Tuesday, October 09, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (25) - SALAM LEBARAN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

SELAMAT HARI LEBARAN.

SELAMAT HARI RAYA PUASA.



Dikesempatan ini, dihari baik bulan mulia ini. Abang Long menyusun sepuluh jari. Memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung Blog Abang Long. Andai ada terkasar bahasa (maklumlah Abang Long bukan pakar bahasa), atau melakukan apa sahaja kesalahan dan kesilapan, sepanjang Abang Long menulis di Blog Abang Long ini.


Setiap entri yang dipaparkan adalah hasil dari pengalaman dan pemerhatian kepada keadaan sekeliling. Dan lebih fokus kepada kehidupan sebenar Abang Long dialam nyata.




InsyaAllah, gambar Abang Long sekeluarga akan disiarkan didalam Blog Abang Long, tidak berapa lama lagi. Tetapi buat makluman semua, gambar foto itu akan disiarkan dalam tempoh 5 jam sahaja. Dan entri serta gambar itu akan dipadamkan. Jadi, kalau ada sesiapa yang teringin melihat wajah sebenar Abang Long dan isteri serta anak - anak. Maka tunggu sahaja pengumumannya.


Kepada semua pengunjung blog ini, samada anda meninggalkan jejak ataupun sekadar membaca entri yang disiarkan. Abang Long ucapkan TERIMA KASIH. Dan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak dan kata - kata didalam entri didalam blog ini.


Kepada pengunjung sekalian. Semoga berbahagia berhari raya bersama keluarga tersayang. Jangan lupa menziarahai mereka yang berada didalam kesusahan, seumpama anak yatim dan ibu tunggal.


Yang terpenting adalah, peringatan atau AMARAN KERAS kepada semua pemandu - BERHATI - HATI DIJALAN RAYA.


# Blog ini akan bercuti sehingga15hb Oktober 2007 - InsyaAllah.

14 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk Abg Long. Semoga lebaran ini lebih bermakna untuk kita semua. Terima kasih atas kiriman zine tu. Baru sampai semalam. ;D

~Ainin Naufal~

Anonymous said...

Alahai , nampak gayanya terlepas peluang nak lihat gambar abg long sekeluarga . Sy akan bercuti selama 11 hari bermula esok dan terus ke Melaka selama seminggu utk menghadiri satu kursus sebaik sahaja naik cuti . Apa2 pun Selamat Menyambut Hari Lebaran bersama keluarga tersayang . Maaf zahir batin .

~ Ila ~

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin, tunggu KAMI ye ....

lla, siapa kata terlepas peluang ... nanti akan dimaklumkan .... tunggu je.

~inilah saya~ said...

Selamat Hari Raya Abg Long.

Maaf Zahir & Batin

Latiptalib said...

Adinda Feroz,

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Kalau ke Kuala Pilah singgahlah di Jelebu.

Abang Long said...

~inilah saya~ SELAMAT HARI RAYA, Bersama-samalah kita bermaaf-maafan.

Wahai Kekanda Abdulatip, InsyaAllah. TERIMA KASIH atas jemputan itu.

Anonymous said...

selamat ari raya buat bg long...ape2 kena saya masuk pej tau kalo bg long nak post n3 pict bg long sefamily...18hb tau..tgu saya tau..

Abang Long said...

mama ranggie, ok, ok ...

pB said...

Assalamualaikum Abg Long ...


hmm...
nampak gaya tak ada peluang saya nak tengok gambar abang long n family.

kalau dah ada kat kampung tu , memang susah benor nak curi masa mengadap pC.

apa apa pun ...

Selamat BerHaRi RaYa ...

Mohon maaf kiranya ada komen yang pB tinggalkan kureng sedap dibaca.

Tak kiralah kita bergeraj jauh atau dekat, yang pasti , kita semua kena berhati hati.

NURAZZAH8 said...

selamat hari raya Abg Long, hurm saya jugak mungkin akan melepas nak tgk wajah sebenar abg long...post lah n3 tu seminggu selepas hari raya ke...selepas 20hb tau...
jemput lah ke shah alam jika sudi, tapi sound2 dulu, kot2 saya takde kat rumah...

Abang Long said...

pb & nurazzah8 - InsyaAllah, akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Anonymous said...

selamat hariraya maaf zahir diatas kesilapan komen2 me..

naper xpost dalam tempoh 5 hari?
tp 5 jam tu siang ke malam? kiri ke kanan?

sd. said...

buat abglong n family.

happy eid mubarak.

:)

Noushy Syah said...

tehehhehe..amboi2 mcm VIP yea ABg Long ada announcement tuh...

ANyhow, Happy Eid to you and Family,may you have a blessed Eid and happiness always.

Maaf zahir batin.