Thursday, December 11, 2008

BER~ KHUTBAH

'BER'Khutbah yang menggemparkan !


Ya, baca betul - betul. Bukan - MEMBACA KHUTBAH. Tetapi - BERKHUTBAH !


Aku yakin dan pasti. Majoriti rakyat dan kaum muslimin mengharapkan ada perubahan kepada cara dan konsep khutbah yang ada dinegara kita.


Cuba lihat, bila saluran TV dinegara kita menyiarkan secara langsung upacara solat Juma'at, samada dari Masjid Negara, mahupun dari mana - mana masjid terpilih. Pasti akan ada jemaah yang - tunduk, menunduk dan tertunduk - akibat terlalu khusyuk mendengar Khatib MEMBACA KHUTBAH.


Maaf cakap. Usai solat Jumaat. Cuba kita serkap jarang seorang daripada ribuan jemaah. Dan kita tanyakan apa isi kandungan khutbah yang baru didengari. Aku pasti mereka tidak akan dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Silap haribulan jemaah tersebut akan menjawab sambil tersenyum:


"Maaf, saya tertidur."


Apakah makna semuanya ini. Kepada pihak yang arif dalam urusan agama, khususnya - PEGAWAI JABATAN AGAMA. Fikir - fikirkanlah.


Cuba bayangkan, baru - baru ini terjadi satu fenomena alam, dimana berlakunya - SMILEY. Iaitu bulan dan bintang, masing - masing membentuk seolah - olah 'sebuah senyuman'. Dan cuba bayangkan berapa ramai yang dapat melihat fenomena itu.


Tiba - tiba, khutbah yang berlangsung pada minggu itu, Khatib membicarakan tentang TAKWA dan menghubungkaitkan dengan fenomena itu. Aku yakin dan pasti, ramai jemaah akan 'mengangkat atau mendongak' kepala, memandang kearah Khatib, walaupun mungkin tidak mendongak kearah langit.


Dan sekadar cadangan dari aku (aku lulusan sekolah Inggeris, bukan sekolah agama). Apa salahnya, setiap kali selesai solat Jumaat. Pihak masjid tempatan, mengedarkan risalah isi kandungan khutbah yang telah diperkatakan oleh Khatib. Supaya jemaah dapat mengumpulkan bahan dan isi kandungan khutbah untuk dijadikan rujukan dimasa akan datang, dan supaya ilmu itu bermanfaat untuk kaum muslimin.



# Aku membayangkan Ketua Polis Negara, berpakaian lengkap, lalu berkhutbah menerangkan tentang ISU KESELAMATAN NEGARA.


3 comments:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

betul tu....
zana bernasib baik coz' dpt tgk live smiley moon tu...alhamdulillah

baru jer abis baca novel tu.....tgh nak habiskan novel BK plak....insya allah akan join kuiz liza zahira tu...

Neeza Shahril said...

Kalau khutbah setakat baca text yang diprint lepas tu nada suara yang sekata, baik pasang tape aje kat depan tu. Lepas tu pakat pakat ambik bantal tidur... selesai...

berkhutbah mesti menyuruh kepada kebaikan, tinggalkan kejahatan dengan contoh-contoh yang ada dan relevan dimata kita..

Tapi, bila imam tu mula bagi contoh, dikatanya ceramah politik.. adulaaaa... abih tu.. kalau tak makan cili tak rasa pulak pedasnya kan.. :)

chekgu Bani Hassim said...

err...
kalau khutbah tak brape nk umph, bagi pamplet pun last2 ke tong smph jua akhirnya.

cara penyampaian khatib pon mainkan peranan jugak.
kdg2, sye suke kalau khatib adalah orang pembangkang, sbb dorg bersungguh2 bagi khutbah.
dan kdg2 tak terikat dgn teks sgt... :)