Wednesday, September 26, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (12)

Nak dimasukkan lagu berirama asli, kurang peminatnya.
Nak dimasukkan lagu 'rock', bukan citarasa aku.
Nak dimasukkan lagu 'blues', rasanya sudah ketinggalan zaman,
Nak dismasukkan lagu dangdut, nanti pengunjung blog ini sangka yang bukan - bukan.
Akhirnya, disebabkan 'permintaan tinggi' dan bertalu - talu dari anak buah aku. Maka setelah diusahakan, mencari dan terus mencari, akhirnya kutemui lagu yang benar - benar sesuai dengan semua golongan.


Sebuah lagu irama tradisional, daerah Minangkabau, yang bertajuk - AYAM DEN LAPEH.



Lagu asal dinyanyikan oleh A. HADI. Dan dipopularkan oleh Biduanita Anita Sarawak.


Maka, terimalah lagu - AYAM DEN LAPEH.



Ayam Den Lapeh (A Hadi)
Ayam saya terlepas / terbang.

Luruihlah jalan payakumbuah
Marilah jalan ke paya kumbuh (nama tempat di minangkabau)

Babelok jalan kayu jati
Dikiri kanan jalan ada kayu jati

Dima ati indak karusuah
Di sana hati tidak akan risau

Ayam den lapeh ai ai
Ayam saya terlepas

Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas

Mendaki jalan padangsikek
Mendaki jalan padang sikek (nama tempat)

Basimpang jalan ka biaro
Melalui simpang jalan ke biaro (nama tempat)

Di ma ati indak kamaupek
"yang ni tak tahu heheh"

Awak takicuah ai ai
"yang ni pun tak tau"

Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas

Sikucapang sikucapeh
Seekor besar seekor kecil

Saikua tabang saikua lapeh
Seekor terbang seekor terlepas

Tabanglah juo nan karimbo
Terbang jauh masuk ke hutan

Oilah malang juo
Apalah malangnya

Pagaruyuang batusangka
"Pagaruyung" nama tempat di minangkabau

Tampek bajalan urang baso
Tempat tinggal orang kenamaan/ raja-raja

Duduak tamanuang tiok sabanta
Duduk termenung atas bantal

Oi takana juo ai ai
Oh terkenang juga
Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas.



# TERIMA KASIH diucapkan kepada Kekanda Abdul Latip yang sudi untuk menterjemahkan lagu ini.

10 comments:

sayda said...

abg long.
just drop by to wish u and the whole family: selamat berpuasa.

salam ramadhan from welly.
sayda~

Anonymous said...

Lagu ini merupakan salah satu lagu yg paling saya gemari kerana ia memberi byk makna dan kenangan buat saya . Kalau tgh buat keje atau bersembang , boleh terhenti dgn tiba2 bila lagu ini ke udara . Akhirnya ayam den terbang lepaih ke Felda Palong N9 . Mungkin suratan atau kebetulan . Hehehehe.

~ Ila ~

Latiptalib said...

Saya bukan orang Minangkabau dan tak faham cakap Minang. Mungkin ada terjemahan yang kurang tepat.
Harap maaf.

echah_syed said...

lagu ni mase combi kecik2 dlu dah slalu dgr..x phm lirics tp lagu tradisional mmg best laa :D

Noushy Syah said...

ERRRRR...Abg Long, Ayam tu faham but the rest...ohh no no no...I don't understand...

Anyhow it must be something about chicken!! hehehhe..

Happy fasting and iftar.

Abang Long said...

sayda, TERIMA KASIH atas ucapan itu.

lla, oic ... itu ceritanya.

Wahai kekanda latiptalib, InsyaAllah, kalau ada sesiapa yang sudi membantu.

echah_syed, memang best lagu tradisional.

noushy syah, yang penting, sedap didengar dan ada maksud yang baik.

mama ranggie said...

my favourite songs..in my phone osso have..mama buat ringing tone 4 sms..he..he..maklum ar owg nogori...

Abang Long said...

mama ranggie, ooohhh ... orang nogori, abang long orang perak.

Nisah Haji Haron said...

Salam.
Atas permintaan Abg. Long saya sudah cuba 'terjemahkan' lagu "Ayam Den Lapeh" ke dalam bahasa Melayu standard.

Lagi satu permintaan saya, sekadar makluman, lagu yang dinyanyikan oleh Noorkumalasari yang melatari blog ini banyak yang tersilap sebut. Abah saya, sebagai orang minang, cukup tak suka dengan lagu versi ini. Banyak yang lagi maknanya.

Contohnya : frasa 'awak takicuah' disebut sebagai 'awak tak kecoh' - dalam minang 'awak takicuah' ertinya saya tertipu/terkena. (perhatikan juga penggunaan 'awak' dalam minang bermaksud saya/kita. sebab tu, orang minang kalau bertemu mereka akan berkata 'urang awak' - ertinya 'orang kita'.

sekadar makluman.

Salam.

santi said...

lagu ini berasal dari daerah Minangkabau Indonesia.
Dinyanyikan oleh Elly Kasim, penyanyi ternama dari Sumatera Barat. Kalo di negeri kami, 'ayam den lapeh' identik dengan Elly Kasim.
Thanks.