Monday, February 05, 2007

Macam - macam kisah (5)

Kisah 1 - Memandu 30 jam.

Pelabuhan Klang – Kuala Lumpur – KLIA – Taiping – Jelutong – Guar Cempedak – Bukit Mertajam – Nilai – Kuala Lumpur – Pelabuhan Klang.

Bukan “rally” tapi itulah lokasi perjalananku, dari satu destinasi ke satu destinasi, atas urusan yang pelbagai.

Terlalu penat, hingga aku tak mampu untuk berdiri.

Fakta ngeri:

1- Membantu dan melihat 8 kemalangan ngeri sepanjang perjalanan.
2- Hujan lebat didaerah Sungai Petani, hingga aku terpaksa memberhentikan kenderaan, akibat tidak berupaya melihat jalan atau laluan dihadapan.
3- RM400 dihabiskan untuk petrol.
4- Terpaksa mengikut “bontot” kenderaan “pancaragam rasmi kematian” kaum Tionghua, sepanjang 2 kilometer didaerah Kulim.
5- Lupa nak rekod, jarak KM perjalanan !

# Aku sentiasa membawa buku 555 dan sebatang pen didalam kocek baju.


Kisah 2 - “masa itulah …”

Dalam perjalananku yang begitu penting, dalam perjalanan itulah, tiba – tiba sahaja telefon bimbit tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Walaupun bateri penuh dan ada bateri kedua, namun kalau telefon bimbit tidak berfungsi dengan baik, seumpama tidak ada telefon bimbit.

Ya, waktu kita dalam keadaan terdesak dan kecemasan, waktu itulah, telefon bimbit tidak dapat digunakan.

# Agaknya, macam manalah manusia zaman dahulu yang tidak ada alat perhubungan seperti sekarang ?


Kisah 3 - Telefon Awam.

Akibat “kerosakan” kepada telefon bimbit, dan kerana tempoh perjalananku yang panjang dan jauh, dan tidak sempat untuk melakukan apa yang terdaya dan boleh, menyebabkan aku terpaksa menggunakan kemudahan telefon awam.

Kalau tidak salah ingatanku, aku terpaksa menggunakan telefon awam lebih kurang 50 buah dilebih 20 buah lokasi yang berbeza.

Dari 50 buah pondok telefon awan, hanya lebih kurang 10 buah sahaja yang berfungsi sepenuhnya.

Dan hanya sebuah sahaja yang aku terpaksa “lepaskan geram”, kerana sewaktu aku menghubungi saudaraku (aku berada dilokasi Sungai Petani, dan saudaraku berada di Guar Chempedak, dimana jaraknya tidak sampai 20 km), aku terpaksa “membuang” wang sebanyak RM10.00 (syiling).

Usai bercakap, aku terus menghempas gagang telefon, ya, aku terlalu penat, terlalu letih, dan setelah gagang telefon diletakkan ditempatnya, tiba – tiba sahaja wang syiling terus keluar dari kotak wang, ya, keluar tanpa henti, menyebabkan aku tidak keruan.

# Anda berhak untuk membuat tafsiran sendiri tentang perbuatanku.


Kisah 4 - Bimbang.

Setiap kali, aku menghubungi isteriku yang berada dirumah, aku sedar yang beliau sentiasa bimbang jika berlaku sesuatu kepadaku dalam tempoh perjalananku.

“Bang … bawa kereta baik – baik tau”.

Ya, aku bukanlah tergolong dalam golongan pemandu F1, tetapi isteriku tetap resah.

Maklumlah, aku “out station”.

# “orang lain buat hal, aku juga terasa tempiasnya”.


Kisah 5 - Macam Adnan Kashoggi.

Sewaktu perjalanan, sudah pasti aku terpaksa menjamu selera dilokasi yang berlainan dan berjauhan.

Sarapan pagi di Pelabuhan Klang, makan tengahari di Hentian Gunung Semanggol (Perak), minum petang di Pengkalan Sultan Abdul Halim (Pulau Pinang), makan malam di Guar Chempedak (Kedah).

Isteriku menegurku: “abang ni macam Adnan Kashoggi, makan ditempat yang berlainan, jauh – jauh pulak tu, cuma tidak bersarapan di London dan makan malam di Paris”.

Mudah – mudahan “masin mulut isteriku”.

# Ada sesiapa yang masih ingat Saudagar Adnan Kashoggi ?

6 comments:

Juezura said...

waduhhh..jauh perjalanan..banyak pengalaman . kak Long dapat rasakan keletihan yang abang long rasanya sepanjang perjalanan. Hehehe kak long bayangkan duit syiling gugur non stop kat pondok telefon ni ;-). Ambik balik RM10 yg ditelan ..ahaks

Noushy Syah said...

ahakss..wahh apalagi abg long..kutip ajelah duit syiling tuh ..rezeki tuh, tak baik ditolak muahahhaha...

Abang Long said...

zura, "letih tak terucap"...
noushy syah, "jangan beritahu sesiapa pun...ok?".

Elhakim said...

perjalanan jauh memang menyeronokkan.

Semasa memandu, berbagai2 idea menerjah fikiran.

Betul la..

Jauh perjalanan. Luas permanadangan

Noushy Syah said...

Abg LOng..ngehhh, tu rahsia kita berdua aje tuh..ekekekkekek, calitt!!!

Anonymous said...

wah 5 cerita dalam perjalanan tu ya, rasanya banyak cerita lagi tapi setelah ditapis yang lima sahaja yang keluar ya Bang Long.