Aku kira, besar kemungkinan inilah entri aku yang paling kontroversi. Tetapi, apakan daya, kalau tidak bercakap, aku bimbang tanggungjawab aku diakhirat tidak lepas.
Kalau dahulu, lelaki dewasa - Melayu, hanya 'berani' minum arak didalam bar, pub, disko dan kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya.
Tetapi hari ini. Didepan mataku. Bukan dikawasan 'eksklusif' tetapi di restoran. Anak - anak muda Melayu, tanpa segan silu, meminum minuman beralkohol secara terbuka. Seumpama minum Coca - cola dan Pepsi layaknya.
Anak Melayu minum ARAK secara terbuka, bebas - sebebas - bebasnya.
Maaf, jika aku membawa kronologi seperi berikut:
1 - Minum arak, secara terbuka, lelaki dan perempuan.
2 - Merokok.
3 - Mabuk.
4 - Perempuan minum arak, tidak sedar butang baju terbuka.
5 - Lelaki minum arak. Mata memandang tepat kearah belahan dada si perempuan.
6 - Nafsu si lelaki bergelora.
7 - Mata bertentang mata.
8 - Sambil bergurau, bertepuk tampar, nafsu bergelora.
9 - Berjalan terhoyong - hayang, menuju bilik.
10-Perempuan rebah.
11-Lelaki tidak dapat mengawal keadaan.
12 - Ya, DETIK 12 TENGAH MALAM. IBLIS DAN SYAITAN ketawa semahu - mahunya. Tugas mereka berjaya.
13 - Siapa yang berani untuk meneruskan kronologi ini ... (ada yang kata, angka 13 adalah angka SIAL).
Bila sudah berlaku, barulah ibu, ayah, nenek, tokwan, abang, kakak menangis semahu - mahunya.
Ada ketikanya aku terfikir. Jika ada yang minum arak dan merokok. Pasti mulut mereka berbau. Tidak adakah ibu bapa atau penjaga yang boleh mengesan dari awal ?
Bila anak perempuan sudah TER-MENGANDUNG. Siapakah yang harus dipersalahkan ?
Punca atau asas kepada keruntuhan akhlak sudah dikesan. Apa harus kita lakukan ?
Kalau ada yang hendak meninggalkan jejak atau komen yang BER-EMOSI. Aku tidak akan jawab. Sebab , yang penting aku sudah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Aku TIDAK MAHU MENJAWAB dihadapan Allah ! Biarlah urusan aku selesai didunia.
12 comments:
tak tahulah dorang ni cemana mengkategorikan kemodenan tu... adakah dengan banyaknya kerosakan, maka bererti, itulah kemodenan dan uptodate?
Abg Long,
kejayaan negara bergantung kepada kejayaan keluarga-keluarga di dalamnya. Ibubapa menjadi contoh terbaik dan terdekat kpd anak-anak, kalau parent dah jalan cam ketam jgn mimpilah anak pandai catwalk laks, appun kekadang tu susah gaks bila anak-anak yg dari usia seawal 13 thn udah di asrama
terpisah dari ibubapa maka kenkawan jadi idola. seskali jumpa kita mana nak detect apa yg tak kena, menjaga mendidik dan membesarkan anak adalah tugas paling mencabar bg parents masakini. Semua ahli masyarakat harus gembeling tenaga dan fikiran untuk membina generasi yg utuh dan berhemah. Easier said than done tak gitu!!
Kisah anak muda Melayu minum arak ni memang dah macam lumrah gamaknya! Entahlah apa nak jadi dengan depa-depa nih!... kekadang kesian pulak pada mak bapak depa bila nak kena jawab dalam kubur nanti... depa ni betul-betul tak sayang mak bapak, ugama apatah lagi Allah yang sentiasa memerhatikan semua kelakuan mereka!... Nauzubillah!... mintak2 anak-anak kita akan sentiasa dilindungi Allah dari perkara-perkara yang keji itu!... InsyaAllah...
Hu hu...itu yang menakutkan..
Kita juga punya anak2, yang sedang meningkat remaja.
Walaupun kita rasa sudah didik anak2 secukupnya, gangguan dari mereka2 ini lah yang merungsingkan.
Salam,
Punca keruntuhan akhlak remaja ini...terlalu banyak berpunca dari ibubapa..... Kita sebagai ibubapa sepatutnyer menerapkan dan menunjukkan contoh tentang nilai-nilai yang sepatutnyer.......
tu yang jadi anak dibuang dalam lubang tandas, tinggal kat depan rumah dan macam2 lagi..
Nauzubillah.. moga dijaukan benda2 macam ni dari kita...
ada apa dengan Melayu..?yang minum arak ni kalau ditanya dalam pub,mereka akan mengaku mereka Melayu..tapi yang moden,yang up to date..tetapi jika ditanya adakah mereka Islam..?sudah pasti mereka malu nak menjawabnya..
mengaku Islam,tapi apa itu Islam.,mereka tak dapat menjawab..
Mereka2 ini yang dipanggil Islam..?Na'uzubillah..
terbaru cerita seorg bapa terjumpa mayat bayi di belakg rumah yg sebenarnya merupakan bayi kpd anaknya yg dilahirkn cukup sifat tapi mati dihentak oleh si gadis yg panik setelah melahirkn,nauzubillah.... Berpunca dr arak? mungkin juga...
Abg Long,
Membentuk peribadi ssseorg insan, di satu sudut memerlukan penggembelingan seluruh masyarakat, bukan sekadar 2 ibubapa saja. Kerana kegagalan membentuk seorg anak kecil menjadi anak soleh kadangkala dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Makanya, apabila kita melihat kemungkaran di depan mata, cegahlah dgn tangan kita, kalau tak mampu, cegahlah dgn lidah, kalau masih tak mampu, cegahlah dgn hati. Itu adalah selemah-lemah iman.
Ini yang tak sedap nak baca, tetapi terpaksa juga telan. erk... pahitnyaaa
Mak Su, kemodenan mengikut takrif minda semata.
noorlara, semua pihak bertanggungjawab. tada siapa boleh berlepas tangan sebenarnya.
Nek Cun, inilah yang paling ditakuti, atas dunia buat maksiat, dalam kubur mendapat azab.
Tie, masyarakat sekitar adalan antara penyumbang utama gejala.
chekdenoor, betul, ibubapa adalah contoh terbaik.
Neeza Shahril, bersama - samalah kita berdoa.
Nadine Zuharra, bila agama cuma diingat waktu ditimpa musibah.
goboklama, Nauzubillah ... puncanya ?
sally, yang penting - KERJASAMA semua pihak.
Wahai Puan Sifu Zalisa, kalau takut telan ubat pahit, ambil sahaja ubat Homeopathi.
Post a Comment