Friday, October 19, 2007

Macam - macam kisah (26)

Kisah 1 - "Bukan budaya kita?"


Bayangkan seramai 5 buah keluarga, berjalan beramai - ramai ke surau, yang terletak tidak sampai 1 km. Sambil berjalan, kami bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah.


Sebaik keluar dari rumah, aku terus mengalunkan takbir hari raya, lalu disambut oleh anak - anak dan anak saudaraku. Walaupun ibu bapa mereka kelihatan terpinga - pinga, namun aku buat 'selamba' sahaja.


Dalam perjalanan itu, begitu ramai yang tersenyum memandang kami, maklumlah 'tidak pernah dibuat orang'. Yang menariknya, disebabkan jumlah kami yang ramai, ada beberapa buah kenderaan yang 'terpaksa' berhenti untuk memberikan laluan kepada kami.


Usai solat hari raya, sewaktu berjalan pulang, perkara yang sama dilakukan, hingga jemaah memberikan perhatian kepada 'gerombolan' kami.



# Sewaktu sedang menjamu selera, tiba - tiba sahaja salah seorang ipar ku bertanya "bang, saya rasa lain macam je tadi, waktu kita bertakbir ke surau". Lalu bertanya kembali "kenapa ?, benda yang elok bukankah baik dijadikan budaya".




Kisah 2 - DUIT RAYA.


Seperti kebiasaan, usai menjamu selera dan sewaktu hendak pulang, tuan rumah akan menghulurkan 'duit raya' kepada anak - anak kecil. Sambil mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin.


Tiba disalah sebuah rumah bapa saudaraku yang agak berada. Tiba - tiba, lancang sahaja mulutku berkata "anak - anak dapat duit raya, bapa mereka tak dapat ke?" ...


Yang hadir ketawa mendengar kata - kata aku. Tiba - tiba bapa saudara aku terus sahaja menghulurkan duit raya kepada aku. Aku terasa malu, namun bapa saudaraku terus juga menghulurkan duit raya kepada ku. Katanya "hang pun kira pangkat anak juga, ambillah .... ah buat malu - malu pulak". Dan dengan bersahaja aku mengambil duit raya itu.


# Tiada komen.



Kisah 3 - Rombongankah atau gerombolankah ?


Manalah tuan rumah tidak kelam kabut, walaupun dihari raya. Maklumlah, kali ini, seluruh ahli keluarga aku telah sepakat untuk berjalan dihari raya secara serentak. Aku tidak pasti, adakah jumlah ini dinamakan rombongan atau gerombolan.


Ya, semua sekali seramai 28 orang.


# Yang pasti, tuan rumah tetap senyum dan ramah melayan kami.

4 comments:

masni qisrine said...

salam,
rasanye kt tpt sy mmg ada org takbir n selawat masa raya tu. tp masa slps solat hr raya, masa p round satu kpg dr rumah ke rumah..ahli rombgn org lelaki sjlah...
kekek...

Rasha_rz said...

Wah, indah sungguh kenangan demi kenangan tu. Saya pun pernah menerima duit raya meski sudah bergelar ibu kepada anak2 saya. Siapa yang kasi? Suami....

Abang Long said...

masni qisrine, kita buat acara secara berkeluarga ....

rasha_rz, hmmm .... nasib baik abang long ada ramai ibu dan bapa saudara ... alhamdulillah ...

Noushy Syah said...

Dimana2 mengaitkan hariraya dengan duit raya....adatkah atau saje2 suka?

Kalau tak bagi atau bagi sikit ada yang mengata sampai dapat dosa!!