Tuesday, April 28, 2009

Corat - coret Pesta Buku (2)


PENGHORMATAN.


Dikesempatan ini. Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat - Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid. Atas anugerah sebagai rakan sekutu didalam kelab.


Aku agak tergamam, apabila diberikan kad tanda nama dan sekeping lencana pengenalan kelab tersebut.


Ini merupakan penghormatan buat diriku selaku Presiden Kelab Peminat Novel ALAF 21.


Dikesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih atas sambuatan yang diberikan oleh RAM FAN CLUB. Dan pada pesta buku kali ini juga, telah mempertemukan aku dengan Presiden Kelab RAM iaitu Saudara Suhaimi, yang lebih dikenali sebagai - Mielong. Aku memohon maaf kepada Saudara Mielong, kerana tidak dapat meluangkan masa untuk berinteraksi pada Pesta Buku ini.


Juga setelah hampir setahun tidak bersua dengan seorang insan yang banyak membantu ALAF 21 FC, dimana beliau adalah penggerak utama program PasiNo. Seorang insan yang banyak memberikan motivasi kepada aku, walaupun usianya jauh lebih muda dari aku, beliau ialah Saudara Zaifulizan atau lebih dikenali sebagai AttoKz dikalangan - Geng Jurnal.


Aku pasti tersenyum setiap kali bertemu dengan gadis berhati waja didalam Kelab RAM ini. Kerana bagi diri aku, beliau adalah diantara pencetus kepada tertubuhnya Kelab RAM. Dan jangan terkejut andainya aku begitu mesra dengan si gadis ini. Beliau lebih dikenali sebagai - Elle 'Darling.' Dan jangan ada sesiapa yang mahu membuat gossip. Kerana aku lebih selesa memanggil beliau dengan panggilan - Darling.


Sekali lagi aku terkedu dengan pelawaan Darling. Dimana beliau dan geng Kelab RAM telah mempelawa aku untuk minum dan bersantai di sebuah restoran terkenal. Namun, seperti yang telah aku maklumkan kepada mereka, aku tidak mempunyai banyak pilihan untuk menjamu selera. Atas faktor kesihatan.


Aku sempat beramah mesra dengan mereka. Dan bayangkan aku dikelilingi oleh jelitawan Kelab RAM. Hanya aku dan anak bujang Ramlee Awang Murshid sahaja lelaki.


Namun, dikesempatan ini, aku memohon maaf. Kerana aku tidak dapat mengingati nama - nama jelitawan - jelitawan itu. Apa pun, aku ucapkan terima kasih kerana sudi berbual mesra dan berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara.


Akhir kalam. Aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Saudara Ramlee Awang Murshid yang sentiasa bertanya khabar keadaan diri aku. Juga kepada Kelab RAM yang sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan ukhuwah dengan Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.

12 comments:

Jie said...

zaman sy dah berlalu kot.issshhh....... dulu zaman sy tgh mengila dgn ALAF 21 tak de pula kelab2..skrg ni novel2 sy dah wakaf utk anak2 sedara yg tgh naik

silversarina said...

Meriahnya di booth alaf 21, syabas !

m.q said...

uwaaaa...sy nk jugak badge RAMFC
hr tu p xdak punnnnnn
uwwawawaaa......

izman said...

syabas. dunia novel melayu bukan terlalu besar khalayaknya. kita harus bersatu padu.

rugi tak dapat pergi pesta buku tersebut, banyak sangat aralnya.

Web Sutera said...

Assalamualaikum Abg Long,

Mahu menangislah! Nama saya tidak termasuk..asyik-asyik 'darling'. Jeles nih...

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa..

arsaili said...

salam abg long...wahhh terlepas lagi la pesta buku uwaaaa

Anonymous said...

salamm abang long itteww..

btw, ituari abg long tanya me pasal address.. me masih tungguuu

Mak Su said...

maksu minat gaks. tapi masa ini, maksu mmg jrg beli novel... byk komitmen utk keluarga :(

zino said...

mem zino boleh joint club tu.. dia yg ada banyak koleksi buku tu hehe

Idalara said...

saya gile membaca novel,bila tgn dah mula pegang novel..siaplah....ralat sgt tak dapat ke book fair..masa tak mengizinkan..

cikceriacorner said...

salam..abg long..sy minat gak membaca novel alaf 21..cume skrg ni jrg baca..heheh

Abang Long said...

kujie - ada juga saatnya kita 'menggila' dengan novel.

------

silversarina - Memang meriah sangat, hingga berlaku - senggol - senggolan.

------

masnie_qisrine - kena beli dari RAM FC...hehehe

------

izman - Ya, semua kita harus bersatu, khususnya untuk memperjuangkan bahasa Melayu. InsyaAllah tahun hadapan kita boleh pergi lagi.

------

Web Sutera - nak kena beri amaran - jangan ganggu darling ...hahahahaha

------

arsaili - tahun depan ada lagi, InsyaAllah.

------

yginsaf.com - InsyaAllah, Abang long akan jawab.

------

MakSu - begitulah masing - masing... banyak komitmen yang lebih penting, InsyaAllah tahun depan ada lagi.

------

zino - Jom, 'join da club'.

------

Idalara - InsyaAllah, tahun hadapan kita rancang untuk pergi dan berjumpa.

------

ez - sebenarnya minat untuk membaca tidak boleh dipaksa - paksa.