Tuesday, September 16, 2008

Universiti Ramadan (6)



Belum ada atau belum berjumpa ?


Kali ini, aku memang benar - benar memohon bantuan. Kepada sesiapa jua yang mengetahui. Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat, sila tinggalkan jejak disini.


Sebenarnya, sewaktu sedang berjalan - jalan menemani saudaraku mencari baju raya. Di deretan gerai di Bandar Klang tempohari. Suasana yang bingit dengan lagu raya. Sewaktu menyusuri deretan gerai itu, tiba - tiba pendengaran kami 'disejukkan' dengan alunan irama Asma 'Ul Husna.


Lalu kenangan aku terimbau di tahun 70'an. Diwaktu itu tentera Kesatuan Soviet sedang menyerang Mujahidin Afghanistan. Dan para mujahidin ini telah mempertaruhkan jasad dan nyawa mereka untuk mempertahankan Islam. Dan diantara syiar mereka ialah dengan sentiasa mengingati nama - nama Allah yang Maha Suci.


Dimana, lagu mereka yang mengalunkan Asma 'Ul Husna ini telah dirakamkan dalam bentuk kaset. Dan hampir setiap waktu senggang. Aku akan membuka lagu ini. Hingga aku boleh hafal Asma 'Ul Husna. Suasana kelihatan begitu damai dengan alunan tersebut.


Tetapi kini. Apabila aku ingat kembali. Hampir kebanyakan perkara telah dirakamkan dalam bentuk lagu. Malah kini boleh diperolehi dalam bentuk digital.


Tetapi baru aku tersedar. Rupa - rupanya - AL MA'THURAT tidak dirakamkan oleh sesiapa pun atau oleh mana - mana pihak. Cuba bayangkan. Seandainya seseorang itu tidak tahu membaca Al - Qur'an, atau tidak tahu berbahasa Arab. Tetapi mempunyai minat untuk berdo'a dengan amalan yang dilakukan oleh As Syahid Hassan Al Banna.


Sekurang - kurangnya. Dengan adanya kaset, atau CD atau apa sahaja. Maka ianya boleh dipasang dimana - mana pun jua. Dan jika setiap hari mendengarnya, aku dapat rasakan, satu ketika, pasti ramai yang akan lancar untuk membaca Al Ma'thurat lalu dijadikan amalan.

4 comments:

Sabiah said...

salam abg long,

Al-Ma'thurat ada dirakam dlm bentuk audio.

Ada dijual di pasaran,malah boleh didownload dlm bentuk mp3 atau digital

NURAZZAH8 said...

abang long, saya ada Al-Mathurat bacaan Ustaz Muhaimin dan juga Ustaz Badrulamin. Dalam bentuk CD dan ada juga saya download free dari internet.

en_me said...

salam ramadhan abang long..

LediAgli said...

SALAM RAMADHAN
Almathurat ada. boleh download. tetapi jika boleh... belilah cd yang original :-)