Friday, September 12, 2008

Universiti Ramadan (5)


Main sebelum berbuka.


Paling murah dan menyeronokkan. Tetapi bukan untuk dimainkan setiap hari. Sebab ada juga pembaca blog ini yang terlalu emosional. Yang mungkin terfikir "setiap entri cuma menagih simpati."


Permainan 'dulu - dulu'. 'Zaman dah berubah'. Mungkin ada di antara pembaca yang tidak pernah mengenali permainan disebelah.


Tiba - tiba sahaja anak ku mengajak aku turut serta bermain. "Abah, jom main benda ini"


Aku lantas berkata "ohh .... ini permainan abah masa kecil dahulu"


"Haaa ...?" Anak ku terpinga - pinga.

7 comments:

Ungku Nor said...

Anjib main lagi mainan tu.
takde la pupus pun, kan?

NURAZZAH8 said...

hehehe...anak-anak saya pun kadangkala suka main mainan ini. Dan kreativiti mereka terus terserlah dgn segala macam perkara untuk ditulis di setiap bahagian lipatan kertas tersebut.

cikMilah said...

fun fun fun...ingat2 lupa camana nak lipat tu...

ummu asiah said...

Abg long,

anak saya pun masih buat dan main..of course depa ajak kita main. Baru ni anak yg kecil minta belikan game "LIFE". saya pun tak tau apa bendenya.tapi mcm SAIDINA kot. katanya pernah main di rmh kawan anak seorg doktor pakar. mainan tu dibeli di toysrus..mesti la mahal. saya diam saja. lepas subuh saya tidor, bila bangun 3 beradik dah dok seronok main game LIFE..hasil buatan tangan sendiri!dgn brg2 yg sedia ada di rumah. Alhamdulillah.

zino said...

dah lupa macam mana nak buat benda alah tu.. hehe

fusarium solani said...

Salam,
There you are Abang Long..that's the spirit! Don't let others belittle you.

Aliff used to play that kind of game also...in standard one,two and three.

When Allah SWT give you lemons..turns it into lemonade. Be tough bro!

Puteri Satu said...

oh tak pernah lak main abang long..cmana mainnye tuh...