Wednesday, December 24, 2008

SEMANIS KURMA DAN KUIZ

ISTERI PEMALAS. BERSABARLAH wahai para SUAMI.


Semalam, seperti minggu – minggu sebelumnya. Aku dan seluruh ahli keluarga menonton rancangan kegemaran kami. SEMANIS KURMA di TV9.

Tajuk yang dibawa kali ini ialah - ISTERI PEMALAS.


Memang menarik isi dan isunya. Dengan perantara yang tidak asing lagi iaitu – Dato’ Ustazah Siti Norbahiyah dan suami tersayang iaitu Ustaz Wan Akashah. Dengan dua orang tetamu jemputan iaitu Puan Salwa Abd Rahman (penyanyi) dan Puan Safura.

Rancangan dakwah yang berkonsepkan santai dan romantik ini. Pelbagai isu diutarakan. Namun, semalam, tiba – tiba sahaja kami tidak dapat menahan ketawa yang teramat sangat. Hingga isteriku mengesat air mata dek kerana ketawa yang keterlaluan.


Manakan tidak, terdapat beberapa orang pemanggil lelaki yang memberikan komen dan sekaligus menceritakan sikap kurang senang terhadap isteri masing – masing.


Pemangil pertama menceritakan tentang sikap isterinya yang takut - MANDI PAGI.
Aku kata pada ahli keluarga aku, "kalau sudah takut mandi waktu pagi, ini memang masalah besar".


Pemanggil kedua menceritakan tentang bau pada tubuh isterinya - BAU KETIAK.


Bila Ustaz Wan Akashah bertanya berapa lama usia perkahwinan saudara, si pemanggil kedua menjawab “sudah 20 tahun.” Lalu si pemanggil kedua berkata lagi “memang keturunan isteri saya, badan berbau.”

Kelihatan tetamu undangan juga seakan terpaksa menahan ketawa.


Apapun, yang terbaik ialah, masing – masing perlu bijak untuk menangani masalah ini. Tips dan panduan telahpun diberikan oleh kedua - dua perantara yang terkenal itu.

6 comments:

ILA said...

Salam Abg Long, terima kasih kerja mjemput utk mjadi ahli ALaf21.

Berkenaan pemanggil yg dah berkahwin selama 20 tahun yg menyatakan ttg bau badan isterinya yg busuk....amatlah rasa terkilan di buatnya.Mgapa mesti dia mbuat pangilan tersebut.bukan kah m'buka pekung sndiri.Mustahil selama 2o tahun tiada jln penyelesaian...tak gitu abg long??

Tie said...

Oh!! Sayangnya Tie terlepas laa...

Tie memang benci sungguh orang pemalas ni.

Ada cerita kisahnya di blog http://emotieze.blogspot.com/

en_me said...

me tak pernah tengok tv9 ittewww.. hi abang longg

Neeza Shahril said...

tak suka mandi pagi? camanalah hidup sehariannya kan. mesti lembab aje. Neeza memang perlu mandi setiap mandi.. sebab kalau tak mandi, badan rasa tak segar.
Badan berbau tu memang ada orang yang jenis macam tu.. kena lah cari jalan untuk hilangkan bau tu.. tapi tak tahulah kalau ada yang suka bau tu hahaha!!!

chekdenoor said...

Salam,

Bila kita memileh pasangan hidup..... penerimaan kita mestilah dalam erti.. all in 1 pakej.... ada baik dan ada buruknyer.....

Bergitu juga dengan penilaian pasangan kita terhadap diri ini....so ...kita kenalah saling lengkap melengkapi.....

noorlara said...

Abang Long,
kebanyakan kita memang kecewa dan terkilan dengan apa yg berlaku di dunia Islam malah terhadap senario politik tanahair kita ni, apapun marilah kita berdoa tanpa rasa bosan dan menyumbang apa yg patut mengikut kemampuan kita. masyarakat di luar sana memang ramai yg pandai mengata kekadang tanpa usul periksa, itu penyakit hati yg sukar diubati malah mudah berjangkit.

kalu nak isteri sentiasa wangi dan lawa para suami kenalah belikan mende-mende tu, kalu liat mandi pagi mungkit pasai takdak ayak hangat kot, so belikan water heater pehtu gi mandi sesama.....kena cari punca isteri buat pangai niiii... selamat berhujung minggu