30 tahun yang lalu. Sewaktu seorang anak lelaki yang baru memasuki alam dewasa. Selesai proses berkhatan. Si ayah lalu menghampiri anaknya dengan senyuman. Lalu menyentuh bahu si anak dengan lembut dan berkata "ayah bangga kerana kamu berani."
Si anak yang masih sakit hampir menangis. Lalu berkata "ayah, dalam dunia ni, ayah takut apa?" (dalam fikiran si anak, mesti si ayah tidak takut apa - apa sebab si ayah pasti sudah bersunat).
Lama si ayah mendiamkan diri. Tiba - tiba kelihatan air mata si ayah bergenang di tubir mata. "Ayah takut kalau ayah tak berjaya menjadi seorang ayah yang baik, Ayah takut kalau ayah tak berjaya mendidik anak - anak Ayah menjadi manusia yang baik."
Si anak merenung wajah ayahnya begitu lama. Kemudian si anak bertanya lagi. "Ayah, waktu bila ayah rasa paling takut?"
Si anak berfikir, mesti Ayahnya akan menyatakan bahawa waktu hendak bersunat adalah waktu paling mendebarkan.
Lalu si ayah menjawab "kamu takut waktu hendak bersunat, ibumu takut sewaktu hendak melahirkan kamu, ayah takut sewaktu sekolah kamu hendak dibuka."
Dahi si anak berkerut memikirkan kata - kata ayahnya. Namun si ayah hanya mendiamkan diri.
30 tahun kemudian. Si anak merakamkan kembali dialog itu didalam blog ini.
10 comments:
abang long sihat tak...??? harap sihat ye....n sukses...
salam.. apa khabar abang long? diharap semuanya baik baik belaka.. ada apa apa yang tak kena ke?
Salam Abg Long,
Anak baru bersunat ye...
Tahniah...
Sama sperti anak lelaki ila Si Syamil tu.Rabu lepas dah selesai.skrang tengah berpantang.
Ari tu terserempak dgn buku ni..
Tgah baca sinopsis kat belakangnya..tiba2 si anak mengalihkan tumpuan.Terus terlupa.
Maaf..Abg Long..dulunya sayalah remaja yg gilakan novel & cerpen2.Tapi skarang..sjak mjadi isteri & bonda kpd 2 orang anak napelah sukar utk sambung kembali hobi tersebut...:(
salam..
teringat kisah masa sorang anak zino bersunat dulu.. yg mana satu di rahsiakan hehe..
dalam klinik tu dia jerit.. abah tipuuu abah kata tak sakittttt... sakitttttt..hehe.. kalau cerita balik dengan dia tersipu2 malu hehe
PuteriSatu - Terima kasih kerana sudi datang kesini. Dan mendoakan kesejahateraan abang long.
Neeza Shahril - abang long telah kirimkan emel.
ILA, sebanarnya untuk membaca sebuah novel juga perlukan kekuatan dalaman.
zino - kita bukan hendak menipu tapi untuk memberikan semangat sahaja ... hehehehe
salam abang long,
maaf dah lama tak ke sini. tgh jaga anak bersunat yea? memang kelakau, pengalaman dgn bebudak bersunat ni. dulu bila anak2 buah bersunat, macam2 yg dimahukannye. sabor jela,kan. moga cepatla sembuhnye...
ka3...bgtau kat anak abang long tuh...dia mmg seorang yg berani masa p sunat...mmg kool la dia...aku waktu p nengok anak sedara aku bersunat,meraung2 dpan pintu doktor tuh...
semoga anak 'ayah' berjaya dunia akhirat :)
CikguZue, itu kisah 30 tahun dahulu.
Burung Belatuk, alahai, macam - macam karenah.
Wahai Puan Sifu Zalisa, SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Ada maksud tersirat disebalik kisah berkhatan ini. Abang Long, sila baca jawapan emel dari saya nanti..
Post a Comment