Sunday, August 17, 2008

Bicara Bisnes (18)

Hilang Sumber Pendapatan. Hilang Kata - Kata, Semangat Pun Hilang.

Aku terus terdiam. Aku membisu seribu bahasa. Aku sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Aku sudah hilang daya. Aku terduduk.

Satu lagi benteng telah ROBOH. Benteng untuk aku berpaut. Benteng penguat semangat.

Kini, bisnes yang aku jalankan telah berhenti. Terhenti. Aku sudah tidak ada daya lagi buat masa ini.

Kepada pengunjung dan juga pembeli dadih. Aku harap kalian mengerti. Buat masa ini, aku tidak dapat membuat atau memproses dadih. Disebabkan peti sejuk, satu - satunya peti sejuk yang ada di rumahku telah rosak.

Gas bocor. Lantai bahagian dingin beku telah berlubang. Semua barang didalamnya terpaksa dibuang akibat rosak.

Aku terus terdiam. Aku membisu seribu bahasa. Aku sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Aku sudah hilang daya. Aku terduduk.

Satu persatu ujian dan musibah datang silih berganti. Aku hanya melihat isteriku yang bertafakur di atas sejadah. Wajahnya tunduk ke lantai.

Esok. Aku tidak tahu bagaimana nasib aku. Aku tidak pasti nasib isteri dan anak -anak aku. Aku harap sesuatu yang ajaib berlaku.

Aku tetap percaya kepada ayat - ayat Allah. Seandainya DIA tidak lagi memberikan rezekiNya, maka DIA akan 'memanggil pulang' seseorang manusia itu.

14 comments:

Abahnajwa said...

Sabarlah Bang Long.. Tak boleh dibaiki langsung ya Peti Sejuknya?

Kita be on solution mode ye Bang Long.. Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul

zino said...

ujian datang silih berganti.. peti ais tak terdaya melalui nya tapi abang long..pasti boleh..

ada apa yg boleh kami bantu..

Neeza Shahril said...

betul, inilah dugaan hebat buat abang long.
tapi, ada dugaan yang lebih hebat lagi. banyakkan berdoa dan mohon bantuan daripanaNya.
Allah sentiasa bersama orang-orang yang tabah dan tidak berputus asa.

apa rancangan abang long seterusnya?

aNIe said...

Salam abg long...

Kita cuma dpt mmberikan kata2 semangat buat abang long...semoga segalaya dilalui dgn tabah...

Seperti pertanyaan zino juga kak lady ingin bertanya...apakah ada yang boleh kami membantu...?

attyfir said...

tak dpt nak ckp apa..
mcm2 dugaan abg long lalui..
mesti ade sesuatuh yg dirangcangkan olehnya yg terbaik utk abang long

Anonymous said...

kuatkan semangat dan teguhkan iman kerana DIA yang menentukannya, abg long juga pasti ingat bahawasanya DIA akan menguji kita dan tak akan berhenti untuk terus menguji kita, Qistina percaya bahawa hanya org2 yang terpilih sahaja ALLAH akan menguji. AMIN

Mak Su said...

tentu akan ada jalan keluar nanti... sabar dan terima (sori abang long, saya akui saya ni cakap jer pandai), eer.... mungkin boleh baca Al-Waqiah setiap malam?

Puteri Satu said...

ya allah....peti sejuk plak dah buat hal....lepas satu..satu kan abang long....bergenang lagi airmata saya baca 2 entry terbaru abang long....aduhai....

kawan-kawan blog....

Ada sesapa leh bagi idea tak untuk kita tolong abang long...???

Kaktiny said...

abang long.. hhmmm.. dah masuk byk kali tapi mmg tak tau nak tulis apa.. check email jer lah yer..

Nek Cun said...

Salam abang long... nekcun faham macam mana perasaan kecewa yang abang long rasai, tapi janganlah kita mudah putus asa kerana Allah tidak suka kepada orang yang mudah putus asa!... Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... InsyaAllah, Allah akan permudahkan usaha abang long di dalam mengharungi hiudp ini. Nekcun sentiasa berdoa agar Allah akan mempermudahkan sume usaha abang long!..

Ungku Nor said...

salam abang long,
masuk sini dari blog kakTiny.

mintak izin linkkan blog abang long kat blog saya.
*tengah kuatkan hati takmo nangis, tanak la cengeng macam dak Tiny tuuu ;p*

fusarium solani said...

Salam,
Abang Long, tabahkan hatimu. Sesungguh Allah SWT bersama - sama orang yang sabar.

iina said...

Salam ziarah,

membaca kisah abg long mengingatkan saya pada dugaan sahabat baik saya juga.. dia juga kini kecundang dalam biz.. hutang keliling pinggang.. sedikit sebanyak mencuit dan menyentuh perasaan saya. Tabahkan hati.. kuatkan semangat abg long

Rumah Kuning said...

hebatnya dugaan Tuhan.
Semoga ab long tabah.