Sunday, March 18, 2007

C P R



Hujan tidak, rebut pun tidak. Tiba – tiba sahaja dalam mesyuarat mingguan yang diadakan dipejabat ku. Big Boss lalu bertanya “ada sesiapa yang tahu tentang CPR ?”

Masing – masing terkelu lidah, malah ada yang berkerut dahi, dan bertanya kembali “apa dia ?”.

Lalu Big Bos bertanya sekali lagi “adakah sesiapa diantara kamu yang tahu apa itu CPR, atau tahu tentang CPR ?”.

Masing – masing terdiam, dan ada yang menggeleng kepala.

Lalu aku menjawab “saya tahu”.

“Apa yang awak tahu tentang CPR ?”. Soal Big Bos lagi.

“CPR adalah singkatan nama kepada cardiopulmonary resuscitation, dalam bahasa melayunya … maaf saya tak tahu, tapi ianya bertujuan untuk memberi bantuan kecemasan atau bantuan pernafasan yang pertama kepada mangsa, er … dengan cara menghembuskan nafas dari mulut ke mulut, dan menekan dada si mangsa”. Aku menjawab dan memberikan penerangan serba sedikit tentang apa itu CPR.

Big Bos lalu berkata lagi “bagus”. Dan menambah “minggu depan, hari Rabu, Pegawai dari St. John Ambulan’s akan datang, dan memberikan penerangan tentang bantuan kecemasan, semua diwajibkan hadir sessi itu”.

Big Bos “Ok, itu sahaja, terima kasih, semua ketua jabatan tunggu dulu !”.

Setelah seluruh kakitangan keluar dari bilik mesyuarat, Big Bos lalu berkata “ok, sila ambil perhatian, minggu depan, seluruh pekerja didalam bangunan ini akan menjalani latihan kecemasan, dan saya telah pilih Ahmad (nama samaran), sebagai “mangsa” dalam lakonan olok – olok untuk sessi tersebut”. “Ada apa – apa soalan lagi ?” Soal Big Bos.

Hashim (nama samaran) bertanya “selain dari pasukan St. John, ada mana – mana pasukan lain yang akan turut serta ?”.

Big Bos menjawab “Pihak Bomba juga akan turut serta”.

Mesyuarat berakhir dan semua bersurai.

# Andainya aku dipilih untuk menunjukkan kaedah CPR, mau pitam dibuatnya, memang aku tahu serba sedikit sebab belajar 10 tahun yang lalu, sekarang aku ingat – ingat lupa. Aduhhh … saliha …(moral of the story – lain kali berfikir sebelum bercakap).

Nota tambahan.


CPR wajib dipelajari oleh kita semua. Adakah anda menyimpan "first aid kit" dirumah atau didalam kenderaan anda ?.




12 comments:

Noushy Syah said...

a'aaaa gr8!! CPR bagus untuk semua mengetahui dan bole digunakan bila kecemasan...wahh Abg Long tau CPR yea?

Abang Long said...

noushy syah, CPR mesti dipelajari. masalahnya abang long dah terlupa teknik tu ...hehehehe

Anonymous said...

bagus entry ttg cpr ni abg long...secara mudah cpr ada 2 steps

1. mouth to mouth resuscitation
2. chest compression

sebab tak pernah praktikal..teknik tu dah berkarat..lupa...hehehe

Unknown said...

Oo... abang long ketua jabatan ek? hehehe.. nasib baik tak kena praktik.

Anonymous said...

first aid kit saya simpan dlm umah je...dlm kete x de....malah 1 apa pun x de walaupun handyplast

Abang Long said...

kujie, sepatutnya dipraktikkan 1 atau 2 kali setahun, baru boleh ingat.

ainin naufal, tak kira apa pangkat, semua "dikerah" untuk buat secara live.

farah, dalam kenderaan sama penting dengan dalam rumah.

pB said...

tak pernah cuba dan tak pernah belajar..

nampak gaya kena ambik kursus...

Abang Long said...

pb, bab ini kena belajar, sebab, kemungkinan untuk kita memberikan rawatan kecemasan kepada sesiapa sahaja adalah besar.

sharifah said...

hahahaaa...contoh real punya...kalau sha belajar dulu guna patung je...kelakar tullah abg long ni...nape abg long tak offer diri je...hehehehhee...

Abang Long said...

teringat waktu kali pertama belajar CPR. kawan seorang tu baru je lepas hisap rokok. bila nak buat mulut ke mulut.... abang long kata ...aduhhhh ...busuknya .. dia ketawa, lepas tu dia tanya balik "kalau perempuan macam mana" .. lalu dengan selamba abang long jawab "aku tak kisah".

Elhakim said...

a'kum and salam to brothers and sisters yg dikasihi skalian...

hmmm....

chest-compress teknik agak mudah. tetapi agak mengelirukan. takut kecederaan di bahagian depan menjadi lebih buruk jika berlaku kepatahan.

-wallahualam.

Abang Long said...

elhakim, TERIMA KASIH atas maklumbalas yang diberikan. satu panduan berguna.