Tuesday, September 04, 2007

MALAM KEMERDEKAAN

Kisah 1 - Ucapan ringkas.



Aku adalah diantara manusia, yang benci kepada ucapan yang panjang berjela. Khususnya diwaktu ini, ramai yang mengambil kesempatan atas apa upacara sekalipun, akan turut berucap sambil berkempen.



Tapi, pada malam kemerdekaan yang baru lalu, yang diadakan dipadang Majlis Bandaraya Shah Alam. Hanya 2 orang sahaja yang bercakap, iaitu Emcee Majlis dan seorang tokoh sejarah negeri Selangor. Itupun mengambil masa tidak lebih 10 minit.



# Semakin hari, semakin rajin wakil rakyat 'turun padang'. Hinggakan majlis kenduri kahwin pun hendak berucap.



Kisah 2 - Lagu Patriotik.


Terasa kelainan dimalam ambang kemerdekaan anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Hanya lagu berunsur patriotik yang dikumandangkan. Tiada lagu yang boleh 'menjemput' muda - mudi untuk terkinja - kinja dan hilang rasa malu untuk menari dihadapan pentas.



Yang paling menarik, setiap orang, tanpa rasa penat, terus sahaja mengibarkan bendera JALUR GEMILANG. Samada bendera yang mereka pegang itu bersaiz kecil ataupun besar. Yang pasti setiap orang teruja untuk mengibarkan bendera Malaysia.



Dan aku, tanpa disedari telah turut serta dengan ribuan rakyat didataran Bandaraya Shah Alam, menyanyikan setiap lagu yang dikumandangkan.



# Ramai yang boleh menyanyikan lagu patriotik, kerana lirik lagu disediakan dan dipaparkan diskrin besar ditengah padang.



Kisah 3 - Coklat & Gelang cahaya.


Sambil menikmati persembahan pentas, aku dapati, majoriti yang hadir membawa keluarga. Jadi, sudah tentulah ramai yang membawa anak - anak bersama. Dan seolah - olah satu pesta atau acara keluarga.

Yang aku tidak tahan nak ketawa. Bila mana ada ibubapa yang 'tersilap' pegang anak orang lain. Maklumlah, suasana sekitar tempat berhimpun agak gelap dan samar - samar.


Ya, malam itu, sambil berehat santai menunggu ambang kemerdekaan yang ke 50. Aku dan seluruh ahli keluarga. Menikmati keenakan coklat yang 'diterbangkan' khas dari Lubnan. Sambil anak - anak bermain gelang cahaya.



Kisah 4 - Bunga Api.


Seperti 'tidak sah', sesuatu sambutan dinegara ini. Kalau tidak ada 'percikan bunga api'. Tetapi, bagi diriku, itulah sesuatu daya tarikan yang paling menarik.

Ramai yang menyangka, malam tersebut tiada bunga api. Kerana sebaik sahaja 'count down'. Lagu Negaraku dimainkan. Dan seluruh hadirin bangun dan menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat dan begitu patriotik. Jelas bergema "suara rakyat" sewaktu menyanyikan lagu tersebut.

Selepas itu lagu Malaysiaku Gemlang didendangkan. Aku dan seluruh ahli keluarga telah mula bergerak untuk pulang. Tiba - tiba sahaja bunyi bising kedengaran, dan langit tiba - tiba bertukar warna. Rupa - rupanya memang ada pertunjukan bunga api.

Suasana bertukar ceria, yang paling gembira dan teruja adalah anak - anakku dan anak - anak saudara yang masih kecil. Selalunya kami hanya melihat percikan bunga api dari kejauhan. Tapi kali ini, percikan bunga api berlaku betul - betul diatas kepala.


Kisah 5 - "Abang bangga".


Usai pertunjukan, sewaktu berjalan menuju ketempat letak kereta. Tiba - tiba sahaja anak sulung aku berkata "Abang bangga jadi rakyat Malaysia".

Seluruh ahli keluarga terdiam. Tiada yang menyahut. Tapi dari reaksi diwajah mereka aku pasti - "KITA SEMUA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA".

3 comments:

Orked said...

Salam kemerdekaan Abang Long sekeluarga.

Saya cuma menonton dari Tv, dan berkenduri arwah bapa pada 1/2.

Anonymous said...

Hajat di hati nak bw abg ipar , biras, n anak2 saudara dr Johor menyaksikan p'tjkan bunga api kat The Curve x kesampaian apb masing2 kepenatan n keletihan slps pulang dr majlis konvo anak saudara di UPM serta t'perangkap dlm kesesakan lalu lintas . Bygkan le p'jlnan dr UPM ke Damansara yg sepatutnya ambil masa 1/2 jam (* klu sy yg pandu , klu abg long hehehe mgkn 1 jam kut )menjd 4 jam utk sampai . Tu pun 2 kali berhenti utk solat Asar n Maghrib . Selps makan kat Uptown , abg ipar ajk blk . Sampai aje rmh , masing2 Zzzzzzzz slps Isyak . Sambutan mlm merdeka ke mana , kami pun dah blyr entah ke mana2 .

~ Ila ~

Abang Long said...

jie, Salam Kemerdekaan. Dido'akan semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. AMIN.

lla, itu namanya 'merdeka dalam mimpi" ...hahahaha