Thursday, March 08, 2007

WANITA HARI INI

Sempena Hari Wanita yang telah disambut pada 8hb Mac. Maka aku terkenang kepada beberapa peristiwa yang mengembalikan memoriku terhadap insan yang bernama – Perempuan, wanita, ibu, suri rumahtangga.

Beberapa hari yang lalu, aku telah menunaikan hajat seorang teman yang mengadakan kenduri perkahwinan untuk anak perempuannya.

Dimana sehari sebelum itu, aku telahpun berada dirumah sahabatku itu, untuk ‘rewang”. Dan sambil itu seperti kebiasaan, kaum lelaki, selalunya berada dibawah khemah, berborak sambil ngeteh, memang berborak sakan, sambil tuan rumah sentiasa menyediakan air kopi panas, biskut dan beberapa kotak rokok, buat tetamu yang datang untuk membantu apa yang patut.

Pelbagai perkara dan topik yang dibualkan dan diperkatakan, dari bab bola, politik hinggalah kepada urusan dalam kelambu. Ada yang berfakta, tetapi selebihnya bual kosong.

Namun, satu topik yang begitu menarik perhatianku. Dimana, seorang yang berpangkat pakcik. Telah berkata “anak perempuan tak payah belajar tinggi – tinggi, nanti ke dapur juga akhirnya”.

Bila aku mendengar perkataan atau ayat yang diucapkan oleh pakcik ini. Secara tiba – tiba dan spontan aku bertanya “pakcik ada anak perempuan ?”. Lalu dia menjawab “tak ada”. Aku terus bertanya “anak pakcik berapa orang ?”. “Enam” jawab pakcik ini acuh tak acuh.

Lalu aku bertanya lagi “berapa yang dah kahwin ?”. “Semua” balas pakcik ini. “Menantu pakcik (sudah pasti menantunya semua perempuan) kerja ke ?” Soalku lagi. “Tak … buat apa kerja, anak pakcik (lelaki) semuanya kerja bagus – bagus, boleh sara anak bini diaorang”. Sambung si pakcik ini “lagipun tanggungjawab nak bagi makan anak bini kan kerja orang lelaki …. lagipun kalau hak betina pun nak kerja juga … tu yang jadi huru – hara dunia hari ini … anak tak terjaga … laki balik rumah, tak ada bini yang nak buat air …. yang betina pulak bila dok kat pejabat … dok nak xxx dengan jantan lain ….”.

Aku hanya tersenyum dan terdiam, sambil beristighfar. Aku malas nak sambung perbualan, dan berhujjah. Kerana sebagai menghormati majlis. Namun dihatiku berkata – “ada juga manusia di ERA MODEN ini yang berfikiran kuno atau tahun 50’an !”.

Fikiran cetek ku berputar – “agaknya pakcik ni tak pernah bersekolah dan kalau bersekolah pun semua gurunya adalah lelaki”, atau “pakcik ni tak pernah sakit, atau kalau sakitpun dia tidak pernah dijaga atau dirawat oleh jururawat atau doktor perempuan”, dan fikiranku bertambah cetek bila aku terbayang lagi “mungkin pakcik ni, tak ada duit, dan tidak pernah pegang duit, sebab yang jaga Bank adalah Gabenor Bank Negara – seorang wanita”.

Seingatku, didalam ajaran Islam, KEWAJIPAN untuk menuntut ILMU diwajibkan kepada lelaki dan perempuan. Malahan didalam beberapa kitab Sirah Nabawiyah dan juga kitab karangan dari ulamak muktabar sendiri, memberi gesaan supaya diperingkatkan ilmu pengetahuan oleh semua orang tanpa mengira jantina.

Malah jika diimbas kembali, anakanda Baginda Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Sayyidatina Fatimah Az Zahra sendiri adalah pakar hadith dan pakar rujuk kepada para sahabat.

Fikiranku yang cetek sudah hampir berhenti dari berputar, dimana aku terkenangkan pula satu perkara yang tidak disebut oleh cendekiawan, andainya sejarah merakamkan bahawasanya Sayyidatina Fatimah Az Zahra (Penghulu Kaum Wanita di Syurga), sebagai Pakar Hadith dan Pakar Rujuk, dan kita bawa “status” itu ke era atau zaman sekarang, bermakna, Sayyidatina Fatimah Az Zahra adalah seorang yang bertaraf Doktor Falsafah atau Professor.

Ya, fikir – fikirkanlah.

# Isteriku bekerja sebagai Guru Agama dan aku ada anak perempuan.

9 comments:

Noushy Syah said...

Amazing...TQ utk entry untuk semua kaum wanita!! Maknanya Abg LOng sgt prihatin dan bertuahnya mendapat kenalan yang begitu ambil berat ttg kaum hawa..

p/s bertuah lagi Kak LOng kat umah tuh, ngehhh..:p

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

as usual..
kata2 abg long selalu bernas dan dpt tmpt di minda ct...hhehhe..

kalaulah ramai lelaki dlm dunia berfikiran spt abg long...ct boleh imagine..how comfortable th world will be..hehhe

ok abg long, assalamualaikum..take care..terima kasih kerna menghargai wanita...

Abang Long said...

noushy syah, sebenarnya itulah sikap abang long dialam realiti.

pawana malam, sepatutnya dunia ini untuk didiami dengan penuh perasaan selamat.

sd. said...

kalaulah sume lelaki have d same opinion wit abg long, xla huru hara hidup kan..

men should learn more on how to understand women.altho it's hard, but it's worth it..

tq abg long~like ur blog :D

Abang Long said...

sayda, kita senyum pada orang, dan orang akan membalasnya, kita buat baik pada insan lain, dan Allah akan membalasnya, dan bila kita menghormati orang lain, maka masyarakat akan menghormati kita.

Unknown said...

abang long, bertuah isteri dan anak perempuan abang long kerana sentiasa menghormati dan menghargai insan yang bernama wanita. Kejadian wanita itu daripada tulang rusuk lelaki, bukan?

Anonymous said...

Saya juga berbangga kerana dilahirkan pada tarikh sama dgn hari wanita..dan juga terima kasih abang long kerana begitu menghormati kaum kami..

Noushy Syah said...

Besh besh...emm abag Long banje askem bole? hehehhe...

Abang Long said...

ainin naufal, bila kita membuatkan seseorang itu bahagia dan berasa dihargai, maka kita juga akan mendapat yang sama dikemudian hari.

aarin, bukankah Sunnah Nabi sendiri adalah mengangkat martabat kaum wanita ?

noushy syah, boleh, tapi kena datang jumpa dulu ...hehehe