Wednesday, September 24, 2008

Universiti Ramadan (8)

Minit - minit akhir.


Dalam sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Beliau menyatakan bahawa, seandainya, atau katakan bahawa malam lailatul qadar itu telahpun berlalu. Disebabkan itu adalah rahsia Allah. Dan sebagai manusia atau hamba-Nya. Kita tidak mengetahui tentang perkara itu.


Jangan bersedih. Teruskan beribadah. Kerana kita masih berada didalam bulan Ramadan yang suci, mulia dan penuh keberkatan. Teruskan komitmen. Tetap beristiqamah dalam menjalani ibadah tersebut.


Kalau selama ini, kita hanya baca Al-Qur'an selama 10 minit sehari. Sekarang kita gandakan dengan membaca selama 30 minit. Kalau dahulu kita bersolat dirumah, sekarang cuba kita gagahkan diri dengan bersolat secara berjamaah di surau atau masjid.


Kalau dahulu kita boleh 'berjaga' untuk menonton bola pada pukul 2, 3 pagi. Sekarang cuba kita 'berjaga' untuk 'kekasih kita'. Semata - mata untuk Allah. Kerana Allah. Dan yang paling penting untuk 'mendekatkan diri' dengan Allah.


Inilah waktu. Inilah ketika. Inilah saat yang paling indah dan mustajab. Berdoalah. Merayulah. Merintihlah. Menangislah. Bercakaplah dengan Tuhan yang Maha Mendengar.


Lakukan sebanyak mungkin amalan yang terdaya. Selain dari solat wajib, teruskan dengan solat sunat. Berzikirlah, biar bibir dan mulut kita kering kerana berzikir. Ingat tentang kebesaran Allah.


Tetapi ingat wahai Tuan - tuan dan Puan - puan sekalian. Lantas ustaz tanpa berselindung, terus sahaja memberi 'amaran'. Jangan kita akhiri amalan puasa kita, jangan kita kurangkan amalan puasa kita, jangan kita hakiskan pahala puasa kita dengan satu amalan, dengan satu perkara, dengan satu perbuatan yang tercela iaitu MENGUMPAT !




8 comments:

Nek Cun said...

Salam abang long, sedih rasanya bila Ramadhan dah nak meninggalkan kita... tahun depan entah dapat entah tidak lagi kita nak jumpa Ramadhan Al-Mubarak nih!... Selamat Hari Raya, ma'af zahir batin dari nekcun sekeluarga.

en_me said...

salam ramadhan abang long.. selamat ariraya aidilfitri.. maaf zahir bathin..

fusarium solani said...

Abang Long,

Salam syawal..agaknya adakah kesempatan kita nak ketemu sebelum ramdhan berakhir?

Terima kasih atas tazkirah yang bagus ini.

Semoga Abang Long dan keluarga berada dalam lindungan rahmatNya sentiasa.

Amin.

Anonymous said...

Salam Abang Long,
Moga sentiasa tabah di Syawal nanti,Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin.

AK

zino said...

selamat hari raya maaf zahir batin..

viruspadu said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Dari VP, Laloque dan Nisa...

peace! :p

Puteri Satu said...

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRI,
MaAf ZaHiR DaN BaTiN,
MoHoN DiAmPunKaN AnDai TeRkAsAr BaHaSa dAn TeRlaNjUr BiCaRa..

IhKlAs DaRi:-

aQiLaH NaJLa BaHaRoN IsKaNdAr & Puteri1 (MaMa aQiLaH) & Yon (PaPa aQiLaH)

silversarina said...

Salam Lebaran buat abang long dan family. semoga nikmat serta rahmat di bulan Ramadan ini akan terus dalam dakapan kita semua, InsyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR BATIN.