Wednesday, October 31, 2007

Raya lagi ...



Kisah 1 - JAMUAN.
-
-

Hampir semua rumah yang aku kunjungi, sempena dengan hari lebaran ini, menyediakan juadah yang hampir sama. Nasi himpit, lemang, kuah kacang, lontong, mee kari, laksa dan pelbagai juadah lain.
-
-
Cuma sebuah rumah, menyediakan juadah yang lain, serta 'lari dari topik'. Tuan rumah menyediakan masakan barat. Cuma kuih muih sahaja yang ada persamaan dengan sambutan hari raya.
-
-
# Kiranya, ok juga.
-
-
-
Kisah 2 - SAMA WAKTU.
-
-
Sewaktu berkunjung ke rumah terbuka, aku tidak berapa gemar, atau kurang selesa, sekiranya terlalu ramai yang datang secara serentak. Maklumlah, selain dari perlu berbaris (terasa macam pergi restoran makanan segera), maka ramai yang mengambil makanan seperti sudah lama tidak mendapat makanan. Ada yang mengambil makanan hingga terjatuh ke lantai.
-
-
Ada tuan rumah yang menetapkan waktu untuk rumah terbuka, ada yang hanya mencatatkan dari jam sekian hingga makanan habis. Dan ada juga yang hanya memaklumkan tarikh sahaja.
-
-
# Emel yang diterima, terpaksa aku balas kembali: "Saudara, rumah terbuka dari jam berapa?"
-
-
-
Kisah 3 - AKU TERSENYUM dan ramai tersenyum.
-
-

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kita mendapat jemputan untuk rumah terbuka, maka kita akan berpakaian seperti biasa. Melainkan ada makluman khusus dari tuan rumah.
-
-
Tiba - tiba, dalam satu majlis rumah terbuka, anjuran seorang wakil rakyat. Terdapat sekumpulan orang bukan Melayu (tetamu berbangsa Inggeris dari Scotland). Yang datang dalam dua buah keluarga, dimana seluruh ahli keluarga berpakaian Melayu (baju melayu lengkap bagi lelaki dengan bersongkok, dan perempuannya memakai baju kurung dan ada yang berkebaya).
-
-
# Masing - masing tetamu hanya tersenyum, dan memandang kearah satu sama lain.

7 comments:

echah_syed said...

slm abg long..rasenyer mcm da lame x bersua..ewaahh cm nk pantun :)

~ timakasih sudi mai umah cheq naa..

~ 2hb nov nnt cheq mai lg skali pasai nk tgk pic yg dijanji tu.. :D

~ JD JGN X JD !!!

arsaili said...

wahh masih beraya ek..betul la tak suka "open house" ala restoren, hilang maksud berhari raya...hari raya kita nak beramah mesra..klu dh terlalu ramai cam ner tuan umah nak entertain kan...hai2 bye2 jer la

pB said...

Salam Abg Long

kenapa yang no 3 tu semua tersenyum termasuk Abg Long sekali???

mama ranggie said...

bg long,
kisah 3-org bukan melayu pon tau adat resam kite...
kisah 2-memang selalu mcm tu,kene dtg waktu yg ditetepkan kalo x makanan pon tgl baki jer..
kisah 1-satu idea yg bagus jugak!

azeel said...

kisah no 3 itu menarik perhatianku.

budaya harus dikongsi. tidak salah bagiku. lagipun, kita yang terlebih dahulu mengamalkan budaya barat. tidak salah untuk mereka pula mengamalkan budaya kita.

fiqir said...

Abang long Kisah No. 1 tu memang adatlah bila time raya makanan lebih kurang sama jer.tapikan rasa tak syoklah plak bila dengar ada yang makanan barat pada ari raya, bukan nak kata raya nie untuk orang melayu jer tapi masa rayalah kita dapat rasa makanan tradisional kita.

Abang Long said...

echah_syad, InsyaAllah, tunggu masa sahaja.

arsaili, masing - masing ada sebab tersendiri ....

pb, sebabnya orang melayu pakai moden, orang inggeris pakai baju kebangsaan .... alahai ...

mama ranggie, belajar dan memahami adat resam adalah satu perkara yang berfaedah...

azeel, setuju sangat dengan pandangan itu.

fiqir, betul juga, tapi mungkin tuan rumah ada alasan tersendiri ...