Naik, Turun, Naik, Turun, Naik, Turun.
"Yang kuat, terlampau kuat, sampai isteri tak boleh tahan. Yang lemah, terlalu lemah, sampai isteri menderita ..."
Begitulah dialog antara aku dan isteri, sewaktu dalam perjalanan pulang dari hospital, usai menziarahi seorang sahabat yang mendapat kemalangan.
Kami bersembang tentang hubungan seksual suami dan isteri. Hubungan intim. Dan apabila dialog itu aku lafazkan, isteri aku ketawa berdekah - dekah. Aku tersenyum dan menggelengkan kepala.
Kisah seorang sahabat aku yang meminta bantuan. Memang mengejutkan. Selama ini, jika ada perbualan tentang hubungan seksual lelaki. Dialah yang paling hebat bercerita. Boleh ternganga mulut dibuatnya. Rupa - rupanya, itu hanyalah kisah untuk menutup aib yang tersimpan sekian lama.
Kisah sebenar ialah, sahabat aku itu tidak mempunyai kekuatan kelelakian yang normal. Atau kata ringkasnya MATI PUCUK !
Lalu aku bertanya soalan paling terbuka. "Kalau kamu melihat aggota tubuh wanita yang terbuka, adakah alat kelamin kamu akan bereaksi?" Sahabat aku hanya menggelengkan kepala dan menunduk lemah.
"Jadi ... selama ini .... isteri kamu?" Aku menduga dengan soalan yang tergantung. Dan sahabat aku bersuara "selama ini ... dia banyak kali mengesyorkan supaya aku pergi berubat."
Dipendekkan kisah. Akhirnya aku membawa sahabat aku bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Yang aku telah kenal sekian lama.
Hampir tiga bulan proses rawatan itu berjalan. Kini, Alhamdulillah, sahabat aku sudah hampir pulih sepenuhnya. Dengan USAHA, KEYAKINAN dan yang terpenting DOA !
Baru - baru ini, aku mengirimkan satu sms separa lucah kepadanya "Bagaimana sekarang, pokok kelapa sudah ok?"
Lalu dijawab oleh sahabat aku dengan riang sekali "Bukan pokok kelapak, tapi sudah jadi Menara KLCC daa ..."
Alhamdulillah. Semoga BAHAGIA hendaknya. AMIN.
14 comments:
topik orang lelaki...
Uwaaa.... kekadang kita orang perempuan ni tak terfikir perkara itu adalah yang paling penting bagi seseorang lelaki. Hmm... waakakaa...
Tapi, alhamdulillah... mujur juga abang long dapat membantu. Kalau tak, niaya juga hidupnya dan isteri dia tu...
Eh...tak perasan pulak. Kenapa ada comment moderation ? Ada tetamu tak diundang ke abang long ?
Topik yang selalu dibualkan oleh orang laki2...heheheh...sebab tulah sekarang ramai tukang urut tradisional (batin) yang bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan...
Kujie - Memang topik orang lelaki. Tetapi ada hubungkait dengan wanita.
Tie - Tenaga LELAKI, atau eraksi memang penting untuk kedua - dua belah pihak.
aNIE - Memang topik yang sentiasa hangat. Tukang urut kena pastikan yang baik
emmm..lelaki punye hal...tp bgus gak abg long bgtau..ni sebagai knowledge ni..
Salam
topik orang lelaki. ,:)
ammvoiii abang long.. komentator wanita berduyun-duyun tewww.. ihiks
ez - Wanita juga wajib ambil tahu
um. masyitah - Sebenarnya ini adalah ISU BERSAMA
en_me - nak buat macam mana ... hehehehe ....
salam...
saya perlu info hal ini..
ada kawan memerlukan bantuan..kesian dah 10 thn kawin, belum mampu jadi ayah lagi...
Post a Comment