Tuesday, March 06, 2007

Semangat masih ada...

Dua minggu yang berlalu, benar – benar meletihkan, dan aku hampir hilang stamina. Pelbagai urusan yang perlu diselesaikan, dari yang wajib, harus, sunat. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi dan jitu. Dan minda terpaksa dikerahkan semaksimum mungkin.

Dari urusan pengendalian Kelab Peminat Novel ALAF 21 – ALAF21 FC, yang telahpun mengadakan majlis sambutan ulangtahun yang pertama, yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Mesyuarat JKKK kampong, yang telah mengadakan projek gotong royong dan pelbagai program kemasyarakatan, dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan. Mengadakan perlawanan futsal dan badminton, antara daerah Klang. Merancang program 50 tahun Masjid dikampongku, dengan pelbagai aktiviti. Akhirnya aku tersandar keletihan.

Ini belum “masuk senarai” penglibatan dan aktiviti dalam arena politik.

Hampir setiap minggu, aku berulang alik ke Taiping, untuk menziarahi dan memantau keadaan ayahandaku yang sedang uzur.

Tugasan dipejabat yang semakin bertambah, dan tidak menampakkan tanda akan berkurangan. Dan banyak waktu, dimana aku berada diluar kawasan. Inilah punca sebenar dimana aku tidak dapat mengemaskinikan Blog Abang Long.

Semuanya memerlukan sumber tenaga dan kekuatan minda yang tidak sedikit, malahan sering mencabar kesabaranku.

Ini tidak termasuk perkara – perkara yang kelihatan remeh, tetapi masih memerlukan kesungguhan dan kekuatan minda untuk mengatasinya.

Penglibatan aktif dalam urusan kemasyarakatan, ada ketikanya mengundang keresahan dijiwa isteriku. Aku yakin, isteriku juga kepenatan dan keletihan yang tidak terperi, selain dari bekerja, pulang sahaja kerumah, terpaksa menghantar dan mengambil anak – anak dari sekolah, dan mengatur seribu satu urusan rumahtangga, dan akan terus menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri, hingga lewat malam.

Begitu juga waktu yang perlu aku peruntukkan untuk keluarga, untuk anak – anak yang mesti diberikan perhatian, begitu juga aku tidak boleh berlepas tangan dalam urusan rumahtangga, kerana aku yakin semua orang mafhum tentang tugas dan tanggungjawab seorang yang bernama – LELAKI, SUAMI, AYAH.

Bila ku kenang dan bila ku fikir – fikirkan, andainya situasi sebegini berterusan dan berlarutan, maka aku terpaksa membuat satu tindakan drastik. Aku perlu membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti luaran, samada tidak turut serta dalam program ataupun mengundurkan diri dari memegang apa – apa jawatan dalam mana – mana organisasi.

Ya, aku masih berkira – kira pada masa ini.

3 comments:

Unknown said...

Abb Long, jangan sampai sakit Abb Long. Nak tolong orang memang la kerja mulia tapi, kita kena pastikan kesihatan kita sentiasa dijaga. Betul tak isteri Abang Long? huhu..sabar je aku.. sihat ke dah?

Mersik said...

Abg long, oang kata kalau otak sentasa memikir maknanya akan hidup lama hik hik tapi kalau fikir2 pun kadang kala jadi kelam kabut, itu maknanya nak kena berjiran dgn soang pokcik yg berpondok dihujung kg tuh aa.. kekekek alahaii..

Abang Long said...

Wahai Nur, memang betul kena jaga kesihatan, dan abang long juga ambil makanan tambahan, tapi, nak buat macam mana kalau usia dah meningkat, kudrat pun dah berkurangan.

mersik, bolehkah saya berkenalan dengan pokcik di hujung tanjung tu ?