Friday, November 06, 2009

Bahasa Pasembor !


Disimpan Tak Guna. Hendak Dibuang Terasa Sayang.


Aku pergi ke sebuah syarikat pengangkutan. Hendak melakukan urusan bisnes. Bertemu dengan tuan punya pengusaha syarikat itu. Seorang lelaki China, berusia dalam lingkungan 50 tahun. Tidak fasih berbahasa Melayu. Bercakap dalam bahasa ROJAK. Yang pasti tidak mampu menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.


Aku bertanya "Tuan Lim (bukan nama sebenar) dilahirkan dimana?"


"Wa olang Penang, asat sana ooo" Tuan Lim menjawab dengan lancar.


Aku pergi ke sebuah syarikat lain. Bertemu dengan pegawai di bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Berjumpa dengan seorang gadis China, dalam lingkungan usia 30 tahun. Si gadis ini juga tidak mampu dan tidak berkeupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia. Aku bertanya dalam Bahasa Malaysia, dijawab dalam Bahasa Inggeris.


Dengan sopan aku bertanya "Cik Anne bersekolah dimana?"


Dijawab dengan penuh mesra oleh gadis China itu "I sekolah in (tuuut) PJ."


Aku terfikir, sekarang ini aku TINGGAL DIMANA ? Malaysia atau AMERIKA ?


Hati aku sudah terasa geram. Bila aku buka Buletin Utama. Seorang MENTERI bercakap dalam bahasa ROJAK ! Aku terus tutup televisyen !


Beginilah nasib ENGKAU ! Manusia di Malaysia ini sudah LUPA nama ASAL Engkau. Semenanjung TANAH M.E.L.A.Y.U !!!


Bermula dari hari ini. Kita lupakanlah tentang nasib bahasa KITA. Marilah kita beramai - ramai bertutur, bercakap, berkomunikasi dan bergembira bersorak sakan dengan BAHASA ROJAK. Kerana bahasa ROJAK diiktiraf oleh semua orang, termasuklah oleh Para MENTERI.


Bukan aku menolak bahasa Inggeris. Aku mampu, aku berupaya, aku boleh, dan aku menguasai bahasa Inggeris. Apatah lagi aku bekerja disebuah syarikat perkapalan antarabangsa selama 20 tahun.


9 comments:

nza said...

sy pn setujudgn abg long. Awal PPSMI pn sy dh xyakin cz sy cikgu math n mengajar kt kg......akhirnya ank2 murid sy byk trtinggal....kesian mrk..

Abang Long said...

Inilah nasib anak bangsa MELAYU, ditanahair Semenanjung Tanah MELAYU

farah aminuddin said...

maaflah abang long kalau saya ada terguna bahasa rojak kat sini :D

kakna said...

maaf abg long saya juga melayu dan saya mengangkat bahasa ibunda kita. tapi keperluan semasa memerlukan kita menguasai bahasa omputih ni.. kalau malaysia seperti jepun yg begitu menjaga bahasa mrk atau indonesia di mana semua bangsa diindonesiakan dan mampu bertutur bhs mrk dgn baik, mungkin kita x perlukan bahasa kedua ini.. pemimpin pun x serius menjaga kedaulatan BM.. klu anak melayu hanya menguasai BM sahaja sedangkan anak bangsa lain mampu bertutur 3 bahasa serentak dgn fasih.. bukahkah itu juga satu kerugian.. tp hakikatnya melayu memang mudah lupa.. kalau sudah lidah seperti orang putih lagaknya juga ikut melebih-lebih.. lansung terlupa mcm mana nk ckp dlm BM

arsaili said...

salam abg long...alamak, saya selalu guna bahasa rojak :p....abg long apa khabar? semoga sihat yea

Abang Long said...

farah aminuddin - Tidak perlu mohon maaf. Yang terpenting ialah kesedaran.

Abang Long said...

kakna - BERSETUJU ! Yang terbaik ialah kita perlu mempelajari lain - lain bahasa juga.

Abang Long said...

arsaili - Kena ada kekuatan JATI DIRI ! hehehe ....

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum Abang Long,

Pasembor?

Memang makanan kegemaran saya sebab almaklum, apabila membesar di Pulau Pinang..

Bahasa Pasembor...memang bikin hati ini berang...

(Hati juga berang apabila ada orang yang tidak tahu menghormati ejaan Bahasa Melayu sempurna dan menulis dalam bentuk singkatan seperti dalam bahasa SMS (contohnya x untuk tidak, sy untuk saya dan sebagainya, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi)...dalam mesej yang ditinggalkan melalui blog ataupun emel...

Lainlah kalau menulis di telefon sebab kita faham ruangnya yang sempit!)

Siapakah yang akan mendaulatkan bahasa ibunda kita sekiranya bukan diri kita sendiri?

Maaf sekiranya ada yang tersinggung...