Friday, December 26, 2008

BERSAMAMU (1)

SIRAH yang DILUPAKAN.


Aku bukannya seorang yang berpendidikan agama. Apatah lagi seorang Ustaz. Aku bukannya seorang yang faham dengan isi kandungan Bible, apatah lagi menjadi seorang Paderi. Aku hanya sekadar faham dengan asas dalam ugama Islam. Hasil usaha mencedok sedikit sebanyak dari ceramah ugama, kuliah dan seminar. Namun seperkara yang paling utama ialah, aku berusaha sedaya mungkin untuk menjadi seorang MUSLIM yang kehidupan aku mendapat KEREDHAAN ALLAH.


Aku tidak fanatik kepada politik kepartian. Bagi aku UMNO, PAS, KeADILAN mempunyai kebaikan dan kekurangan masing - masing. Maaf cakap, kalau dahulu, sewaktu BN memerintah Selangor, aku dan keluarga tidak mendapat apa - apa habuan. Begitu jua sekarang, kawasan aku dimenangi oleh PAS. Aku juga tidak mendapat apa - apa habuan. Walaupun sewaktu pilihanraya masing - masing parti mengemukakan manifesto yang menarik dan muluk - muluk belaka.


Sebenarnya itu adalah intro pengenalan, supaya pengunjung diberikan gambaran awal kedudukan aku.


Itu adalalah kenyataan sewaktu aku masih sihat. Jika pengunjung setia blog ini sering melayari blog ini dari dahulu. Akan ada entri yang menceritakan tentang permintaan aku supaya dibacakan surah Yasiin. Ada entri tentang urusan bisnes. Ada entri tentang perkara yang agak ghaib. Sebenarnya, semuanya adalah entri yang bersangkut paut antara satu sama lain.


Dan aku bersyukur serta berterima kasih kepada blogawan yang mengirimkan emel, secara peribadi untuk bertanyakan 'apa yang sebenarnya berlaku?"


Malahan aku merasa begitu terharu dengan keprihatinan pengunjung blog yang ingin mengetahui apakah CERITA SEBENAR seorang yang dipanggil Abang Long. Lalu mereka dengan SIKAP serta SEMANGAT sebagai seorang yang faham dengan UKHUWWAH dalam Islam. Telah datang menziarahi aku. Melihat aku dan keluarga di alam NYATA.


Ternyata mereka mengambil sikap yang betul. Tindakan mereka menepati SIRAH.


Biarlah kali ini aku bercakap dengan nada seorang yang benar - benar kecewa dengan tindakan oleh UMAT ISLAM sendiri. Khususnya JKKK. Kalau dahulu aku seorang yang sihat walafiat. Mempunyai jawatan yang baik dalam sektor swasta. Tetapi kini, keadaan sudah terlalu jauh berubah.


Bila aku sudah tidak mampu dalam segala hal. Maka yang paling utama ialah faktor kewangan. Hendak keluar rumah sahaja memerlukan wang. Ditambah pula sudah 10 bulan aku berada didalam keadaan kurang sihat. Seboleh - bolehnya, atas nasihat dari Doktor, juga atas nasihat dari pakar perubatan tradisional, serta pengalaman sendiri. Maka, aku dinasihatkan supaya tidak keluar dari rumah khususnya diwaktu malam.


Hanya aku yang mengalami perkara ini tahu. Hanya isteri dan anak - anak yang tahu. Hanya ayah dan ibu serta mertua yang tahu keadaan diri aku yang sebenar. Isteri aku sendiri sudah kering air mata.


Cubalah memahami keadaan seseorang. Janganlah membuat tuduhan semberono. Kononnya aku tidak mahu aktif dalam masyarakat. Tidak mahu menghadiri apa - apa program anjuran anjuran NGO.


Buat mereka yang masih tidak mahu faham. Disini aku ingin menyatakan bahawa. Masuk sahaja waktu Maghrib. Aku hanya mampu bercakap, dan bercakap, dan bercakap, dan terus bercakap dengan TUHAN. Masa aku HANYALAH untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan yang MENCIPTA DIRIKU dan SEKALIAN ALAM.


Maaf cakap. Hingga kini, ramai USTAZ yang menasihati aku supaya bersabar dengan ujian ini. Aku terima nasihat dengan hati terbuka. Tetapi yang menariknya, tanpa aku sedari dari awal. Ada beberapa orang yang begitu prihatin dengan nasib yang menimpa diriku, telah menghulurkan bantuan, aku terima bantuan dengan hati terbuka. Bila ku risik, aku tergamam, bila insan ini mengaku bahawa mereka adalah PADERI !


Bersambung ...


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


JANGAN LEPASKAN PELUANG ~ JOM SERTAI KUIZ.

Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, maka satu peraduan kuiz akan di adakan untuk memberi peluang kepada anda semua memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.


Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!


MENANGI HADIAH MENARIK


20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira

Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:

1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?

5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:

liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA

4 comments:

silversarina said...

salam,

saya tak tahu apa sebenarnya berlaku tapi saya doakan agar abang long bertambah sihat dan sentiasa tabah atas dugaan yang melanda . Amin.

fazemy said...

Smoga tabah selalu. Cepat2 smbung cerita..Apapun yg berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Yang penting kena redha stiap ujian yang Allah beri tu. Dia hanya nak uji iman kita.

Neeza Shahril said...

setiap manusia menghadapi dugaan yang berlainan abang long.. bantuan dari paderi tu dugaan juga tu.. semoga abang long dapat menilai hati budi seseorang..

Tie said...

Hmm...

Tie ni datang sekali sekala, tapi tetap menyokong abang long. Tabahkan hati , kuatkan iman. Sesungguhnya dugaan itu hanya untuk orang2 yang disayangiNya.