Syukur Alhamdulillah. Umat Islam diseluruh dunia, telahpun memasuki hilal al Ramadhan. Apabila terbenamnya fajar, dan berkumandangnya azan maghrib.
Disusuli kemudiannya, pada jam 8.30 minit malam. Maka azan Isyak pula dikumandangkan. Suasana benar - benar bertukar, dengan angin berhembus sepoi - sepoi bahasa. Aku bersama - sama anak - anak lelaki aku, telah turut serta dengan ratusan kaum muslimin dan muslimat. Bagi menunaikan solat Isyak dan diteruskan dengan solat tarawih, secara berjamaah.
Aku menyangka, aku akan mendapat tempat 'dikelas pertama'. Namun ramalan aku meleset. Aku dan anak - anak terpaksa berada 'dikelas kesepuluh'. Maksud aku, aku tidak mendapat tempat disaf hadapan atau saf pertama, tetapi terpaksa bersolat dikawasan tempat letak kereta yang dikosongkan. Inilah akibat dari lautan manusia, yang memenuhi masjid.
Bukankan lebih afdal bagi seorang muslimin untuk berusaha mendapat tempat pertama dalam apa jua bidang ?.
Terasa benar - benar terharu dan bersyukur, kerana walaupun terpaksa bersolat dikawasan letak kereta. Namun suasana sekitar masjid, seumpama "kebangkitan Islam" layaknya.
Harapanku, semoga LAUTAN manusia yang melimpah ruah hingga MEMBANJIRI kawasan masjid akan terus berkekalan hingga malam akhir Ramadhan.
# Bulu roma aku meremang, bila jemaah mengucapkan kalimah "AMIN". Samada setiap kali selesai bacaan AL- Fatihah, mahupun sewaktu berdo'a. Inilah KEAGUNGAN MU - YA ALLAH.
9 comments:
Surau di tempat tinggal sy hr ni pun penuh . Oleh krn dtg semasa azan Isyak terpaksa sembahyang pd saf yg plg akhir dan berdekatan dgn pintu . Namun berasa puas dan syahdu krn saat2 begini dtg setahun sekali . Entah thn hdpn masih lg berkesempatan atau tidak . Tambahan pula pd tahun ini imam utk solat terawih didtgkan khas dr salah sebuah tahfiz di Kuala Terengganu . Surah2 yg dibaca terasa menusuk ke dalam hati . Dikesempatan ini jg talisilaturrahim di ant jiran tetangga dpt dieratkan . Kalau sblm ni jumpa hanya sekadar tersenyum , angkat tgn dan berbasa - basi ketika terserempak semasa menaiki dan menuruni tangga , kali ini kami dpt berbual2 mesra sambil makan2 .
~ Ila ~
salam abg long
selamat brpuasa n bribadah.
semoga ramadhan kali ini mnjnjikan sesuatu yg lebih baikkk..
salam
cahayahati lah ni ^-^
lama xonline
lla, bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, barulah terasa NIKMAT. Akan ada entri tentang bacaan imam.
masni qisrine, SELAMAT BERPUASA.
tq abg long krn igt lg kt saya
raya balik tepeng ke?
salam ramadhan,
di masjid nabawi dan masjid Al-Haram, tiang dan tembuk bergegar bila 2 ribu mulut menyebut amin.
AllahuAkbar!
salam abg long..
adik pun rase sayu dn syahdu je time beramai2 di surau..
suka sgt tgk lelaki2 nmpk macho je di surau..ladies pulak semua nmpk sgt ayu....makinlah adik rasakan ramadhan ni indah dn istimewa..
k take care abg long..smoga ramadhan kita lebih bermakna..tatta
abang long, salam ramadhan....sudah masuk hari ke-2 kita berpuasa. semoga segala amalan kita diberkati dan dirahmati Allah swt, semoga kita dapat merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini utk beribadat sebanyak2 nya, utk merebut peluang malam lailatul Qadr, malam yg lebih baik dari seribu bulan..
Amin..
abang long.... just curious....
Universiti Ramadhan??? saya dengar tazkirah Tajuk ini semasa ceramah di sekolah anak saya minggu lepas...abang long pun ada sana ke????
masni qisrine, TERIMA KASIH atas ucapan itu. Hari Raya tahun ini giliran di Pelabuhan Klang. Abang long tetap ingat pada sahabat semua.
anonymous, suara sahaja sudah mampu menggegarkan bangunan, belum lagi umat Islam berjihad !.
pawana malam, inilah indah dan nikmatnya RAMADHAN.
Wahai Puan Nurazzah8, sebenarnya perkataan "Universiti Ramadhan" telah disebut dan didengari oleh abang long sejak Syed Isa Semait baru dilantik menjadi Mufti Singapura, diawal tahun 70'an. Waktu itu abang long aktif dalam ABIM.
Post a Comment