Friday, October 05, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (21)



NOSTALGIA yang dikembalikan.

Aku sebenarnya terkejut dan teruja. Selepas 7 tahun aku tidak menerima sebarang kad raya. Tiba - tiba sahaja tahun ini. Aku menerima 3 keping kad raya.

Memang aku benar - benar merasa terharu !

Aku bukan seorang artis, atau wakil rakyat, atau seorang novelis, atau seorang yang glamor. Aku hanya seorang insan biasa. Tetapi bila ada yang sudi mengirimkan sekeping kad raya (ucapan selamat hari raya sebagai pengganti diri), sudah membuatkan aku tidak dapat tidur lena. Kerana bukan harga pada sekeping kad itu yang menjadi ukuran, tetapi pemberian IKHLAS dari pengirimnya yang membuatkan diri ini merasa dihargai.

Hinggakan isteriku tersenyum, bila melihat telatah aku yang asyik membelek kad raya itu.

Bagi diri aku. Inilah NOSTALGIA yang tidak ternilai.

Alhamdulillah, kad tersebut telah aku balas.

5 comments:

zalisa_maz said...

Glemer jugalah tu...

Serunai Faqir aka SF said...

Selamat hari raya abg long ..hehe bawa kereta jangan laju2 tau ... janji sampai biar lambat pun ...

nurazzah8 said...

salam abang long,
maaf tiada kad raya dari saya, hanya ucapan selamat menyambut hari raya maaf zahir batin...
selalu dapat kad raya dari bank dan syarikat insurance... hehehe...

mama ranggie said...

selamat ari raya abg long..hati2 memandu nanti..

Abang Long said...

Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa Maz, mana ada anak murid yang lebih glamor dari guru ?

SF, memandu sambil bersantai gitu ...

nurazzah8 ... memang terasa kelainan antara kad ucapan dan emel.

mamaranggie, TERIMA KASIH atas ingatan itu.