SETITIS AIR MATA PENGHARAPAN

aku menangis siapa yang tahu ...





Ya Allah. Aku melihat ibu menangis. Aku melihat ayah menangis. Aku tidak tahu kenapa. Tapi aku menangis kerana aku lapar. Semalam aku dengar ibu berkata, "harga susu mahal." Dan semalam juga aku mendengar ayah aku berkata "tangisan rakyat terlalu mahal."



Wednesday, February 04, 2009

WAHAI WAKIL RAKYAT.

POLITIK V SUNNAH.


Yang dihebohkan ialah tentang politik. Yang dikecohkan ialah tentang pergolakan akibat tindakan wakil rakyat yang tidak menjaga amanah rakyat. Akhbar arus perdana menyiarkan berita itu dimuka hadapan. Bagaimana teruknya krisis yang berlaku.


Sejujurnya, sudah hampir 20 tahun aku tidak membeli akhbar arus perdana. Nanti disatu ketika, dilain waktu aku akan kisahkan, kenapa aku mengambil tindakan tersebut. Bagi aku, akhbar arus perdana tidak dapat memberikan pengisian ilmu dan bersikap jujur terhadap agama Islam.


Bila aku menghubungi beberapa orang saudara mara aku yang menetap di daerah Changkat Jering. Mereka memaklumkan bahawa kehidupan mereka adalah seperti biasa. Tiada kekecohan yang berlaku. Berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh akhbar arus perdana, yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Negeri Perak akan tumbang.


Cukup. Aku bukan seorang penyokong fanatik atau ahli UMNO atau BARISAN NASIONAL.
Aku juga bukan seorang penyokong tegar PAS atau KeADILan atau PAKATAN RAKYAT.


Aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan menjadi seorang pengundi. Telah 5 kali aku mengundi. Aku tidak pernah bersorak bila BN menang. Aku juga tidak melonjak kegembiraan bila PAS menang.


Usai pilihanraya. Kehidupan aku 'begitu-begitu juga.' Tiada perbezaan. Kalau adapun mungkin disebabkan aku dinaikkan pangkat oleh pihak majikan, 5 tahun yang lalu, maka aku boleh 'bermewah' sedikit.


Aku tidak mahu membebel menceritakan tentang wakil rakyat dinegara kita. Aku yakin dan aku pasti tentang satu perkara. Kalau dibuat 'survey' tentang wakil rakyat dinegara kita. 9:10 orang akan menyatakan rasa tidak puas hati.


Aku membayangkan tentang satu perkara yang MESTI diambil iktibar oleh setiap wakil rakyat yang beragama Isalam. Yang penting ialah setiap wakil rakyat beragama Islam telah MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH. Maka, aku rasa tidak perlu untuk menyatakan 'tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah.'


SOLAT. Memang ada wakil rakyat yang beragama Islam yang tidak solat. Aku berani kerana mempunyai maklumat dari seorang muslimah yang menyatakan bahawa ada wakil rakyat yang tidak bersolat. Kalau wakil rakyat tidak bersolat. Maknanya mereka TIDAK TAKUT kepada Allah.


Imbas kembali apa yang dilakukan oleh Khalifah Sayydina Ali. Sewaktu sedang bersolat, apabila datang seorang peminta sedekah. Lalu Sayyidina Ali menghulurkan tangannya, dan si peminta sedekah terus mengambil cincin besi dari jari Sayyidina Ali.


Imbas kembali, bagaimana Saidina Omar 'mengendap' diwaktu kegelapan malam untuk 'MEMASTIKAN' tidak ada rakyat yang kelaparan. Bila beliau menghampiri sebuah khemah, didapati ada sebuah keluarga yang sedang kebuluran, dimana si ibu memasak seketul batu untuk 'menyedapkan' hati si anak yang kelaparan. Lalu apakah yang dilakukan oleh Saidina Omar ?


Beliau sendiri memikul gandum dari PERBENDAHARAAN NEGARA, dibawa ke khemah dan dimasakkan gandum itu lalu diberi makan keluarga miskin itu.


Imbas kembali, apakah yang diperkatakan oleh Saidina Uthman ?


"Aku tidak akan makan, selagi ada rakyat aku yang kelaparan, dan aku akan berhenti makan, sebelum rakyatku kekenyangan."


Imbas kembali apa yang diucapkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W disaat - saat kematiannya ?


