Monday, October 22, 2007

SMS ....


SMS oh SMS.



Ini adalah diantara sms yang aku terima, yang membuatkan aku tersenyum.


Seiring salam seharum ganja,
Kasih sayang sejernih vodka,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun berdosa sebesar extacy ...
SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAQHIR BATIN.
~ Sahabat novelis.


"Hari RAYA yang sebenarnya ialah hari dimana kita tidak melakukan sebarang MAKSIAT pada Allah didalamnya" (IMAM ALI). SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
~ Sahabat ulamak.


Setulus hati maaf kuhuluri,
Terkhilaf teralpa terguris melukai,
Ramadan menginsafi,
Syawal mensyukuri,
Salam Aidilfitri.
~ Sahabat novelis.



SELAMAT HARI LAHIR. Semoga dipanjangkan umur, diberi rezeki yang melimpah ruah. Bahagia dunia dan akhirat. SAYANG ABANG ....
~ Sahabat, Kekasih, Teman Wanita @ Isteri.

8 comments:

sayda said...

the last msg is the best. mmg patut senyum melebar. hehe.

:D

Mersik said...

Ada tak terima SMS "Jom ngeteh!" kekekeke

arsaili said...

salam abg long..awat tetiba lari topik plak sms tuh..memula semua pasal raya..tetiba hari lahir...ekekeke

Zalisa Maz@ZN Isa said...

Hari lahir dan hari raya serentak? Hmm... menarik

pB said...

Bagi pB , kad raya lagi 'COOL'

Boleh disimpan , boleh dibelek belek hingga ianya lunyai ...

SMS , bila 'box' dah penuh, daaahhh nak kena delete ...


Selamat Hari Raya Abg Long

azeel said...

kreativiti manusia ... tidak pernah habisnya ...

Anonymous said...

Hmmm... sahabat ngeteh dh bergelar penulis. Abg Long bila (soklan maut)? hehehe

~Ainin Naufal~

Abang Long said...

sayda, senyum lebar ... berhari hari .... hahahahaha

mersik, sms tu dah dijawab ... "jom ngetehraya".

arsaili, saja je ...hik hik hik

Wahai Puan Sifu Zalisa, memang menarik, tarik, menarik, tertarik ... kau memang .......

pb, masing - masing ada kelebihannya ...hehehehe

azeel, betul dan setuju !

Wahai Adinda Sifu Ainin. Itu bukan soalan maut, tapi soalan perli ....