Saturday, December 20, 2008

KENALAN BARU.

Jogging dengan NOVEL.


Antara lokasi untuk yang menarik dan selesa untuk aku sekeluarga berjogging ialah di Taman Tasek Shah Alam. Dengan pelbagai kemudahan yang ada. Serta begitu banyak ruang untuk parkir. Ditambah dengan keluasan kawasan yang mengelilingi tasek.


Sudah menjadi amalan kami sekeluarga. Andainya kami beriadah di Taman Tasek Shah Alam. Maka kami akan membawa bekalan sarapan. Supaya apabila selesai beriadah atau berjogging, kami akan terus menghadap sarapan pagi. Maklumlah, perut sudah pasti kosong dan kami akan kelaparan. Begitu nikmat menikmati sarapan dikawasan taman tasek.


Disini, aku ingin sekali memberi nasihat dan berkongsi ilmu. Cuba elakkan membawa sarapan seperti makanan yang ada marjerin, atau nasi lemak, atau makanan bergoreng, ataupun sardin. Kerana jika anda memantau dalam internet dan jurnal kesihatan. Ataupun majalah Pengguna. Terbukti hasil kajian mendapati bahawa bahan makanan tersebut mengandungi bahan yang tidak membantu dalam proses kesihatan.


Berbalik kepada kisah berjogging. Baru - baru ini. Sewaktu sedang berjalan perlahan santai mengelilingi taman tasek. Aku masih belum mampu untuk bergerak aktif. Tiba - tiba aku dipintas oleh seorang lelaki dalam lingkungan usia 50'an.


Bagi aku itu perkara biasa. Tetapi, apabila aku tiba disebuah jambatan kecil, aku terlihat, lelaki itu sedang membaca sebuah buku yang agak tebal. Aku lalu memberanikan diri untuk mendekati lelaki tersebut.


Rupa - rupanya, beliau sedang membaca sebuah novel terbitan ALAF 21. Sambil tersenyum aku menyapanya. Dan bermulalah sebuah persahabatan. Kelihatan lelaki itu begitu gembira mendapat kenalan baru yang mempunyai hobi dan kegemaran yang sama.


Setelah bertukar - tukar nombor telefon bimbit. Aku lalu meminta diri. Kerana keluarga aku sudah pasti menanti kehadiran aku untuk menikmati sarapan pagi.


Kepada anda yang meminati novel ALAF 21. Jomlah sertai Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau kata ringkasnya - ALAF 21 FC. Pasti anda akan menemui begitu ramai kenalan baru yang meminati novel.


Hantarkan permohonan anda ke alamat - alaf21fc@yahoo.com

16 comments:

attyfir said...

rajin abglong jogging

kuIna said...

bagus la mcm tu selain menyihatkan badan boleh menambah kenalan..

chekgu Bani Hassim said...

berjogging smbil berkawan...
kawan sama minat...okela tuh!

m.q said...

salam abglong,
sy dh buat blog baru..khas utk book review. blog sedia ada dh bercampur sgt dgn citer2 peribadi
eheheh...

nti abglong war war kn blog baru sy yer...
http://atreyu1105.blogspot.com

tq

m.q said...

oopssss..tp new blog masih huru hara lg

hahahah...

Neeza Shahril said...

seronokkan bila berjumpa kawan yang ada minat yang sama kat tengah jalan.. panjang cerita.. :)

rajin abang long berjongging..

Tie said...

Wah!...Dapat kenalan baru rupanya..

Tie dah lama tak jogging....Malulah...

Mungkin boleh jogging dalam rumah, ekk.

ckLah @xiiinam said...
This comment has been removed by the author.
ckLah @xiiinam said...

Membaca novel, satu terapi minda...

Lihat buku-buku dalam entry saya bertarikh 15 Disember; 'Buku Santapan minda'. Boleh geng tak?

Eh, lupa...Asslamualaikum Tuan Rumah. (main terjah je rumah orang!!)

arsaili said...

salam abg long..masih tak sempat nak jumpa abg long..nanti sy balik msia lagi bole la jumpa

zino said...

dulu rajin gak jogging tapi sejak menjak ni dah berkurangan aktiviti tu..

Sabiah said...

sy pun dah lame xjogging.

t.tasik shah alam la tempatnya dulu tu.

best kan jogging ni.badan sihat.otak cergas.

jom kita amalkan cara hidup sihat.

sally said...

2 dlm 1..kan bagus..sambil joging dpt kawan baru..

izman said...

itulah untungnya jd org peramah dan berhati terbuka mcm abg long, kat mane2 senang dapat kawan baru.

en_me said...

wah rajinnyerr abang long jogging baca buku tewwww..

Anonymous said...

Sebenarnya senang sahaja nak cari kawan baru ni kan....