Wednesday, March 21, 2007

AMALAN KECEMASAN

Sangkaan ramai pekerja didalam pejabatku. Pasukan St. John Ambulan akan tiba lebih kurang jam 10 – 12 tengahari. Rupa – rupanya, sedang perkerja baru hendak memulakan tugas, pada jam 8. 30 pagi, tiba – tiba sahaja pada jam 8.50 minit pagi, loceng amaran berbunyi dengan begitu kuat dan nyaring, bergema dan bersiponggang keseluruh pelusuk bangunan.

Pelbagai reaksi, yang dapat diperhatikan. Ada yang baru nak masuk ke tandas, ada yang sedang membancuh air, ada yang baru bersolek, dan pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat.

Yang pasti semuanya terkejut dan tergamam.

Suasana menjadi riuh rendah, sama kuat keriuhannya dengan loceng amaran.

10 minit kemudian. Terdengar siren Bomba dari kejauhan. Sekali lagi ramai yang terkejut. Kerana “tidak dimaklumkan”, oeh majikan masing – masing, kerana dalam taklimat terdahulu, hanya disebut “Pasukan dari St. John” sahaja yang akan tiba.

Pelbagai telatah dan keletah pekerja yang dapat diperhatikan. Majoritinya ketawa dan puas hati, dengan “latihan praktikal” yang diadakan.

Rumusan yang dapat kuberikan disini adalah:

1 – Latihan menyelamat wajar dilakukan @ diadakan oleh setiap majikan.
2 – Semua orang mesti tahu tentang CPR.
3 – Kita perlu menyimpan nombor pasukan keselamatan (Polis, Bomba, Ambulan dan sebagainya).
4 – Perlu kerap bersenam (kerana ada dikalangan pekerja yang “basah baju” dan semput, akibat dari terpaksa turun tangga dari tingkat 7, dengan hanya menggunakan laluan tangga.
5 – Andainya boleh – “jangan benarkan pekerja wanita memakai kebaya ketat”, khususnya yang bertugas ditingkat yang tinggi, kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku.

Pelbagai pengalaman, pengajaran dan maklumat yang diperolehi hari ini, berserta dengan “teguran” dari Pihak Bomba.

Namun yang pasti, usaha yang dijalankan berjaya mencapai matlamat.

3 comments:

pB said...

pernah sekali HQ buat drill mcm ni, ada satu akak tu sampai terpaksa dibawa ke wad kecemasan sebab masa tu dia pregnant. Nasib baik tak terberanak...

Itu baru tingkat 7, kalau yang kena turun dari tingkat 30 , cam nerlah agak nyer...memang bermandi peluh...

Abang Long ok ke??

Abang Long said...

pb, waktu "latihan" itu dijalankan, memang pihak berkenaan telah "mengasingkan" mereka yang tidak berupaya. Abang Long ok dan berpuas hati.

sd. said...

ada ke yg pkai kebaya ketat ek??hehe.wat happen??
:D