Wednesday, December 10, 2008

REBUT PELUANG !

Jangan lepaskan peluang !


Sewaktu menghadiri rumah terbuka, adik ipar aku yang diadakan pada Hari Raya Aidil Adha. Masing - masing memperkatakan tentang tentang krisis ekonomi global dan juga tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.


Semuanya memperkatakan tentang dua peristiwa penting itu dari persepsi dan dari kaca mata masing - masing.


Ya, semuanya bersetuju tentang satu perkara. Iaitu itulah dinamakan TAKDIR !


Akhirnya aku mengambil peluang yang masih tersisa, sebelum berangkat pulang, dengan melontarkan satu pandangan.


Kalau semuanya bersetuju bahawa ini adalah 'kerja tuhan'. Kenapa kita harus melepaskan peluang. Kita kembali kepada fitrah. Bukankah agama Islam adalah agama FITRAH ? Yang sesuai dengan semua golongan ? Dan yang penting kita mengharapkan KEREDHAAN ALLAH ?


Bagi diriku ini adalah masa nya, inilah waktunya, inilah detik dan ketikanya kita perlu merebut peluang yang ada. Maka kita laksanakan seluruh sistem kehidupan manusia mengikut apa yang digariskan didalam Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah.


Teruskan kepada matlamat hidup kita iaitu mendapat keredhaan Allah. Maka laksanakan sistem Ekonmi Islam. Jangan bertangguh lagi !


Cuba fikirkan tentang satu perkara. Setiap pusingan 10 tahun. Dunia akan mengalami dan menghadapi krisis ekonomi global. Jutaan manusia menderita. Dan pakar - pakar ekonomi Islam menyatakan bahawa Sistem Ekonomi Islam mampu membawa keluar manusia dari kemelut ini. Tetapi semuanya TAKUT untuk melaksanakannya. Semuanya hanya pandai berteori dan berseminar.


Kenapa perlu takut ? Bukankah sistem ekonomi Islam adalah sistem yang 'ditunjukkan' Allah. Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam ?


Jadi pada hemat ku. Yang menyebabkan seluruh manusia, khususnya umat Islam masih takut atau tidak yakin untuk melaksanakannya adalah kerana, masing masing 'keras kepala' dan hendak 'menunjukkan' kepada Allah, bahawasanya 'otak manusia' adalah lebih bijak dan lebih hebat dari Allah !


Ingatlah wahai kaum Muslimin. "DUIT ADALAH KERJA TUHAN!"

4 comments:

fusarium solani said...

Manusia merasakan mereka lebih bijak zaman ini.

Bagi mereka riba itulah peluang merebut kekayaan.

Neeza Shahril said...

setuju! kita patut kembali kepada fitrah..
seorang bayi lahir seperti kain putih.. bergantung kepada ibu bapa untuk jadikan anak itu seorang Islam, Majusi atau Nasrani..
sebab tu semua bayi (kanak-kanak) kalau meninggal dunia akan masuk syurga kan..

BurungBelatuk said...

Setuju, otak adalah senjata manusia untuk memajukan diri. Contohnya,kesan kebijaksanaan manusia dapat dirasa hingga saat ini. Cuma kita yg perlu menilai kesan baik @ buruk tu.

maklang said...

Itulah dia kalau sistem ekonomi ikut citarasa manusia...Allah dah ajarkan tak mau ikut...