Sepanjang hidupku berkerja dipelbagai daerah. Terlibat dengan pelbagai oraganisasi. Aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Bergiat dalam arus politik perdana. Menghadiri kem – kem motivasi. Ada satu ayat yang sering disebut dan diperkatakan, samada sewaktu bercakap dengan seseorang, berkumpulan mahupun didalam mesyuarat – “MASA YANG SESUAI”.
Sebenarnya TIADA MASA YANG TIDAK SESUAI.
Namun perkara ini masih boleh diubah, bilamana kita harus menyatakan sesuatu, supaya yang empunya diri tidak terguris hati, dengan menunggu masa yang sesuai. Ataupun bertanya sesuatu tepat dan betul kepada sasarannya.
Yang dimaksudkan disini ialah. Bilamana mahu menganjurkan sebarang program, atau menjalankan urusniaga, atau mengadakan mesyuarat, atau menganjurkan sebarang aktiviti.
Yang betul, dan perlu diperbetulkan dan mesti diubah, bukannya masa, atau tarikh atau tempat untuk menganjurkan apa sahaja aktiviti.
Yang MESTI diubah ialah - S I K A P dan K O M I T M E N.
Saya sendiri, secara peribadi pernah menganjurkan pelbagai program, samada pada hari berkerja (Isnin – Juma’at), pernah juga menjalankan aktiviti pada hari Sabtu mahupun Ahad, dan pernah berpengalaman menjalankan atau menganjurkan program pada hari Cuti Umum dan Cuti sekolah.
Bila kita menyatakan yang program akan diadakan pada hari berkerja, jawapan yang saya sering terima adalah:
1 – “alah …. Saya tak boleh datang, kan tu hari bekerja ?”.
Bila dinyatakan yang program akan diadakan pada hari Sabtu, jawapan yang saya terima adalah:
1 – “alamak … eh, kan kerja separuh hari tu … nanti jalan jem lahhhh !!!”.
Bila disebut yang program akan diadakan pada hari Ahad, jawapan yang diterima adalah:
1 – “Maaf banyak – banyak … hari Ahad ni saya kena pergi kenduri kahwin, adalah 20 buah rumah kena pergi … kad dah dapat lama dah “.
Bila dmaklumkan yang program akan diadakan pada CUTI UMUM dan CUTI SEKOLAH, jawapan yang saya terima adalah paling menarik:
1 – “maaflah, saya kena balik kampong, moyang saya sakit”.
2 – “ tak ada orang nak jaga anak yang berumur 80 tahun tu”.
3 – “selalunya bila cuti sekolah je, kereta saya pasti meragam”.
4 – “saya nak kena pergi luar Negara, dah plan 10 tahun dulu”.
5 – “encik, kenapa buat masa cuti sekolah, kan waktu tu untuk keluarga ?”.
Jadi, persoalan POKOK ialah – “BILAKAH MASA YANG SESUAI ?”.
2 comments:
Assalamualaikum,
Abang Long,
Manusia memang mudah menyatakan 'masa tak ada, tak cukup masa dan pelbagai alasan lain. Sedangkan masa yang diberi oleh Allah itu 24 jam..masih tak cukup agaknya! Manusia sememangnya masih tidak pernah menghargai apatah lagi mencintai masa yang diberi.
Bagi saya, masa itu tidak cukup kalau asyik sibuk dengan aktiviti lara..seperti suka menonton televisyen, suka pergi karnival yang ada hiburan percuma, suka pergi tempat2 percuma yang ada hiburan dan makan percuma, suka buat benda2 yang tidak mendatangkan faedah seperti melihat orang dating, window shopping (walaupun duit kontang dalam poket), suka lepak2 (kalau berdakwah atau tegur minah dan mat rempit yang berdating, tak pa juga) dan pelbagai pekerjaan yang memerlukan tenaga dan duit, itu memang dia orang ada masa.
Tapi suruh baca buku atau seperti yang abang long cadangkan itu, seribu alasan diberikan...manusia sememangnya pandai mencipta alasan yang logik dan tak logik..itulah kelebihan akal ciptaan Tuhan yang disalahgunakan. Wallahualam.
saridahamid, sebenarnya banyak yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat pada hari ini, terutamanya SIKAP.
Post a Comment