Tiada kata seindah bahasa. Itulah yang dapat aku ucapkan buat insan yang bernama Datin Ani. Seorang yang aktif menjalankan program di Surau At Takwa, Seksyen 7, Shah Alam.
TERIMA KASIH. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kepada Datin Ani. Atas kesempatan yang diberikan oleh beliau kepada aku untuk membuka tapak gerai bagi menjual kerepek dan novel.
Aku mengucapkan syukur yang tidak terhingga, kerana berpeluang untuk menjalankan bisnes didalam kawasan surau.
Sememangnya aku agak terkilan sedikit, kerana tidak dapat menjual dadih pada hari tersebut. Ini disebabkan kuantiti yang diperlukan tidak mampu untuk dilaksanakan. 100 bekas adalah untuk Surau At Takwa, dan 100 bekas lagi untuk seorang lagi blogger.
Peti sejuk dirumah aku bersaiz kecil. Setelah semua barang didalamnya dikeluarkan. Kami hanya mampu untuk menyusun sebanyak 130 bekas sahaj. Manakala 70 bekas lagi terpaksa disimpan @ disewa dirumah ibu mertua dan adik ipar yang tinggal berdekatan.
Isteriku berkata, kalau ada pesanan hingga 1000 bekas sekalipun, dia masih mampu membuatnya, tetapi dengan syarat ada bekas penyimpan yang besar dan bersesuaian. Kami pernah membuat pemerhatian, dimana sebuah peti sejuk (chiller) yang sederhana besar, berharga RM1,800. Namun apakan daya, impian tersebut terpaksa dipendam terlebih dahulu. Untuk mengharapkan Pusat Zakat Selangor (permohonan telah dibuat, tetapi terpaksa menunggu hingga 6,7 bulan lagi ataupun mungkin memakan masa bertahun), aku tidak pasti kalau Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat bersedia membantu dan prihatin dengan masalah orang miskin seperti aku.
Apapun, aku mengucapkan TERIMA KASIH kepada Datin Ani. Kerana memberikan peluang dan ruang untuk aku menjalankan bisnes pada hari tersebut. Dapatlah aku sedikit rezeki untuk menyambung kehidupan keluarga.
"Ya Allah, aku bermohon kepadaMU, supaya ENGKAU panjangkan umur, murahkan rezeki, sihatkan tubuh badan dan lapangkan serta rahmati akan mereka yang telah membantu aku"
TUKAR STRATEGI.
Bila aku menjual kerepek sebagai barangan jualan bersama dengan dadih. Aku menghadapi sedikit kesulitan. Dimana, kerepak yang dijual adalah dibungkus mengikut suasana perayaan. Dibungkus dalam bekas atau plastik yang besar, dan berharga diantara RM5 - RM8.
Sekarang, aku mengambil keputusan untuk 'repacking' dalam saiz kecil. Dan dijual dalam harga cuma RM1.00 sebungkus atau sepeket. Ini memudahkan pembeli, samada kecil mahupun dewasa. Dan pembeli boleh membeli beberapa perasa atau citarasa dalam satu waktu.
Dan strategi itu agak berjaya. Dimana, sewaktu program di Surau At Takwa, Seksyen 7, Shah Alam. Jualan kerepek meningkat. Dan begitu laku hingga anakku tak menang tangan. Walaupun untungnya kelihatan sedikit untuk sebungkus, tetapi 'volume' nya besar.
Disamping itu, hakikat yang tersirat adalah, supaya anakku tidak menghadapi kesukaran untuk membuat urusniaga. Kerana harga jualannya adalah RM1.00. Senang untuk dikira.
URUSNIAGA BARU.
Siapa kata novel tidak boleh dijual dalam program dakwah ?
Aku gunakan kesempatan untuk menjual novel Islami, novel pejuang Islam. Hasil karya Abdul Latip Talib. Menceritakan tentang kisah sejarah dan pengorbanan pejuang Islam. Ramai yang datang ke gerai aku dan membelek novel tersebut. Dan ada beberapa orang yang kagum dengan novel tersebut lalu membelinya.
Cara aku menjualnya mudah sahaja. Ini adalah kisah sejarah, kalau ada sesiapa yang bosan membaca catatan sejarah, maka novel ini tidak akan membosankan kerana mengandungi dialog, plot serta ada klimaks. Dan bagi sesiapa yang berminat dengan bahan sejarah, maka novel ini dikarang mengikut fakta sejarah.
Beberapa orang (aku merasakan mereka ini adalah pensyarah) telah menyatakan keinginan mereka untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang novel ini. Dan mereka menyuarakan hasrat untuk mendapatkan novel ini untuk disebarkan kepada pelajar mereka.
