Kahwin & Raya.
Hari ke 3 Syawal. Seluruh ahli keluarga, sebelah mertuaku. Telah berkunjung ke Kampong Paya Rumput, Melaka Bandaraya Bersejarah. Bagi menyempurnakan majlis pernikahan adik ipar.
Kami dari pihak pengantin lelaki, bersama rombongan telah bertolak dari Pelabuhan Klang, pukul 8.15 pagi, dan tiba di Melaka jam 10.00. Alhamdulillah, kami tiba tepat pada masa yang telah dijanjikan. Dan rupa - rupanya, pihak kami yang telah tiba terlebih dahulu. Namun, Syukur Alhamdulillah, perjalanan pergi begitu lancar.
Cuma, berdekatan dengan masjid dimana berlangsungnya upcara akad nikah itu, telah diadakan majlis rumah terbuka oleh Timbalan Menteri Pertahanan. Dan kebetulan, jalan disitu agak sempit. Jadi, kesesakan trafik sememangnya tidak dapat dielakkan.
Seperkara yang aku agak gembira, begitu juga dengan rombongan pengantin lelaki ialah, jurunikah yang ditugaskan, begitu 'mesra pelanggan'. Tok Kadhi benar - benar memahami konsep urusan nikah, dimana jurunikah telah memudahkan urusan pernikahan. Tidak ada khutbah panjang berjela - jela, tidak ada soalan bertubi - tubi, tidak ada perkara remeh temeh yang dibangkitkan.
Dan jurunikah juga kelihatan tenang dan bersahaja. Sempat bergurau dengan pengantin. Ini sebenarnya boleh menghilangkan perasaan gemuruh kepada pengantin yang akan melangsungkan upaca akad nikah.
Usai upacara akad nikah. Rombongan terus ke rumah pengantin perempuan. Untuk menyerahkan menyerahkan barang hantaran. Rumah yang terletak tidak jauh dari masjid juga memudahkan urusan perjalanan kami.
Majlis kenduri berlangsung keesokan harinya, iaitu pada hari Sabtu. Maka ruang masa yang begitu banyak, telah kami gunakan untuk 'menjelajah' kawasan sekitar Masjid Tanah, Alor Gajah dan menziarahi dua buah rumah saudara yang menetap di kampong Durian Daun.
Syukur Alhamdulillah. Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah. Perjalanan pergi dan balik juga lancar.
# TAHNIAH buat pasangan pengantin - Kapt. Mus dan Kapt. Alin.
14 comments:
hari pertama syawal..
MRR2 jem..
jalan Ampang jem..
hehehe.
Salam Kenal Abg Long...bukan nak puji cantikkkknyer pengantin!!.. tapi tokma tertarik kat "kg paya rumput Melaka". Asalnya tokma dari Tangga Batu, kat Paya Rumput tu gamai benau sedaramara belah mak dan arwah abah. Tapi sekor pun tokma tak kenal...nama jer org melaka, tak senonoh tul kan abg long.
salam
besh kalo dpt jurunikah yg memahami..
cepat upacara berjalan ngn sempurna...
salam abg long...
slmt hr raya..saya pohon maaf zahir batin..masih igt pd dinda pawana malam? hmpir setahun kita tak bersembang kan...miss u all...
salam raya.. jemput datang umah yer..
owah, kahwin dengan anggota tentera... indah tertibnya majlis pasukan beruniform ni.
nanti aliff bg sms date nak berjalan raya ke rumah abang long ye.. skang tgh bz (memang bz sokmo you might say!)
Tahniah buat yg mendirikan rumah tangga dari Abg Bear yer... salam sayang untuk diroang
Salam abang long. Sebenarnya buat kenduri waktu raya ni boleh save belanja... orang datang kenduri boleh terus beraya... tak payah dua tiga kali buat jamuan...hehehe..
masjid tanah tu tompek den pogi pasar tu kalau balik kampong hehe..
salam lebaran adinda..
majlis tu mengingatkan kekanda pada majlis perkahwinan kekandaku di melaka dolu-dolu...meriah dan penuh dengan tradisi melayu yg patut dikekalkan...moga pengantin bahagia sentiasa....
heheeh...
tok kadi tu bagus... kalau tak mesti ramai tersengguk
Salam abang long...
Pengantin baru tu orang Melaka ke...eh!! sekampung ngan akak lah...
en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
Selamat Pengantin Baru buat pasangan pengantin.... tok kadi canggih ni dah pandai guna psikology, taklah tension pengantin kan, bagus macam tu, urusan pun berjalan lancar.
salam untuk semua.
Post a Comment