Wednesday, September 10, 2008

Universiti Ramadan (4)

Kenapa, tak percaya ?


Pergi ke pasar Ramadan dengan membawa wang sebanyak RM1.00 sahaja. Belilah apa sahaja makanan yang berharga RM1.00.


Tepung pelita 3 bekas masih berharga RM1.00.
Kuih muih dua biji, masih berharga RM1.00
Cakui dua biji, masih berharga kurang RM1.00


Jangan kerana nafsu lapar, kita rambang mata.


Bila waktu berbuka, telan air seteguk, makan kurma barang sebiji dua, makan kuih barang sebiji dua. Alhamdulillah, boleh kenyang. Terus mengerjakan solat dalam keadaan selesa.


Akhirnya, anak - anakku tesenyum. Mereka berjaya melakukannya.

9 comments:

mohamadkholid said...

seringgit memang dapat 3 ketul kuih, tapi saiznya dah semakin membonsai...

nurazzah8 said...

salam, semoga tabah menghadapi segala dugaan.

kami sekeluarga mmg mengamalkan pasar malam sifar. saya cuba menggalakkan anak2 makan apa sahaja masakan yang disediakan dirumah. Tidak perlu ke pasar Ramadhan, sbb nanti akhirnya membeli yang tidak diperlukan.
Makan apa sahaja yang ada sudah cukup memadai, kerana yg selebihnya adalah nafsu kita sendiri.

Contohnya semalam kami hanya memasak mee rebus, bagi semangkuk ke rumah jiran sebelah menyebelah, akhirnya macam2 kuih ada atas meja. Jiran sebelah kiri bagi lontong dan cucur udang, jiran sebelan kanan bagi sepiring kuih buah melaka. Alhamdulillah rezeki.

Anonymous said...

Aslm...

Nampaknya Abg Long masih terus menagih simpati dengan mengemukakan cerita-cerita sedih begini meskipun ramai yang mendesak supaya cerita-cerita begitu disimpan sebagai maruah diri yang wajib dipelihara.Please le ! Tolong jangan sering sangat bawa cerita macam ni. Nanti orang ingat abg Long sengaja nak ambil kesempatan via blog ni.Sekadar menasihati....Umari..

farah said...

kalo duit saya mmg x merasa keluar kat bazaar ramadhan....duit husband saya ye...tu pun sekadar beli kuih je...sbb hari2 balik keje saya masak. weekend baru la tambah sket dgn buat bubur ke, kuih ke atau mee ke. skrg brg mahal..cost of living very high...so kena la berjimat. tp camne abg long bole dpt kuih semurah tu ek? husband saya selalu jumpa kuih 5 ketul RM2

maklang said...

tahniah...abang long ok?

en_me said...

selamat berbuka puasa abang long ittewww..

zino said...

seringgit je? alamat tak jadi zino ke bazaar ramadan.. hehe hari2 bekerja memang mem tak sempat nak masak pun so ke bazaar ramadan le dia mencari apa yg patut..

nak beli pun taput2 je..

zino said...

taput=patut hehe

cikMilah said...

Salam, saya pun macam Nurazzah8. Setakat hari ni, masih kekal pasar ramadhan sifar. Walaupun bekerja dan sampai rumah pukul enam petang, saya masih sempat masak utk berbuka dan sahur. Ganjaran berpuasa adalah nikmat makanan, bukan nikmat berbelanja...