Ini bermakna satu lagi urusan bisnes sedang dijalankan.
14 comments:
Salam Abang Long..
Syukur atas rezeki tambahan.. Berkat kesabaran abang long..dikurniakan limpahan rezeki bagi keluarga..Tahniah abah ucapkan..
Abah ada nominate blog abang penerima anugerah blog kreatif..jemputlah ke blog abah untuk ambil dan tampalkan di blog abang long ya..
Salam dari Liverpool
salam abang long
teruskan usaha , jgn putusasa..
semoga rezeki abanglong bertambah2 lagi amin
alhamdulillah.. rezeki tu.. teruskan usaha. Insyaallah diberkati..
Assalamualaikum Abang Long,
Hari tu saya buat kenduri, saya buat gini untuk 500cawan dadih:
1.Beli bekas polisterin yang putih besar tu (2x3') ada macam2 saiz. kurang dari $10.00 harganya.
2.Buat ais ketul sendiri dalam plastik (4"x 5")- secukupnya
3.Susun cawan berisi dadih dalam bekas polisterin, satu lapisan saja. lepas tu susun ais ketul yg masih dlm plstik atas cawan. kemudian susun cawan utk lapisan kedua, dan cover lagi dengan ais ketul dlm plastik tadi. Sampai bekas polisterin tu penuh.
Bila ais tu cair, boleh bekukan semula...untuk di guna hari2 seterusnya.
Cubalah..saya ajar makcik yng jual dadih kat sekolah anak saya buat gini, dia pun seronok sbb dadih tetap sejuk masa orang dtg beli.
InsyaAllah,Kakak boleh buat lebih dari kapasiti petiais sekarang. Semuga jualan dadih bertambah2 terutama menjelang ramadhan ini...
all the best utk abanglong suamiisteri, dadih abanglong saya dah rasa, sedappp , marvellous, tk kepada kaktiny yang sudi memanjang2kan rezekinya kepada saya...
Salam abang long...
Semoga segala usaha yang abang long lakukan akan mendapat berkat dari Allah dan semoga pintu rezeki utk abang long terbuka luas....
Allah sentiasa mendengar doa dari hambanya yang dalam kesusahan...cuma kita jgn berputus asa...Insyaallah...jalan untuk abang long akan dipermudahkan...
abahnajwa - TERIMA KASIH atas do'a itu.
atty's - InsyaAllah.
neeza shahril - AMIN.
cikmilah - TERIMA KASIH atas idea bernas, InsyaAllah akan dicuba.
maksu - nanti boleh komen panjang - panjang...
kak lady - AMIN. TERIMA KASIH.
abanglong.. tahniah kerana satu persatu pintu rezeki telah Allah buka utk abang long sekeluarga..
jgn lupa buat soalt dhuha.. (tiap2 hari pun takpa.. tapi kalau tak sempat cukuplah jika hari ahad dan isni pagi.. buat dlm kul 8.00am.. buat tau.. jgn tak buat..)
nanti nak order lagi.. mmg bagus cara packing abang long tuh.. senang angkat..
semuga abanglong terus sukses.. pengarang buku tu zino dah selalu jumpa..
alhamdulillah,syukur dah nampak rezekinya.
saya masih tak berkesempatan nak rasa dadih jualan abg long.insyaallah.
salam abanglong,
rasa seronok membaca entry kali ni...nampak Allah memberi sedikit ruang dan kemudahan kpd abanglong mencari rezeki, salah satunye melalui seorg datin. dan lepas2 ini juga semoga gerai abglong akan makin ramai peminatnye dr pelbagai lapisan masyarakat.
minta maaf Abanglong, ada nak bagi tag sikit...(saje nak menyibukkan org yg sdg sibuk)..kalau ada masa, jawab la yea...
alhamdulillah....ooh abang long dah jual kerepek ye..seingatkan saya..saya pernah suggestkan ngan abang long dulu kan...mesti dekat nak raya ni jualannya makin meningkat...dan bertambah rezeki abang long insyaallah....
Abg Long , kim salam Datin tu ya. nanti bebila pree, kita ajak dia ngeteh2.. yihaaaaa
Terima kasih kerana singgah ke blog saya. Oh tinggal di pel klang ye...dekat la tu..Jual dadih lak tu..macam saya gak tapi sekarang ni saya tak berapa ambik order lagi..barang 2 mahal sangat laa..nak jual macam biasa rasa tak berbaloi sekarang ni..
Post a Comment