"UMMATI, UMMATI, UMMATI."


Semua media dan parti politik bercakap tentang isu politik semasa. Yang diceritakan ialah posisi dan polisi dan kerusi dan agihan dan wakil rakyat dan isu hudud dan pembangkang.


Yang dikisahkan ialah 'Rakyat perlu berkorban' dan diulang - ulang 'rakyat perlu berkorban' dan diulang lagi 'rakyat perlu berkorban.'


Memang menjengkelkan. Bila kita menyebut perkataan 'wakil rakyat.' Ini bermakna mereka adalah HAMBA RAKYAT. ORANG SURUHAN RAKYAT. SUARA RAKYAT. NAFAS RAKYAT.


Tetapi baru setahun menjadi YB. Cuba lihat gaya, cara hidup dan percakapan HAMBA RAKYAT ini.


Sepatutnya antara manifesto parti politik yang bertanding ialah ikrar seperti berikut:


"Kami BERSUMPAH, kami akan berkorban untuk rakyat. Kami BERSUMPAH untuk menurunkan harga barang. Kami BERSUMPAH untuk mengambil sedikit sahaja dari gaji kami sebagai wakil rakyat, dan seandainya kami melanggar SUMPAH, maka secara automatik status kami sebagai wakil rakyat akan terlucut."


Ada wakil rakyat yang berani bersumpah sebegini ? Kalau ada, itulah wakil rakyat yang akan mendapat undi dari aku.

Monday, February 02, 2009

PROJEK SEMENTARA

WANG BESAR ! WANG BESAR ! WANG BESAR !


Memang menyesakkan bila memikirkan tentang kegawatan ekonomi global. Tiba - tiba, dinegara kita ditambah lagi dengan kegawatan politik. Aku memang malas, menyampah, geram dan benci dengan politik dan politikus. Cuma ada satu kali sahaja aku menyiarkan entri tentang politik.


Sudah beberapa hari, negara digemparkan dengan kisah ADUN 'melompat' parti. Khususnya yang berlaku dinegeri Perak. Aku memang tidak faham dengan sepak terajang arena politik. Tetapi sejujurnya, aku rimas dengan apa yang berlaku. Tetapi bak kata seorang sahabat. Kalau kita tidak ambil tahu pun tidak boleh, kerana ia melibatkan kehidupan seharian kita.


Hinggakan satu ketika isteri aku bertanya "Abang, kenapa semua ini terjadi?" Lalu aku berkata dengan nada serius "Bila ahli politik TIDAK TAKUT kepada Allah, inilah yang berlaku."


Sewaktu pilihanraya, sewaktu hendak MERAYU UNDI. Banjir lumpur pun SEDIA untuk diharungi. Walau kepenatan, walau keletihan, dan walau kelihatan hampir putus nyawa, WAJAH tetap berseri dan senyuman sentiasa 'menguntum.'


Usai pilihanraya, HILANG wajah YB. Sms tidak berjawab. Telefon tidak diangkat. Hendak bertemu dengan YB terpaksa buat temujanji. Dan cuma boleh berbicara untuk 10 minit sahaja. YB teramat sibuk.


Ya, sebagai pengundi, kita semua faham dengan tugas, tanggungjawab dan beban yang terpaksa ditanggung oleh YB. Tetapi sebagai YB, mereka juga perlu faham, andai tidak mampu menggalas AMANAH ini, lebih baik jangan terima tawaran.


Entri ini ditujukan kepada semua YB, samada dalam BARISAN NASIONAL mahupun dalam PAKATAN RAKYAT.


Sekarang tersebar khabar angin menyatakan ada ADUN yang 'dibeli' dengan tawaran harga hingga mencecah jutaan ringgit. Disaat banyak pihak menyatakan 'kami tidak ada wang.' Tiba - tiba 'wang berjuta' boleh pula 'diberikan' kepada seorang dua wakil rakyat ?


Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk 'mengajar' wakil rakyat sebegini ? Tetapi yang pasti berlaku ialah, setiap kali berlaku pilihanraya kecil. Maka semua pemimpin dan pimpinan tertinggi setiap parti, akan 'berkampong' didaerah mengundi. Rakyat akan dijadikan sebagai 'RAJA SEMENTARA.'


Usai pilihanraya, barulah RAJA SEMENTARA akan tersedar tentang sesuatu. HARGA GULA NAIK !