Thursday, September 04, 2008

Universiti Ramadan (4)

Berbuka dirumah saudara.


Pagi semalam, rancangan yang disiarkan oleh Radio Shah Alam, benar - benar menggamit perasaan dan begitu nostalgia.


Kisahnya ialah berbuka puasa di rumah orang.


DJ mengajak pendengar supaya berkongsi pengalaman mereka, sewaktu berbuka puasa dirumah sanak - saudara.


Contohnya. Ada diantara kita yang tinggal dikampong. Dimana, dalam kampong yang sama, begitu ramai adik - beradik yang menetap dan tinggal bersama. Dihulu kampong, tinggal Tok Wan dan Opah, berselang dua, tiga rumah, ada rumah Pak Long, sebelah rumah Pak Long, ada rumah Pak Tam. Tepi sebelah kanan, tinggal pula keluarga Mak Teh. Hingga hujung kampong, ada ramai adi - beradik dan saudara mara, yang mempunyai pertalian kekeluargaan.


Dan masing - masing menjemput adik - beradik dan saudara - mara untuk berbuka bersama. Dan paling minima ialah menghantar juadah berbuka puasa. Dan saling bertukar juadah.


Teringat kembali kisah aku sewaktu kecil, diawal tahun 70'an. Dalam sebulan, boleh dikira dengan jari, berapa hari aku berbuka dirumah sendiri. Makanan yang disediakan, tidak semestinya mahal. Ada ketikanya aku berbuka dengan air teh o panas (sebab waktu itu belum ada peti sejuk). Dan makan lempeng pisang. Tetapi sudah cukup menggembirakan dan menceriakan.


Tetapi, yang pasti. Nasi adalah hidangan wajib. Dan lauk - pauknya memang menyelerakan. Hatta ikan sepat goreng, sambal belacan dan ulam pegaga.


Zaman sekarang. Lidah aku terkelu. Juadah berbuka puasa di hotel, harganya hingga mencecah RM100.00 bagi satu kepala. Wang sebanyak itu, kalau diberikan kepada aku. Akan mengambil masa selama 7 hari. Dan boleh makan hingga kenyang bagi aku sekeluarga.



# Bagi peminat novel terbitan ALAF 21. Setiap pesanan minimum sebanyak 2 buah novel, atau pesanan bahan terbitan ALAF 21 dengan minimum harga RM40.00. Penghantaran PERCUMA, bagi kawasan - Klang, Pelabuhan Klang, Sri Andalas, Bandar Sultan Suleiman dan Shah Alam. TERIMA KASIH.

13 comments:

mama ranggie said...

skrg dah kurang amalan tu abg long...tp kat kg mama,masih ado..mmg seronok!

atty's said...

salam abglong..
hish.bazir je kalo bukak posa kt otel.
saya ngn family pun bersederhana je berbuka posa..janji ade nasi...

umeboshi said...

seronoknye kalo berbuka puasa beramai ramai camtu, dgn sanak sedara.meriah..
ps: lama tak menjenguk sini... :)

Neeza Shahril said...

salam abang long,

neeza memang tak suka berbuka di hotel. terlalu membazir. bukan kita makan sangat pun. Berbuka dirumah orang best jugak.. tapi kena tunggu orang jemput lah kan hehee..

Abang Long said...

mama ranggie - seronok dan ada keberkatan.

atty's - kalau tak ada nasi macam mana ya ? hehehehe

umeboshi - bukan sekadar meriah ... tapi boleh bingit kalau ada ramai anak kecil ...hehehehe

neeza shahril - tunggu orang menjemput ? hmmmmmmm

nurazzah8 said...

tak pernah berbuka dihotel dengan duit sendiri! kalau saya satu keluarga ...alamak...kering beg duit... satu kepala paling kurang RM40+++ ... satu family = RM500++

hurm...membazirnya... nak makan satu malam sampai byk tuh...tapi kalau ada orang sponsor lain lah...

kat rumah lagi best...lagi simple lagi best...kadang2 makan nasi dengan ikan goreng dan sayur ulam serta sambal belacan pun dah sedap... masa berbuka dimulakan dengan makan buah tamar...

ILA said...

salam..
'KENANGAN ITU INDAH' Abg.Long:D
DI kampung ila yg mejoritinya orang jawa biasanya kami amalkan seminggu sebelum hari raya mberikan ktupat & lauk pauk kpd saudara mara @ jiran2.Bab tu kena ada semangat rewang2 gak lerr..
seolah mcm nak buat kenduri time memasaknya.Tapi kami bungkus2 dlm20-30 bungkus hntar pd mereka.

Mak Su said...

terlampau meraikan ramadhan kaedahnyer, berlebih2 bab makan

ABDUL LATIP said...

abang long,

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga terus tabah menghadapi dugaan hidup.

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Abang Long,

Bagus kalau sudah mula ambil inisiatif mengedar & menjual novel. Insyaallah, saya doakan semoga berjaya. Amin.

Ungku Nor said...

jangankan nak buka kat hotel bang, nak buka kat restoran pun kalo boleh saya elakkan.
sesak dan tak selesa. pernah dulu makanan dah tinggal suku tapi air tak sampai2 lagi.

tapi pada yang berkemampuan tu, terpulang la nak buka kat mana. tepuk perot tengok poket..hehehe

zino said...

bila bulan puasa ni banyak le jemputan ajak berbuka di hotel2 bagai..

tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni zino dah berjaya menolak semua jemputan tu.. anak anak ada tanya abah tak berbuka di hotel lagi ke? hehe

masni qisrine said...

mmm..time2 posa nih..mesti terigt2 sambal belacan+mempelam arwah mak saya...rindunyeee... :(