Wednesday, September 03, 2008

Universiti Ramadan (3)


Seksi dan MATI.

Usai bersolat sunat Ramadhan. Aku keluar dari bilik untuk menjamah makanan yang dibawa pulang oleh anak ku dari masjid berdekatan. Kami berbual santai sebelum masing - masing masuk tidur.

Tiba - tiba isteri ku bertanya "bang, apa hukumnya orang perempuan yang pakai seksi dibulan puasa?"

Aku terdiam sebentar, sambil memandang wajahnya. Kemudian memberikan pendapat dan dalam masa yang sama bertanya "kalau lepas berbuka, depan suami nak pakai seksi, rasanya tidak menjadi masalah, tapi kalau boleh, dibulan puasa ... lebih baik dielakkan ... maklumlah, orang lelaki bukan boleh tengok benda - benda macam tu ..."

"Tapi, masalahnya bukan dalam rumah ... tadi... di pasar ramadhan .... ada seorang perempuan tu ... pakai punyalah seksi ... nampak semua benda yang tak rata..." sambil berkata, isteriku tertawa kecil.

"Ok, beginilah... asasnya semua muslimin dan muslimat wajib menutup aurat... terutamanya bila keluar rumah... bukan setakat bulan puasa sahaja" aku meneruskan komen.

Inilah antara permasalahan umat dewasa ini. Bila tiada ilmu. Berpuasa itu WAJIB. Menutup aurat juga WAJIB. Dan mencari ILMU juga WAJIB.

Isteriku yang masih tidak berpuas hati terus berkata "diaorang tu tak takut dosa ke...?"

Lalu aku dengan bersahaja menjawab "tak takut dosa dan tak takut MATI."

# Bagi peminat novel terbitan ALAF 21. Setiap pesanan minimum sebanyak 2 buah novel, atau pesanan bahan terbitan ALAF 21 dengan minimum harga RM40.00. Penghantaran PERCUMA, bagi kawasan - Klang, Pelabuhan Klang, Sri Andalas, Bandar Sultan Suleiman dan Shah Alam. TERIMA KASIH.

12 comments:

silversarina said...

mungkin yang berpakaian seksi belum tahu bab aurat tapi lebih tau bab puasa, macam kata abang long, kita kena banyak lagi menuntut ilmu , sayang kalau amal tanpa ilmu.

salam ramadan buat abang long sekeluarga.

Ungku Nor said...

doakan semoga perempuan seksi tu insaf dan sedar dari kesilapannya.
Mudah-mudahan Tuhan bukakan hijab dalam hati dia, Amin.

Tie said...

Salam ramadhan...ada di kalangan mereka ni tak tahu hukum berpakaian begitu,kerana ibubapa tak beri pengetahuan secukupnya dan kerana pengaruh kawan2. Sebagai seorang yg dibesarkan di bandar, faktor pakaian sering dipandang ringan, jika mereka2 ini diberi kesedaran tentu mereka berubah. Kesian kan...siapalah yg berani memberi tunjukajar kepada mereka2 ni.. Sekarang ni bukan saja pakaian, pengwarnaan rambut sudah jadi trend..Dulu isu botox, para ulamak telahpun keluarkan fatwa di akhbar...tapi pasal pakaian dan warna rambut ni , mereka senyap je..napa ye..Kerana taknak malukan isteri2 pemimpin ke?

pB said...

sebab tak nampak apa yang akan kita rasa bila diakhirat nanti.

Mak Su said...

bukan saja tak takut dosa/mati, malah mungkin jawapannya, kubur sendiri-sendiri, jaga sendiri-sendiri

echah_syed said...

phewittt seksi ekk :p

slm ramadhan al-mubarak abg long.

masni qisrine said...

ada sesetengah org la ni
lebih mengutamakan foundation
dari praktikal...

ada org kata..asalkan foundation dia ( ttg agama ) baik..maka tak perlu gusar
islam kan mudah...

rsanya..org2 mcmni berada dlm kekeliruan yg besar.... :(

zino said...

moral of the story.. orang lelaki jangan keluar ke bazar ramadhan.. hehe

Neeza Shahril said...

ada orang kata, dia dapat pahala puasa. Dosa pakai seksi tu lain.. hehee.. pelik pulak gitu kan.. semoga dia insaffff..

Abang Long said...

silversarina - RUGI, amalan tanpa ILMU.

ungku nor - marilah sama - sama kita do'akan yang terbaik buat umat Islam.

tie - yang penting kita tambahkan ilmu ...

pb - ya betul dan tepat sekali.

Abang Long said...

maksu - ya, itulah kesilapan paling besar.

echah syed - seksi, malangnya lelaki terseksa.

masni qisrine - memang masih ramai orang Islam yang keliru dengan agama Islam.

zino - hendak larang orang lelaki ke bazar ? hmmmm

neeza shahril - memang kelihatan pelik, kalau amalan tidak berlandaskan kepada ilmu.

farah said...

abg long, bg saya pakaian adalah hak peribadi. sbg seorg islam/kawan kita boleh menegur dgn saya yg berhemah. saya juga sedia terima teguran berkenaan pakaian saya sbb saya tau saya ni pun ada kalanya berpakaian seksi gak...hehe