Wednesday, October 03, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (19)


Seorang doktor berkata kepada pesakitnya "maaf, kamu hanya ada 9 bulan sahaja lagi untuk hidup"



Seorang ibu berkata kepada anak gadisnya, yang akan melangsungkan perkawinannya tidak lama lagi "jaga diri kamu baik - baik, kamu hanya ada 9 hari lagi untuk majlis perkahwinan"


Kedua - dua kenyataan diatas sememangnya 'mendebarkan' menurut pandangan masing - masing.


Bagaimana dengan kita, yang hanya 'berbaki' 9 hari sahaja lagi, untuk menjalani ibadah puasa.


# 10 hari terakhir. Rasulullah S.A.W lebih banyak menghabiskan masa dan beriktikaf dimasjid.

3 comments:

PuteriSatu said...

orang kata...orang yang betul2 menghayati ramadhan..akan rasa cukup sedih dah habiskan bulan yang mulia nih...tapi kenapa kebanyakan dari kita begitu seronok dan bergembira nak tinggalkan bulan yang penuh barakah ni....

nurazzah8 said...

abang long, kata kawan2 dan sedara-mara yg pernah membuat umrah sewaktu bulan puasa, mereka berkata di Mekah suasananya berlainan dgn di Malaysia, semakin Ramadhan menghampiri penghujungnya, semakin ramai orang ke masjid, kerana mereka ingin merebut keberkatan 10 malam terakhir Ramadhan dan masing-masing berlumba2 jika dapat bertemu Lailatul-Qadr, mereka akan berdoa dan membaca Al-Quran dgn mendayu-dayu sedihnya kerana Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, kerana mereka perlu tunggu setahun lagi utk mendapat keberkatan Ramadhan, itupun jika Allah panjangkan umur setahun lagi...
tapi lain suasananya di Malaysia, jemaah semakin berkurangan di surau2 dan mesjid2, tapi orang semakin ramai di pusat membeli belah..masing2 sibuk membeli baju raya, kuih raya, kasut raya, langsir baru... kaum hawa pun ramai yg dah tak pergi ke surau, sbb sebelah malam dah diperuntukkkan utk membuat kuih muih... sehingga lah berjumpa sahur keesokkan harinya pulak...
di sini ramai yg semakin gembira hendak menyambut hari raya, tapi di sana ramai yg semakin sedih kerana Ramadhan semakin berakhir...

Abang Long said...

puterisatu, agaknya kenapa ya ?

nurazzah8, agaknya - lain padang lain belalang, tapi hakikatnya kita menyembah tuhan yang satu.