Tuesday, September 30, 2008

Universiti Ramadan (10)

Kisah 1 - TAKBIR. TASBIH. TAHMID.


Bermula malam ini. Masuk sahaja waktu Maghrib. Selesai sudah umat Islam berpuasa didalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.


Dan yang pasti, ramai yang akan menitiskan airmata. Samada kerana Ramadan telahpun berlalu. Ataupun sebak, pilu dek kerana alunan lagu Dendang Perantau berkumandang, dan ada yang tidak dapat balik ke kampong halaman untuk berhari raya.


Apapun, yang pasti, ramai yang akan menitiskan airmata kerana alunan TAKBIR Hari Raya. Yang begitu syahdu. Lalu terkenangkan mereka yang telah tiada, untuk bersama menyambut Hari Lebaran yang mulia.


Maka, pada malam 1 Syawal ini. Marilah kita bersama - sama merebut peluang keemasan yang tetap diberikan ganjaran yang begitu besar oleh Allah. Marilah kita bersama - sama, BERTAKBIR, BERTASBIH dan BERTAHMID. Memuji kebesaran dan keagungan Allah.


ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR !!!




Kisah 2 - BERSALAM.


Semakin lama, aku perhatikan teknik bersalaman telah berubah dek perubahan dunia. Ada yang bersalam, bagaikan tidak bersungguh. Ada yang bersalam, macam orang nak bergaduh, ada yang bersalam cuma dengan menyentuh ibu jari "set".


Dan aku perhatikan, lebih teruk lagi. Ada yang bersalam seperti 'buat tak tau'. Buat PEMIMPIN masyarakat. Ya, PEMIMPIN masyarakat. Bersalamlah dengan penuh kesungguhan dan tunjukkan kasih sayang anda !


Janganlah sewaktu PILIHANRAYA. Pemimpin kita bersalam dengan bersungguh - sungguh. Pegangan tangan begitu erat mencengkam, tangan kiri memegang tangan yang menghulur dengan begitu mesra. Disertai dengan senyuman yang begitu menawan. Lalu bertanya khabar, walaupun tidak kenal.


Tetapi, selesai PILIHANRAYA. Bila bersalam, tergopoh - gapah. Macam hendak dikejar MALAIKAT MAUT. Terlalu sibuk. Hendak mengejar masa kononnya. Riak muka pun sudah SERIUS.


Bagi PEMIMPIN AGAMA. Ini pun satu hal. Bila bertemu dengan 'sama ranking'. Cuba perhatikan, bila ulamak bertemu ulamak, bila ustaz bertemu ustaz, bila yang berjubah dan berserban bertemu dengan yang berjubah dan berserban besar. Cara mereka bersalam. Mereka akan bersalam dengan bersungguh - sungguh, erat tersimpul pegangan tangan mereka, lantas berpeluk dan melekat tubuh mereka dan berlaga pipi.


Tetapi, bila 'sang ulamak' atau tok guru bersalam dengan orang biasa. Maka mereka akan bersalam, bagaikan orang 'dihadapan' mereka TIDAK WUJUD. Mata tidak bertentang mata.


# Sunnah Nabi. Bila bersalam. Baginda akan menggenggam tangan umatnya, begitu erat, hinggalah umatnya sendiri yang menarik tangan, dan merungkaikan salam.



Kisah 3 - BERHATI - HATI DIJALANRAYA - WAHAI SAUDARAKU !


Ada ketikanya aku rasa marah, dengan tindakan KERAJAAN MALAYSIA yang mengeluarkan wang berjuta. Semata - mata untuk MENYEDARKAN RAKYAT, supaya berhati - hati dijalanraya. Aku merasakan bahawa, wang sebegitu banyak, lebih baik disalurkan kepada rakyat yang benar - benar memerlukan.


Tetapi, apakan daya. Kalau tidak ada kempen sebegitu, rasanya keadaan akan menjadi bertambah buruk. Dan tidak terkawal. Kasihan pada pegawai yang menjaga keselamatan jalanraya khususnya. Hingga ada yang tidak berpeluang untuk balik kampong, semata - mata hendak menjaga NYAWA Rakyat Malaysia.


Dikesempatan ini, aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH, khususnya kepada POLIS, POLIS TRAFIK dan seluruh pegawai yang menjaga keselamatan awam. JASA ANDA tetap dikenang.


# Hari Sabtu ini, aku akan menghadiri majlis kenduri kahwin adik ipar di ALOR GAJAH, Melaka. Aku berharap sangat ada PEGAWAI POLIS yang menjaga TRAFIK. Aku rasa serik dengan pengalaman perjalanan sewaktu hari raya, 3 tahun lalu. Masa yang diambil dari Nilai ke Pelabuhan Klang adalah selama 6 jam !

7 comments:

Hasrul Halid said...

Along! Selamat Hari Raya Aidilfitri.

fusarium solani said...

Salam,

Abang Long, sibuknyer!

Aliff ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H buatmu dan keluarga.

Mohon maaf atas segala salah silap Aliff pada Abang Long sepanjang persahabatan kita.

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Assalam alaikum wbt

Untuk saudara yang dikasihi Allah dicintai Nabi.

Salam Aidilfitri daripada saya, mohon maaf sekiranya sepanjang ini saya ada terbuat salah dan silap kata dan perbuatan. Mari kita sama-sama doa-mendoakan kejayaan bersama di dunia dan akhirat.

Moga-moga Allah menghidupkan, menidurkan dan membangkitkan kita kembali bersama sebagai Muslim dan bersama-sama orang yang soleh

Salam Aidilfitri

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Ungku Nor said...

saya marah Ramadhan pergi sebab iblis terlepas dari rantai yang mengikatnya..

Salam Lebaran buat abglong sekeluarga.
Maaf zahir & batin.

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Kekanda Long yang dikasihi...

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada adinda sekeluarga. Maaf zahir batin ye.

Web Sutera said...

Salam Aidilfitri,

Satu entri & pandangan yang sangat baik buat renungan kita semua, insyaallah.

ALLAHUKHBAR!
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com

zino said...

salam raya alanglong.. semuga program raya berjalan lancar.. amin..