Sunday, March 11, 2007

Setia, Jujur dan Ikhlas.

Bermula dari bulan August 2006, sewaktu aku membuka kembali Blog, setelah beberapa lama menyepikan diri dari alam siber. Maka aku telah menyatakan tujuan dan matlamat aku kepada Saudara Roslan @ Pokcik Mersik (beliau adalan insan yang bertanggungjawab membina Blog Abang Long). Dimana aku mahu dunia Blog dan alam siber menjadi satu medan untuk bertinteraksi dan berkomunikasi.

Aku mahu supaya setiap manusia itu bersikap setia kepada pasangan hidup, setia kepada keluarga, dan setia kepada Raja dan Negara. Dimana kesetiaan itu adalah salah satu asas kepada kehidupan yang harmoni.

Sewaktu kita berinteraksi di alam siber, satu sikap yang aku pelajari dan cuba untuk diamalkan adalah kejujuran. Biar siapa pun kita. Yang penting biarlah jujur. Kerana sejauh manapun kita cuba untuk berbohong dan membohongi manusia. Satu ketika kelak orang ramai akan tahu juga siapa kita yang sebenarnya. Begitu juga status diriku, yang telah berkeluarga, dan mempunyai anak. Aku paparkan didalam Blog ini. Tiada Rahsia – kerana aku percaya, andai kita berterus terang dan jujur, insan lain akan menghormati kita.

Sepertimana yang semua maklum, apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, maka dihujungnya, kita akan merasai keseronokan, kepuasan dan kenikmatan yang sukar untuk diperolehi, dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, atau apa sahaja nilai matawang didunia. Walau tidak dipinta, namun dengan usaha kita yang ikhlas itulah, maka usaha kita akan diperkatakan dan dikenang oleh manusia. Namun biarlah kita ikhlas, berlandaskan kepada ajaran agama Islam, kerana itulah amalan yang akan kita bawa, dan kita persembahkan kepada Allah bilamana kita bertemu denganNya kelak di Alam Mahsyar.

Namun, aku juga boleh menerima dan bersetuju andainya, seseorang itu menjadikan dunia Blog sekadar tempat untuk berkongsi pengalaman, menceriakan alam siber, memberikan panduan dan tunjuk ajar yang berguna, menyampaikan maklumat dan hujjah untuk kebaikan semua, disamping mengukuhkan tali persaudaraan, tetapi dalam waktu yang sama, tidak mendedahkan identiti yang sebenar atas sebarang sebab dan alasan.

Negara kita MALAYSIA, yang aman, sentosa dan harmoni ini, memerlukan rakyat yang berbilang kaum dan agama untuk turut sama prihatin dalam membangunkan Negara, berlandaskan kepada panduan Rukun Negara, yang telah dipersetujui dan disepakati bersama.

Perbezaan pendapat merupakan satu yang lumrah, dan perlu diterima oleh semua orang. Sikap hormat menghormati antara satu sama lain perlu diamalkan berterusan. Jadikan perbezaan pendapat itu sebagai usaha untuk menjana fikiran dan pemikiran supaya lebih kritis. Kasih sayang dan kemesraan sesama insan perlu dijana, supaya dunia ini aman dari sebarang punca bencana dan pancaroba.

Maka kita - PARA BLOGGERS, mempunyai TUGAS, TANGGUNGJAWAB, dan AMANAH, yang perlu dipikul dan dilaksanakan bersama.

Setia, Jujur dan ikhlas hanyalah perkataan, Yang terbaik adalah buktikan dengan perbuatan ……. itulah slogan dan mesej peribadi Blog Abang Long.

SALAM UKHUWWAH BUAT SEMUA PENGUNJUNG.

9 comments:

Anonymous said...

abg long, pd saya kan....setia kita bole buktikan tp jujur & ikhlas mungkin hanya pd perkataan tp kita pasti tau adakah kita jujur & ikhlas. sukar utk buktikan sbb setengah org bukan setakat pd perkataan je tp perbuatan juga. mungkin kita tengok dr segi perbuatan seseorg tu nampak jujur & ikhlas tp tahukah kita hati dia bagaimana? sesungguhnya hanya allah yg tahu apa yg tersirat di hati kita tetapi jika seseorg tu pandai, bila telah lama dia megenali seseorg tu dia akan tau kejujuran & keihklasan seseorg tu. bg saya jujur & ikhlas penting sgt dlm kehidupan seharian kita. apapun, itu pendapat saya. pjg nyer...sowi ek!

Anonymous said...

dalam dunia cyber susah mencari org yg betol jujur bang long,apabila kita jujur kita menjadi mangsa kepada ketidak jujuran pihak kedua...dan akhirnya kita juga letih untuk menjadi jujur...hurm

Mersik said...

Huu huu.. pokcik jujur.. sangat2 jujur.. percayalah.. hik hik

Mersik said...

Teringat pilim Ahmad Albab, bila si Muharam dan Safar (yg dah menjadi perompak tu) membawak balik barang2 kemas (hasil rompakan) utk bini2nya.. antara dialognya..

" Itulah, kanda orang jujur, sebab itu meniaga kanda untung "

Alahaii..

Abang Long said...

farah, cikscarlet dan mersik. Memang betul, pendapat kalian. Tapi dari tulisan dalam Blog, ada yang mencerminkan sikap pemiliknya. Dan berusahalah untuk memberikan contoh terbaik, supaya lebih dihormati oleh orang lain.

sd. said...

it's just soo difficult to find people who have all these three features..especially in todays' world *sigh*

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

yup abg long!

ct sokong! biarla kita dlm keadaan apa sekalipun..yg penting, jujur, ikhlas dn kmdian setia akan dtg sendiri...tak perlu dipanggil2...hehhe

abg long, good keywords in a good time...hehhe...

ok abg long, have a nice day...

assalamualaikum...

Anonymous said...

Am pun pernah bercerita tentang isu yg sama dalam blog Am sedikit masa dahulu, kita hanya sekadar menegur dan menasihati Abang Long, nak ikut atau tidak terpulang pada diri mereka

Abang Long said...

sayda, the best thing is we DO and we TRY TO DO the best.

pawana malam, tambahan - NIAT itu penting.

am, abang long bersetuju dengan pendapat itu.