Monday, September 17, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (5)


Alhamdulillah. Akhirnya misi aku berjaya juga. Hari ke 4 puasa, sebelum solat tarawih bermula. Aku telah berbisik kepada sahabat aku yang juga merupakan seorang Imam (hafiz). Dimana, dipertengahan waktu untuk bertarawih itu. Beliau akan memberikan sedikit tazkirah.


Dan tazkirah beliau, benar - benar dimanfaatkan, walaupun masa yang diberikan hanya 10 minit sahaja. Beliau telah mendedahkan tentang kewajipan menutup aurat, khususnya dibulan puasa.


Antara yang diucapkan oleh beliau - "saya nak habaq mai, kat puan - puan semua. Bila kita berpuasa, antara yang mesti dijaga adalah aurat. Cuba tengok, kat bazar ramadhan, masih ada perempuan yang pakai seluaq pendek, pakai baju t, dah lah tu ketat pulak. Maaf cakaplah, terbonjol atas, terbonjol hat yang dibawah, yang betoinya sengaja nak tunjuk ka, dia punya buah yang hebat ?"


Sambung ustaz tersebut - "kalau tak tau sangat pasal aurat dalam Islam, saya nak habaq dari segi psikologi, supaya semua paham. Orang lelaki ni, kalau dah nampak orang perempuan pakai seksi, depa memang rasa ghairah, tiba - tiba saja "awang" hat dalam seluaq tu boleh jadi keraih (keras), (hadirin sudah tidak tertahan, lalu ketawa berderai). Jadi mintak tolonglah pada semua perempuan yang masih tak mau dok ikut tata etika berpakaian dalam Islam. Kalau satu hari nanti hangpa (perempuan) yang pakai seksi kena raba .... masa tu jangan dok marah kat orang lelaki ... ini saya bagi amaran dari awai (awal).


# Wahai kaum wanita yang mengunjungi Blog ini. Aku berseru kepada kalian. Berusahalah berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Sudah terlalu banyak fesyen pakaian yang up-to-date, yang menepati syariat.

4 comments:

arsaili said...

sound direct nampak ustaz tu..uhuhuhu...tapi menutup aurat dh jadi tanggungjwb.. lelaki pun sama..ramai yg dok pakai seluar pendek atas paras lutut lagi....so kena sama beringat

Abang Long said...

arsaili, SETUJU. Bukan setakat perempuan, malah lelaki juga ada hukum keatas mereka.

Yang bernama Siti said...

>>>SETUJU. Bukan setakat perempuan, malah lelaki juga ada hukum keatas mereka.

Oleh itu mohonlah jika peringatan itu sering diberikan. Jangan hanya nampak dan mengingatkan perempuan sahaja.

Dan juga harus ingat, perempuan itu jadi begitu kerana lelaki yang sepatutnya mengajarnya tidak tahu atau tidak mahu memperingatkan/mengajar.

Jadi bagi lelaki yang ingat, sila ingatkan kaum sejenis agar melakukannya.

Jangan asyik nak jaga markah puasa kalian dan menyalahkan perempuan menjadi sebab markah kurang. Lelaki juga boleh menyebabkan markah puasa perempuan kurang.

Abang Long said...

yang bernama siti. AMAT BERSETUJU ! Malah kedapatan ramai ketua keluarga yang mengabaikan perkara prinsip ini. Dan ustaz yang sama telah memberikan teguran yang sama kepada kaum muslimin. InsyaALLah akan disiarkan tazkirah beliau.