Rasanya ramai yang sering berhadapan dengan perkara ini, tapi tidak boleh berbuat apa - apa, telinga mendengar, hati berkata - kata, tapi mulut terkunci rapat, tanpa dapat meluahkan apa yang terbuku didalam hati....
Apakah itu ?
Pernahkah anda berdepan dengan situasi itu ?
KAHAK, BERKAHAK, BERLUDAH, LENDIR BERWARNA PUTIH, LENDIR BERWARNA HIJAU, LENDIR BERWARNA PERANG, DAN LENDIR PELBAGAI WARNA.
Tak sampai hati nak letak tajuk BERLUDAH @ BERKAHAK, tapi tajuk diatas sudah menggambarkan, yang orang yang BERLUDAH dan BERKAHAK (membuang kahak), ditempat tertentu memang TIADA KESOPANAN dan KESUSILAAN.
Situasi 1 - Di Masjid.Saya pasti ramai diantara kita yang berwuduk, dan sewaktu berwuduk itu, pasti ada yang akan berludah dan BERKAHAK dengan kuat, dan cuba bayangkan, lendir kahak itu "melalui" saluran atau longkang kecil dihadapan anda, perkara ini nampak kecil dan bukan satu isu, tapi ADAKAH ANDA SELESA ?
Situasi 2 - Di warung makan.
Sedang anda menjamu selera, tiba - tiba seseorang itu batuk kecil dan terus BERKAHAK (membuang KAHAK), dengan nada yang boleh didengari dengan jelas, APA PERASAAN ANDA ?
Situasi 3 - Di tempat AWAM.Seorang BERKAHAK (membuang KAHAK), dengan bunyi yang jelas kedengaran, APA TINDAKAN ANDA ?
Akhirnya, anda sedang melalui satu jalan, dimana terdapat "beberapa kawasan tompokan KAHAK" disitu, APA YANG ANDA FIKIRKAN ?
Maaf saya pohon, kerana membawa satu perkara yang agak melemaskan, menggelikan, meloyakan, memualkan, dan mungkin anda terasa bagai nak muntah dengan n3 pada kali ini.
Tapi itulah yang kita hadapi, dan kita TIDAK DAPAT BERBUAT APA - APA.
Melainkan mereka yang sakit dihospital.
Moral of the story ~ "BERADABLAH BILA BERADA DITENGAH MASYARAKAT"
4 comments:
huhuhu, betul, betul, betul.
salam,
hahahaha...koeekkkk tuuuuwiii. Memang tak senonoh kalau tiada penghayatan rukun negara kesopanan dan kesusilaan.
saya hari2 terpaksa lalui situasi yang macam ni...akak tempat saya keje ni mengalami resdung, hidung dia selalu berair, tetapi yang tak bestnya setiap kali dia nak keluarkan lendir tu, mesti dengan nada yang satu ofis boleh dengar..mmm..huhh..sabar jelah...
bagus n3 nie, saya pun baru balik dari CHINA n situasi yg disebut itu mmg berlaku di sana, betapa tidak selesanya saya di sana....
Post a Comment