Sunday, August 24, 2008

Menjelang RAMADHAN

BERSAMA MU

Kedengaran seperti iklan talian komunikasi. Ya, bila dihitung. Berapakah tempoh atau masa yang kita berikan untuk tuhan yang MENCIPTA kita ?

Campur, tolak, bahagi dan darab. Seandainya dalam satu hari kita luangkan masa selama 20 minit untuk bersolat, berzikir dan membaca al-qur'an. Ini bermakna, kita hanya luangkan masa selama 100 minit (I jam 40 minit) untuk - BERSAMA MU.

Bila aku melihat rekod dan bil telefon bimbit yang tiba. Aku telah meluangkan masa selama 130 minit. Untuk berbual dan meluangkan masa bersama manusia, melebihi dari masa yang aku berikan untuk 'berbual' dan meluangkan masa - BERSAMA MU.

24 jam ditolak 2 jam 10 minit. Kurang lebih aku ada berbaki 22 jam lagi lagi. Namun, ujian yang Allah berikan kepada aku terasa begitu hebat. Hingga ada ketikanya aku seperti terlupa dan terleka untuk - BERSAMA MU.

Semoga kehadiran Ramadhan ini. Aku dan seluruh umat Islam akan mempunyai lebih masa yang diperuntukkan untuk - BERSAMA MU.

5 comments:

silversarina said...

Selamat Menyambut Ramadan, semoga kita semua menjadi hambaNYA yang cekal dalam menjalani ujian hidup, InsyaAllah.

Ungku Nor said...

Salam Ramadhan abang Long.

Hijab Sang Pencipta dah selamat sampai ke tangan saya.
Ciss..ada pakatan ropenye dengan kakTiny ,tadi baru saya tau..hehehe

Nek Cun said...

Salam abang long, semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita... Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarakh...

Abang Long said...

silversarina - InysaAllah.

ungku nor - Maaf, sejujurnya tiada pakatan di atara kami.

nek cun - InsyaAllah.

farah said...

selamat berpuasa ye abg long. abg long meniaga apa sepanjang bulan ramadhan ni?