Samada kita sedar ataupun tidak. Waktu atau saat yang kita lalui sekarang, terasa semakin pantas dan cepat berlalu. Sewaktu entri ini ditulis, kita telahpun memasuki hari ke 6 dalam bulan Syawal.
Terbayang sewaktu aku masih kecil, 20 atau 30 tahun yang lalu. Hendak menghabiskan satu hari dalam bulan puasa, terasa begitu lama. Malahan, kita dapat 'merasakan' saat dan detik yang dilalui begitu lama dan lambat.
Sekarang, aku perhatikan, sesuatu yang seperti 'tidak kena' telah berlaku. Dimana, anak - anakku berpuasa seperti didalam keadaan santai. Tidak kelihatan wajah sayu dan tubuh lembik, sewaktu menjalani ibadah puasa. Pejam, celik, berbuka dan bersahur. Habis bulan Ramadan.
Cuba kita renungkan sebentar. Aku 'tersedar' sesuatu. Bila anak - anakku berkata "abah, kenapa cepat sangat, baru tadi kita solat Zohor, sekarang sudah masuk waktu Asar?"
Tidakkah ini bertepatan dengan hadith Rasulullah, dimana Baginda pernah menyatakan bahawa, diakhir zaman kelak, masa dan waktu yang bergerak begitu pantas. Hingga kita tidak sedar waktu yang berlalu begitu sahaja.
DUNIA sudah terlalu tua. Semakin UZUR. Ini menandakan bahawa KIAMAT seperti yang kita semua maklum, sudah semakin hampir, malah terlalu hampir !
Walau apa pun yang berlaku. Walaupun mungkin ada yang kurang senang. Dikesempatan ini, aku sebagai seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, yang mempunyai tugas sebagai seorang MUSLIM. Dengan tenang, menyeru kepada pengunjung blog ini supaya, laksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah sebagai KHALIFAH diatas muka bumi ini dengan sebaiknya.
BERSOLAT - JANGAN TINGGALKAN SOLAT. Ini adalah soalan PERTAMA akan ditanya di Padang Mahsyar kelak.
ADIL - Jangan kita bersikap ZALIM terhadap makhluk diatas muka bumi ini.
AURAT - Kepada sesiapa sahaja yang masih belum menutup aurat dengan sempurna. SEGERALAH menutup aurat anda. TAKUTLAH kepada Allah. Baca dan renunglah akan AMARAN dari Baginda, tentang azab kepada mereka yang tidak menutup aurat.
Yang penting, lakukan sebanyak mungkin amalan yang disuruh dalam agama dengan hati yang ikhlas - KERANA ALLAH.
# Kita kata, kita 'hendak' syurga Allah ...
5 comments:
Ya, saya mahu syurga Allah, tapi saya tak mahu menempuhi kesusahan bagi mendapatkannya. Alangkah malangnya saya...
Semakin tua ? Semakin pantas ? Uiii.. kena cepat2 ngeteh nii. hik hik..
Ramai yang dah terlupa bang long, harap2 Am tak tergolong dalam golongan itu
Selamat hari raya, maaf jika ada terkasa bahasa ya...
masa bergerak terlalu pantas sekarang ni.. tup tup dah 7 syawal.. bulan ke bulan berlalu dengan lajunya..
anak-anak combi pun dah sama tinggi dgn mak abahnyerr.. :)
Post a Comment