Tersembur keluar air Horlick dari dalam mulutku. Apabila anak - anakku belajar bagaimana untuk melafazkan kata - kata dan niat untuk memulakan puasa. Isteri ku berkata kepada anak - anakku. "Ok, sebelum kita buat apa - apapun, kita mesti ada niat, dan lafaz".
Lalu anak ku yang ketiga, yang berada didalam darjah tiga, terus sahaja menyatakan yang dia tahu bagaimana hendak melafazkan kata - kata sebelum niat untuk berpuasa.
Dengan penuh keyakinan dan dengan lantang, dia melafazkan ayat yang berbunyi "Nawaitu saw maghribi an ada..."
Apa lagi, seluruh ahli keluarga tertawa dengan lafaz yang diucapkan itu. "Mana datang maghribi tu?" Aku bertanya sambil tertawa yang tidak boleh dihentikan. Terasa senak perut dibuatnya.
"Eh ... " Sambil tersenyum dia menggaru kepala, dia melihat ke wajah ibunya. "Tak betul ke ....?" Dia bertanya meminta kepastian.
Lalu aku masuk campur dengan berkata "kalau lafaz untuk solat, itu betul", "contohnya "usalli fardhal maghribi ...", "tapi, kalau untuk lafaz puasa, nawaitu saw maghadin ...." aku menyebut lafaz itu dengan terang dan jeas.
Aku lantas memberikan panduan utuk memulakan puasa. Akhirnya, anak ku yang sulung berkata "oh, kalau macam tu, kita sekarang berada di ambang Ramadhan ... sudah hampir ... macam orang nak berlari .... ke garisan ... bersedia ..."
Tidak sukar untuk membimbing si kecil.
11 comments:
Salam,
Dengan keteguhan ayah dan ibu, mendidik anak-anak tidaklah sesukar mana sebenarnya kerana fitrah mereka seperti kain putih.
Mencanting melukis corak adalah amanah buat ibu dan bapa.
Semoga dirahmati Allah SWT abang Long sekeluarga.
Assalamulaikum Abg.Long.
Tersenyum ila mghadirkan diri ke sini.Keletah anak2 mbuatkan ceria .
Bgaimana dgn khidupan abg long skrang?
awal ogos lepas ,ila cuba menjejak gerai abg long di andalas(pasar tani ari sabtu).Oleh kerna kelewatan khadiran saya mungkin A.long dah tutup gerai.
Bgaimna dgn ramadhan ini???
Ada prancangan utk berniaga di pasar ramadhan??
budak2 mmg senang utk dibentuk
mudah jugak utk dipengaruh oleh rakan rakan & persekitaran...
hrmmm...susah juga yer sbnrnye..
salam Ramadhan buat abg long sekeluarga.
semoga sentiasa tabah melalui hari2 yg mendatang.
salam ramadhan buat abg long dan keluarga ...
moga kita dipanjang umur untuk berada di dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini ...
aminnnn
selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia.. semoga amalan kita diterima oleh Nya..
abang long, silalah ambik bunga di blog neeza ya :)
Anjib siap pesan suh kejut dia bangun sahur isnin lepas.
dia ingat ramadhan dah start..hehehe
Salam buat Abg Long...
Selamat Menyambut Ramadhan buat abang Long sekeluarga....semoga kita semua mendapat berkat darinya
Alhamdulillah.
Mereka masih rebung, masih boleh dilentur.
:)
Wah bersemangat sikecil untuk berpuasa yek..ibu dan ayahnya bagaimana...kita pun sibuk2 gak..he he..
all the best!
Post a Comment