Thursday, September 18, 2008

Universiti Ramadan (7)

Makin hampir, makin sibuk, makin kena bersabar.


Dalam tempoh dua minggu ini. Entah apa yang berlaku. Ada ketikanya berlaku banyak perkara yang diluar jangkaan dan jangkauan.


Tiba - tiba sahaja ada orang yang membuat pesanan kuih raya, sedangkan pesanan telah ditutup, pada minggu pertama puasa. Tetapi aku tidak tergamak hendak menolaknya begitu sahaja. Maklumlah, kuantiti yang dipesan agak besar. Bila lagi hendak mencari rezeki lebih di bulan lain ?


Tetapi pesanan untuk kerepek memang ditolak. Kerana kilang yang membuatnya telah memberhentikan semua pesanan baru.


Menjelang raya dan sepanjang bulan Syawal yang akan datang ini. Pesanan untuk dadih juga telah diterima. Dan aku sedang mengatur jadual. Kerana sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku. Namun, blog ini bukan hak milik aku untuk diceritakan segala - galanya.


Aku juga berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Aku terima jemputan dari seorang sahabatku. Bila selesai berbuka bersama keluarga. Masing - masing terus berborak sakan. Hingga lenyap solat Maghrib dan Isya'. Maksudnya, semua orang berpuasa, tetapi tidak mengerjakan solat.


Aku mengambil masa hampir 2 jam untuk menulis sesuatu untuk dikongsi bersama. Kenapa ambil masa begitu lama ? Jawabnya, kalau dahulu, aku hanya berkongsi cerita kisah suka dan duka dengan beberapa orang sahaja. Tetapi kini blog ini dilawati oleh ratusan orang sehari. Jadi banyak perkara yang WAJIB DITAPIS.


Aku pergi ke Darul Syifa'. Seorang ustaz bertanya "enta apa khabar?". Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada sahabat bloggers, yang tidak henti menghantar emel dan sms, memberikan kata - kata semangat, pendorong dan bahan - bahan yang boleh menaikkan semangat untuk aku terus menulis.

11 comments:

Sabiah said...

Salam Abg Long,

Raya di mana?Jemput lah sekeluarga dtg beraya di rumah sy(Hulu Langat).

mama ranggie said...

bang long,agak2 sesat,singgahlah umah mama yo rayo nanti..

nurazzah8 said...

Abang Long,
sebab tu tahun ini suami dan saya tidak menghadiri sebarang jemputan diluar, terutama di hotel2 besar. Sebab kalau berbuka di hotel2, agenda UTAMA adalah MAKAN (ialah dah bayar mahal2 sayang pulak nak makan sikit kan), lepas tu solat pun sekejap, pastuh sambung makan lagi... ishhh... rasanya tak boleh masuk prinsip kami...

kami berbuka ala kadr sahaja....

kalau dapat jemputan di rumah kawan, elok lah sekiranya kita yang memulakan untuk solat (sekiranya tuan rumah sambung berborak sehingga habis waktu maghrib dan isya'). Kita boleh dengan sopan meminta izin untuk bersolat terlebih dahulu..dgn itu tuan rumah pun akan terasa malu jika tidak bersolat...

InsyaAllah saya sekeluarga akan pulang ke Johor pada minggu pertama hari raya.... jika nak datang rumah di Shah Alam, boleh lah selepas itu...tapi please calling-calling dulu ya...

pB said...

alhamdulillah

fusarium solani said...

Salam,
Abang Long,
Kalau ada kelapangan, kita jumpa sebelum ramadhan ini berakhir ya!

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Abang Long sekeluarga yang dikasihi.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang sudah semakin sampai ke penghujungnya. Dan selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Salam ingatan daripada adinda sekeluarga di Negeri di Bawah Bayu.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

wah... murah rezeki. hadis berkenaan perniagaan itu benar. kita hanya perlu berusaha dan bersabar

david santos said...

I love Universiti Ramadan.
Terima Kasih

maklang said...

Salam abang long...

lamanya tak dengar cerita,,,harap baik2 aje...:)

LediAgli said...

murah rezeki eh.. nak duit raya?

Ayu said...

semoga abg long sekeluarga bertambah murah rezeki.. aminnnn